PBB – ORGANISASI KUFUR CIPTAAN BARAT
  Apakah Kita Masih Mengharapkannya???
   
  Malaysia dan negara-negara sahabat sedang berusaha mendesak Pertubuhan 
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan 
isu Asia Barat, termasuk melaksanakan segera gencatan senjata di Palestin dan 
Lebanon. ''Kita telah pun menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin berkenaan 
(kuasa-kuasa besar) termasuk kepada ahli tetap dan ahli tidak tetap Majlis 
Keselamatan PBB bagi mendapatkan sokongan mereka''. Itulah antara kata-kata 
Perdana Menteri yang terpampang di muka depan Utusan Malaysia 30/07/06. Beliau 
juga menolak cadangan menantunya, Khairy Jamaluddin supaya negara-negara 
anggota OIC menarik diri daripada menjadi anggota PBB kerana badan dunia itu 
gagal berfungsi melindungi keselamatan penduduk dunia. Abdullah berkata, OIC 
tidak boleh keluar dari PBB kerana negara-negara anggota OIC boleh mendapat 
banyak manfaat daripada badan dunia itu. Beliau seterusnya menegaskan, PBB 
masih merupakan badan yang berfaedah dan negara-negara anggota OIC
 boleh terus memainkan peranan aktif dalam pertubuhan berkenaan. Dengan terus 
menyertai PBB, negara-negara anggota OIC boleh membawa banyak isu lain kepada 
PBB termasuk isu-isu yang melibatkan negara-negara sedang membangun. [UM 
30/07/06]. 
   
  Inilah realiti yang senantiasa melingkari pemikiran pemerintah kaum Muslimin 
setiap kali dunia dilanda krisis. Ini bukanlah kali pertama, dan bukan juga 
kali ke seratus kita melihat pemimpin-pemimpin kita bergantung harap kepada 
badan dunia itu. Sudah jutaan nyawa umat Islam melayang, sudah ribuan wanita 
dan anak-anak menderita, para pemimpin kaum Muslimin terus bergantung harap 
kepada PBB seolah-olah inilah satu-satunya 'hero' yang akan menyelamatkan kita 
semua! Kini, di saat Israel terus menggila melancarkan serangan ke atas umat 
Islam di Lebanon dengan mendapat sokongan padu dari Amerika Syarikat (AS), 
sekali lagi kita melihat para pemimpin kaum Muslimin duduk berpangku tubuh di 
bangku mewah sambil menjerit meminta tolong kepada organisasi yang dikawal oleh 
Amerika ini. Hakikatnya kewujudan PBB hanyalah untuk mengekalkan hegemoni Barat 
ke atas kaum Muslimin dan menjadikan umat Islam terus menerus berada di bawah 
kekuasaan mereka. Sautun Nahdhah pada minggu ini ingin
 menjelaskan dan mengingatkan para penguasa kaum Muslimin khasnya dan umat 
Islam umumnya bahawa tindakan menagih ihsan dan simpati kepada PBB yang sudah 
terang lagi nyata merupakan sebuah organisasi kufur adalah tindakan yang salah 
dan boleh menimbulkan pelbagai masalah. Semoga hidayah Allah tercurah kepada 
para pembaca sekalian. 
   
  Sejarah Kewujudan PBB
   
  PBB secara rasminya terbentuk pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II di 
San Francisco Amerika Syarikat oleh sejumlah 51 buah negara. Pembentukannya 
didokong oleh lima negara besar saat itu iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan 
Soviet, China, Britain dan Perancis yang berkonflik dengan Jerman dan 
sekutunya. Negara-negara inilah yang mempersiapkan draf pembentukan PBB dan 
menjadi penandatangan utamanya. Nama "United Nations" sendiri merupakan usulan 
dari Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu Franklin D. Roosevelt. Istilah 
ini telah dicipta oleh Roosevelt sewaktu Perang Dunia II sedang berlangsung 
untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada 26 buah negara. Nama 
ini digunakan secara rasmi buat pertama kalinya  pada 1 Januari 1942 di dalam 
'Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu'.
   
  Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama "Angkatan 
Pertempuran PBB" untuk merujuk kepada perikatan mereka. Gagasan untuk PBB telah 
diperincikan dalam pengisytiharan yang ditandatangani dalam beberapa 
persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu perang masih 
berlanjutan pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil 
daripada Perancis, China, Britain, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu 
untuk memperincikan rancangan-rancangan mereka di Dumbarton Oaks Estate, 
Washington DC. Perbincangan ini dan perbincangan yang seterusnya menghasilkan 
cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan ini, keahlian 
serta pengurusan untuk memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa. 
Termasuk yang dibincangkan adalah kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. 
Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan 
Antarabangsa" bermula di San Francisco. 50 buah negara yang menghadiri 
persidangan ini
 menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian 
pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah 
diperuntukkan kepadanya di mana ia kemudiannya menandatangani piagam tersebut. 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, 
selepas Piagamnya disahkan oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, 
iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis dan Republik 
China. Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United 
Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh kesemua 51 buah negara anggota. 
Sehingga kini, PBB dianggotai oleh 192 buah negara.  
   
  Sebenarnya kewujudan PBB bukanlah secara kebetulan, bukan pula sekadar 
memenuhi keinginan negara-negara perintisnya. Ada proses panjang di sebalik 
bagaimana ianya bermula dan sesungguhnya, ada agenda yang tersembunyi di 
sebalik kewujudannya. Tidak lama sebelum ia muncul, benih pembentukannya telah 
dimulai dengan wujudnya Liga Bangsa-Bangsa (The League of Nations). Gagasan 
pendirian organisasi ini dicetuskan pada tahun 1918, sebelum berakhirnya Perang 
Dunia I. Di dalam ucapannya kepada Kongres, Presiden AS ketika itu, Woodrow 
Wilson telah menggariskan beberapa syarat yang dikenali sebagai Fourteen Points 
For Peace mengandungi 14 butiran untuk mewujudkan perdamaian. Butiran ke 14 
dari syarat-syarat tersebut menyebutkan perlunya pembentukan satu kesatuan 
negara-negara yang akan memberi jaminan keamanan kepada semua negara tanpa 
membeza-bezakan negara besar atau kecil. Dari sinilah akhirnya lahir kesatuan 
yang diberi nama The League of Nations pada tahun 1919. Sejak itu, AS
 mula berperanan di arena antarabangsa sehinggalah seterusnya berjaya 
mengekalkan kekuasaannya ke atas dunia dengan kewujudan United Nations.
   
  Jauh sebelum kemunculan the League of Nations ini, sudah terdapat sebuah 
organisasi antarabangsa yang mula digagaskan oleh negara-negara Eropah sejak 
abad ke 16M lagi. Ketika itu, Daulah Uthmaniah yang memerintah dunia begitu 
kuat dan tidak dapat dapat dikalahkan oleh mana-mana negara. Angkatan tentera 
Uthmani berjaya membuka satu demi satu negara Eropah dan membawa Islam ke sana. 
Daya jelajahnya begitu besar, dari Yunani, Rumania, Albania, Yugoslavia, 
Hungary hingga hampir menembusi dinding Vienna. Kekuatan tentera Allah ini 
digeruni dan amat menakutkan musuh (Eropah) ketika itu. Ketakutan dan kebencian 
Eropah kepada Islam menyebabkan mereka berfikir dan berusaha keras untuk 
membentuk kekuatan bagi menghambat pasukan tentera Islam. Dari sinilah mereka 
kemudian membentuk gabungan dalam usaha untuk menghalang kemaraan kaum 
Muslimin. Gabungan yang terdiri dari negara-negara Kristian Eropah ini mula 
dikenali sebagai 'Keluarga Eropah'. 
  Hingga pertengahan abad ke 17M, kekuatan Keluarga Eropah ini belum dapat 
menandingi kekuatan Daulah Islam. Pada tahun 1648, negara-negara Kristian 
Eropah mengadakan Persidangan Westphalia dan menetapkan pelbagai aturan untuk 
mengatur hubungan antara mereka. Sejak saat itu, muncullah apa yang dikenali 
sebagai 'Komuniti Antarabangsa' dan 'Undang-Undang Antarabangsa'. Komuniti ini 
terdiri dari negara-negara Kristian tanpa membezakan bentuk negara, samada 
kerajaan atau rebublik dan sebagainya. Pada mulanya komuniti ini dikhususkan 
bagi negara-negara Eropah Barat, tetapi kemudian diikuti oleh semua negara 
Kristian di luar Eropah. Mereka memadu tenaga mempertahankan kesepakatan yang 
telah mereka bangunkan, khususnya dalam prinsip-prinsipnya yang diambil dari 
gabungan ajaran Kristian dan Yahudi. Dengan kekuatan baru yang mereka miliki, 
mereka telah berusaha untuk menghancurkan Daulah Islam. Setelah Daulah Islam 
semakin melemah, mereka mula membangun imej buruk terhadap Daulah
 dengan menjolokinya sebagai 'Orang Sakit Eropah' (The Sick Man of Europe).  
   
