syukran ya sheikh hizamri.... saye tambah sikit soalan bonus untuk sheikh aa/thtl/akob ... ade ke muzik atau lagu yg khas yg dipakai untuk hafalan quran atau hadis?.
saye tanya iklas ni ,, tak perli oo.... --- Hizamri Johari <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Setahu saya, setiap alat muzik itu, adalah untuk > kegunaan muzik. Tak pernah lagi jumpa alat2 muzik > yang diciptakan untuk buat cebok air, cucu longkang, > masak nasi dll. Macam iklan dalam ASTRO - AXN, tanpa > AXN, tv hanyalah satu satu dari beribu2 bekas air. > > WAllahua'lam > > Wassalam > > Hizamri > > http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic72_2001.htm > > Alat-Alat Muzik Yang Ditegah > > Dalam beberapa buah hadis Nabi Shallallahu alaihi > wasallam ada menyebutkan jenis-jenis alat muzik yang > diharamkan. Adapun alat-alat muzik yang ditegah oleh > syara itu ialah: > > i. Al-Maazif iaitu sejenis alat muzik yang > bersenar (bertali) banyak. > > ii. Al-Mazamir iaitu alat muzik yang ditiup > seperti seruling. > > iii. Al-Awtar atau Al-ud iaitu alat muzik yang > bertali sejenis kecapi. > > iv. Al-Thabl atau Al-Kubah iaitu gendang kecil > yang ramping di tengah. > > v. Al-Kamanjah iaitu Biola. > > vi. Al-Rabab iaitu alat bunyian (seperti biola) > yang bertali dua atau tiga. > > vii. Al-Shanj iaitu canang, berupa dua piring > kekuningan yang diadu. > > viii. Al-Junk atau Al-Thunbur iaitu alat muzik > yang dipetik yang mempunyai leher panjang dan > mempunyai tali daripada tembaga (berasal dari > Parsi). > > Pengharaman alat-alat muzik yang dinyatakan di atas > berdasarkan hadis-hadis berikut; > > i. Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu > anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu alaihi > wasallam : > > Maksudnya: "Bahawa Allah Azza wa Jalla telah > membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa > hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan > Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat > maazif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir > (seperti seruling) dan alat-alat awtar > (bunyi-bunyian bertali), salib (cross) dan > perkara-perkara jahiliah dan Tuhan saya telah > bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya dan > dengan kemuliaanNya: "Tiada minum seorang hamba > daripada hamba-hambaKu itu akan seteguk daripada > arak dengan sengaja ketika berada di dunia melainkan > Aku akan meminumkan dia ganti arak itu daripada > darah nanah pada Hari Kiamat, sama ada diampunkan > dia atau sama ada diazabkan dia dan tiada siapa > hambaKu yang meninggalkan arak di dunia kerana > takutkan Aku, melainkan Aku beri dia minum akan arak > di syurga. Tiadalah halal dijual benda-benda itu dan > tiada halal dibeli akannya dan tiada halal > diperniagakan dan harganya adalah haram. > > (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy) > > > > 2. Ahmad bin Mani Al-Harits Ibnu Abu Usamah pula > meriwayatkan dengan lafaz: > > Maksudnya: "Bahawa Allah Azza wa Jalla telah > membangkitkan saya (menjadi Nabi) dengan membawa > rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah > telah memerintahkan saya menghapuskan mazamir, > maazif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada > zaman jahiliah (dan sekarang) dan Tuhan saya telah > bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya. > "Tiada seorang hamba yang minum arak di dunia > melainkan Aku minumkan dia dari air panas neraka > sama ada dia kena azab atau diampunkan dia dan tiada > meninggalkan oleh seorang hamba daripada > hamba-hambaKu itu akan arak (di dunia kerana > takutkan dosanya) melainkan Aku beri dia minum akan > arak syurga". > > > > Hadis ini disokong oleh hadis riwayat Ibnu Abbas > Radhiallahu anhuma yang telah berkata: > > Maksudnya: "Kubah itu haram, dannu itu haram, > maazif (alat muzik bertali) itu haram dan alat > muzik jenis bertiup itu haram". > > (Hadis riwayat Ahmad) > > 3. Di riwayatkan oleh Al-Bazzar daripada riwayat > Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma Nabi Shallallahu > alaihi wasallam bersabda: > > Maksudnya: "Bahawa Nabi Shallallahu alaihi wasallam > telah mengharamkan bangkai, judi dan kubah yakni > thanbur (bukan thunbur perang)". > > 4. Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu > alaihi wasallam bersabda: > > Maksudnya: "Ditukarkan keadaan satu golongan > daripada umatku kepada keadaan yang lebih buruk > dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah > (sejenis gendang) dan maazif". > > 5. Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma bahawa > Rasululah Shallallahu alaihi wasallam telah > bersabda: > > Maksudnya: "Aku diperintahkan untuk membinasakan > alat gendang dan alat hiburan yang ditiup" > > (Hadis riwayat Ad-Dailami) > > Demikian beberapa hadis yang menjadi dalil tentang > haramnya alat-alat hiburan (muzik). Para ulama > mazhab Al-Syafie juga telah menghukumkan bahawa > alat-alat muzik itu adalah haram, sebagaimana yang > disebutkan oleh hadis di atas. > > Dalam kitab Al-Muhadzdzab karangan Imam Abu Ishak > Al-Syirazi menjelaskan bahawa haram menggunakan > alat-alat (muzik) yang dibunyikan (dipanting atau > digendang) tanpa ada lagu seperti ud, thaunbur, > maazifah, thabl (gendang) dan mizmar. Adapun dalil > haramnya bermain muzik itu sekalipun tidak diiringi > dengan lagu berdasarkan firman Allah: > > Tafsirnya: "Dan ada di antara manusia; orang yang > memilih serta membelanjakan hartanya kepada > cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang > melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan > orang ramai) daripada agama Allah". > > (Surah Luqman: 6) > > Menurut Ibnu Abbas maksud tafsir "perkara hiburan > yang melalaikan" itu adalah alat-alat hiburan. > (Al-Muhadzdzab: 2/457) > > Begitu juga dalam kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah, > Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa makruh menyanyi > dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya, > dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang > menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti > thunbur, ud, shanj dan mizmar Iraqi dan (haram) > mendengarnya. (Hasyiah Qalyubi wa Umairah: 4/321) > > Imam Ibnu Hajar pula menyebutkan dalam kitabnya > Al-Zawajir bahawa Abu Al-Abbas Al-Qurtubi telah > berkata: "Adapun alat-alat muzik yang ditiup > (al-mazamir), alat-alat muzik yang bertali > (al-awtar), alat-alat muzik yang digendang (kubah), > maka tiada perselisihan ulama pada mengharamkan > mendengarnya dan aku tidak mendengar seorang pun > daripada ulama yang muktabar sama ada daripada ulama > salaf dan juga khalaf yang berpendapat > mengharuskannya. Dengan hal yang demikian tidak syak > lagi pada mengharamkannya dan tentang fasik dan > berdosanya orang yang melakukannya, kerana ia adalah > syiar (tanda dan lambang) bagi penggemar-penggemar > arak dan penyokong-penyokong perbuatan fasik". > > Sesungguhnya ulama-ulama dalam mazhab Syafie > bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan > hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan kita dapati > juga ulama-ulama mazhab lain seperti ulama mazhab > Hanafi dan Hanbali berpendapat demikian. > > > http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic74_2001.htm > > http://www.perdaus.org.sg/Takwin_webApr02/fokusApr02.html > > > > ----- Original Message ----- > From: hujjah san,aa > To: [email protected] > Sent: Sunday, July 30, 2006 6:50 PM > Subject: [islah-net] fatwa thtl yg kelakau.. > mohonlah pencerahan sheikh aa/thtl/akob... > === message truncated === __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