  Dengan kekalahan Jerman, Austria-Hungary dan Daulah Uthmaniyyah pada Perang 
Dunia I, The League of Nations telah ditubuhkan secara rasmi, selepas 
Persidangan Keamanan Paris, pada tahun 1920. Semua negara kemudiannya 
dibenarkan masuk dengan syarat negara-negara tersebut bersetuju dengan 
prinsip-prinsip mereka. Setelah itu, The League of Nations 'ditukar nama' 
kepada The United Nations, yang pada awal kemunculannya terbatas kepada 
negara-negara yang menentang Jerman. Setelah itu, keanggotaan PBB terus dibuka 
seluas-luasnya, sesuai dengan hasrat AS untuk menyebarkan hegemoninya ke 
seluruh dunia dan menundukkan seluruh negeri kaum Muslimin di bawah ideologi 
kufur yang mereka bawa.  
   
  Wahai kaum Muslimin! Itulah secebis dari hakikat sejarah kemunculan PBB yang 
jarang-jarang diketengahkan kepada kalian. Awal kemunculannya adalah sebagai 
langkah musuh-musuh Islam untuk melawan Islam dengan menghapuskan kekuatan 
Daulah Islamiyyah yang berpusat di Turki ketika itu. Setelah kejayaan mereka 
menghapuskan Daulah Islam, maka agenda seterusnya adalah untuk memastikan agar 
Daulah Islam tidak akan muncul lagi.  Banyak lagi sejarah yang tidak dapat 
diungkapkan di sini yang menceritakan dengan jelas bagaimana badan dunia itu 
'dicipta' dengan begitu licik untuk menghapuskan Islam dan umatnya. Yang selalu 
ditonjolkan adalah 'fungsi' PBB yang ditubuh untuk menyelamatkan dan menjaga 
keamanan dunia. Itulah kejayaan Barat dalam usaha mereka melenyapkan Islam 
melalui PBB yang ditelan bulat-bulat oleh para pemimpin umat Islam hari ini 
dengan menganggapnya sebagai 'penyelamat' dunia. 
   
  AS Pengarah, PBB  Pelakonnya
   
  Kebijakan negara-negara kufur Barat khususnya Amerika Syarikat nampaknya 
telah berhasil menghias PBB menjadi sebuah pertubuhan yang tampil bagaikan 
seorang 'pendekar' antarabangsa yang datang untuk menyelamatkan dunia. 
Buktinya, pemimpin-pemimpin dunia termasuklah di dunia Islam memberikan 
ketaatan dan kepercayaan kepada 'pahlawan agung' ini di dalam menghadapi apa 
jua masalah antarabangsa, walaupun secara jelas ia telah gagal menyelesaikan 
pelbagai masalah di peringkat antarabangsa terutamanya yang melibatkan 
negeri-negeri umat Islam. Malahan yang lebih menyedihkan, telah terbukti bahawa 
PBB telah membiarkan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam, tetapi 
pemimpin kaum Muslimin masih memberikan kesetiaan sepenuhnya kepada organisasi 
kafir ini!
   
  Wahai kaum Muslimin! Bukalah mata, pasanglah telinga, fikirkanlah dengan aqal 
yang Allah anugerahkan kepada kalian, lihatlah dengan mata hati kalian bahwa 
PBB jelas-jelas membohongi kalian atas nama keamanan dan kesamarataan. 
Penubuhan PBB ditandatangani oleh 51 buah negara dan sekarang ini dianggotai 
oleh 192 buah negara, tetapi 5 negara mempunyai kuasa veto. [Majlis Keselamatan 
PBB yang merupakan badan yang paling berpengaruh di dalam pertubuhan itu 
terdiri daripada 15 kerusi, lima diduduki secara tetap, oleh anggota yang 
memiliki kuasa veto (Amerika, Russia, China, Britain dan Perancis) dan sepuluh 
yang lain diberi secara bergilir-gilir bagi setiap dua tahun untuk 
negara-negara anggota lain dan tidak mempunyai kuasa veto]. Hak istimewa yang 
dikenali dengan kuasa veto ini merupakan hak khusus yang hanya dimiliki oleh 
lima buah negara kuasa besar sahaja. Kuasa veto ini boleh menghapuskan segala 
resolusi, peraturan, undang-undang dan apa sahaja yang akan diluluskan,
 walaupun ia disetujui oleh majoriti negara anggota. Masuk aqalkah kedudukan 
istimewa ini, apatah lagi AS adalah salah satu darinya? Inikah konsep kesamaan 
dan keserataan bagi semua anggota sebagaimana yang dilaungkan-laungkan? Inilah 
kepalsuan terbesar PBB semenjak kelahirannya ke dunia ini yang kononnya akan 
membawa kesamaan, kedamaian dan keamanan kepada dunia sejagat. 
   
  Jauh panggang dari api, itulah pepatah yang tepat bagi PBB. Secara pastinya 
PBB hanyalah kuda tunggangan yang kewujudannya adalah bagi mengekalkan nafsu 
buas kuasa-kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. 
Umum mengetahui bahawa AS adalah dalang di sebalik kebanyakan tindakan PBB. 
Dominasi AS ke atas PBB telah menjadikan organisasi tersebut sebagai alat yang 
cukup efektif bagi negara Uncle Sam ini untuk menempatkan dirinya sebagai 
pencatur politik dunia ketika ini. Oleh kerana itu, adalah sesuatu yang wajar 
apabila kita melihat polisi-polisi PBB diwarnai oleh cita-cita ideologi Amerika 
Syarikat sendiri (kapitalisme), yang menggunakan metod (thariqah) penjajahan 
untuk menyebarluaskan ideologinya. Ada beberapa strategi yang digunakan oleh AS 
untuk memanfaatkan PBB bagi kepentingan dirinya. Antaranya ialah:-
   
  1.         Mengukuhkan kedudukan PBB sebagai organisasi antarabangsa yang 
berkuasa untuk menyelesaikan masalah-masalah dunia yang dihadapi oleh berbagai 
bangsa dan negara. 
   
  Strategi ini dilakukan dengan cara membangunkan public opinion (pandangan 
umum) dunia bahawa PBB merupakan organisasi yang bersifat antarabangsa meskipun 
tidak semua negara yang ada di dunia ini menjadi anggotanya  Dengan sifat ini 
PBB menjadi satu-satunya pihak yang berkuasa dan dapat diyakini untuk membahas 
masalah-masalah antarabangsa. Selain itu negara-negara yang dilibatkan di dalam 
percaturan politik internasional dibatasi hanya bagi mereka yang bergabung 
menjadi anggota PBB sahaja. Hal ini menjadikan negara-negara yang tidak menjadi 
negara anggota tersingkir dan tidak mampu memberikan sebarang pengaruh. 
Fenomena ini pernah dialami oleh Rusia pasca Perang Dunia I dan Sepanyol pasca 
Perang Dunia II.
   
  2.         Mengukuhkan kedudukan PBB sebagai organisasi internasional yang 
mempunyai kuasa untuk merumuskan undang-undang yang menjadi sumber 
undang-undang antarabangsa. 
   
  Dengan mengeksploitasi sifat 'keantarabangsaannya' PBB dan badan-badan yang 
berada di bawahnya seperti WB, IMF, UNCR, UNESCO, WHO, ICJ dan lain-lain, dapat 
meletakkan dirinya sebagai badan yang berkuasa mengeluarkan peraturan, 
undang-undang, keputusan, piagam, resolusi atau apapun yang dilabelkan sebagai 
ketetapan masyarakat antarabangsa. Hakikatnya, ketetapan-ketetapan ini 
rata-rata menguntungkan AS dalam menyebarluaskan lagi ideologi kufur mereka. 
Segala peraturan, undang-undang, piagam, resolusi dan yang lain-lainnya 
bukanlah bersifat universal sebagaimana yang mereka laung-laungkan. Akan tetapi 
ianya rata-rata merupakan produk ideologi Kapitalisme-Demokrasi semata-mata 
yang tidak lain hanyalah  bertujuan untuk meng'kapitalisme'kan dan 
men'demokrasi'kan semua manusia di dunia (terutamanya dunia Islam) agar 
mengikut telunjuk AS dalam segenap aspek kehidupan!!  Inilah kehendak AS.
   
  3.         Memberikan kuasa yang luas kepada Majlis Keselamatan (Security 
Council). 
   
  Majlis yang bertugas menjaga agar tidak berlaku peperangan di antara negara 
ini berkuasa memberikan keputusan bahkan tindakan apa pun terhadap sebuah 
negara yang menurutnya layak menerima hukuman. Melalui dominasinya di dalam 
Majlis Keselamatan ini, AS dapat memaksakan keinginannya dan mengambil segala 
tindakan atas negara-negara yang dianggap membahayakan kepentingannya. Sebagai 
contohnya, 'penaklukan'  ke atas Kuwait oleh Iraq pada tahun 1990. Akibat 
kejadian ini, Majlis Keselamatan telah mengeluarkan resolusi 678 yang isi 
kandungannya memberikan kuasa kepada Amerika dan sekutunya untuk menggunakan 
apa jua cara bagi mengeluarkan Iraq dari Kuwait. Namun anehnya, sikap yang 
serupa tidak dilakukan oleh PBB terhadap Israel yang jelas-jelas merampas tanah 
umat Islam di Palestin. Umat Islam malah dibiarkan dibunuh dengan kejam dan 
diusir dari rumah-rumah mereka untuk memberi penempatan kepada Yahudi. PBB 
sebaliknya mengeluarkan resolusi 242 dan 381 yang mengakui sahnya
 kewujudan negara Zionis Israel la'natullah itu. Si Yahudi terus-terusan 
membunuh umat Islam dan melebarluaskan lagi tanah jajahannya sehingga sekarang, 
 tetapi PBB tidak pernah sekalipun mengeluarkan resolusi walau untuk sekadar 
'mengutuk' tindakan jahat Israel ini. Inilah PBB yang merupakan 'harapan agung' 
pemimpin umat Islam hari ini yang akan 'menyelamatkan' umat Islam dari terus 
dibunuh oleh Israel!
   
  4.         Membuka kesempatan yang seluas-luasnya bagi negara-negara di dunia 
untuk menjadi negara anggota. 
   
  Dengan semakin banyaknya negara anggota PBB maka kedudukannya sebagai 
organisasi dunia semakin kukuh. Keadaan ini akan memperkuatkan kewibawaan dan 
pengaruh PBB di pentas politik antarabangsa, sekaligus mengukuhkan hegemoni AS 
ke atas dunia. Keterlibatan, kepercayaan dan kesetiaan negara-negara anggota 
kepada badan dunia ini akan mempermudah dan memperlancarkan segala aktiviti AS 
menakluki dunia.
   
  5.         Mengadakan Persidangan Antarabangsa di dalam berbagai bidang. 
   
  Di atas nama PBB, AS menaja berbagai-bagai persidangan peringkat antarabangsa 
untuk mempropagandakan idea dan pemikiran-pemikiran kufur mereka. Sebagai 
contoh pada tahun 1994 di Cairo Mesir telah diadakan Persidangan Antarabangsa 
Kependudukan Dan Pembangunan (International Conference On Population and 
Development). Persidangan yang dianjurkan oleh PBB ini hampir sepenuhnya 
dibiayai oleh AS, bertujuan untuk mendapatkan persetujuan masyarakat 
antarabangsa bagi program tindakan 20 tahun yang akan datang bagi mengawal 
jumlah kelahiran penduduk dunia. Dalam draf plan tindakannya setebal 113 
mukasurat terdapat beberapa usulan untuk mencegah kelahiran penduduk dunia di 
antaranya ialah membenarkan pengguguran, homoseksual dan seks luar nikah. 
Inilah di antara contoh bagaimana AS cuba menerapkan pemikiran/nilai mereka 
kepada dunia umat Islam. Banyak lagi persidangan seumpama ini yang tak 
putus-putus di adakan atas nama Hak Asasi Manusia dan sebagainya yang 
jelas-jelas bertentangan
 dengan Islam. 
   
  Wahai kaum Muslimin! Setelah melihat apa yang berlaku, apakah kita masih 
mengharapkan PBB dapat menyelesaikan persoalan kita. Apakah kalian lupa bahawa 
PBB hanya sekadar menyaksikan pembunuhan saudara-saudara kita di Shabra dan 
Shatilla, juga pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Jenin oleh Yahudi 
la'natullah? Apakah kalian telah lupa dengan apa yang berlaku kepada umat Islam 
di Bosnia ketika mereka dihabisi oleh pengganas Serbia? Apakah kalian sudah 
melupakan nasib saudara kita yang terus dibunuh di bumi Iraq oleh syaitan besar 
Amerika la'natullah? Apakah kalian tidak menyaksikan apa yang sekarang ini 
berlaku di Lebanon? Apakah yang telah dilakukan oleh PBB??? Masihkah kalian 
mengharapkannya? Belum sedarkah kalian bahawa PBB adalah satu badan yang 
diwujudkan bukan untuk menyelamatkan umat Islam, malah untuk menghancurkan 
agama Allah dan umat Muhammad. Adakah kalian mengharapkan musuh Allah untuk 
menyelamatkan kita kaum Muslimin? Ingatlah wahai kaum Muslimin, inilah
 organisasi yang telah banyak bertanggungjawab ke atas berbagai musibah dan 
bencana yang menimpa umat Islam!!
   
  Sikap Kita Terhadap PBB
   
  Bagaimana pandangan Islam terhadap kewujudan PBB dan hukum bergabung 
dengannya? Perkara ini adalah penting untuk diketahui oleh umat Islam agar 
mereka dapat mengambil sikap yang benar sesuai dengan ketentuan hukum syara'. 
Ditinjau dari segi asasnya, jelas PBB berdiri di atas asas yang bertentangan 
dengan hukum Islam. Pertubuhan ini didirikan di atas ideologi kufur Barat. 
Ideologi inilah yang dijadikan sebagai asas dalam pembentukan berbagai 
peraturan yang selanjutnya dinamakan sebagai Undang-undang Antarabangsa. Hukum 
kufur inilah yang digunapakai untuk mengatur hubungan di antara semua 
bangsa-bangsa di dunia ini. Ideologi kufur Barat ini pulalah yang dijadikan 
sebagai landasan di dalam menyusun berbagai piagam dan deklarasi. Apa yang 
dinamakan Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Manusia contohnya adalah natijah 
dari nilai-nilai kufur tersebut. Atas dasar inilah keberadaan PBB adalah haram. 
Bergabung dengannya, menjadi anggotanya juga adalah haram. Allah Subhanahu wa 
Ta'ala
 hanya mewajibkan umat Islam untuk berhukum hanya kepada syariatNya semata-mata 
dan mengharamkan mereka untuk berhukum kepada thaghut. Firman Allah Subhanahu 
wa Ta'ala: "Apakah engkau tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya 
telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada engkau dan apa yang telah 
diturunkan sebelum engkau? Mereka hendak berhukum kepada thaghut padahal mereka 
telah diperintahkan untuk mengingkari thaghut itu. Syaitan itu bermaksud 
menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya" [TMQ an-Nisa'(4):60].
   
  Selain dari itu, ditinjau dari segi peranannya, PBB adalah tidak lebih dari 
sekadar alat bagi negara kafir Barat khususnya AS untuk mengukuhkan 
penjajahannya terutamanya ke atas negeri-negeri kaum Muslimim. Organisasi ini 
telah terbukti menjadi alat yang cukup efektif bagi orang-orang kafir untuk 
terus menguasai umat Islam. Atas dasar ini bergabungnya negeri kaum Muslimin 
dengan PBB telah membuka jalan dan kesempatan bagi musuh-musuh umat Islam untuk 
menguasai mereka. Inilah apa yang berlaku sekarang di mana keseluruhan negeri 
kaum Muslimin sedang tunduk kepada badan kufur ini. Tindakan ini adalah sesuatu 
yang diharamkan oleh Allah. Firman Alllah Subhanahu wa Ta'ala: "Allah tidak 
sekali-kali memberikan jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai 
orang-orang yang beriman" [TMQ an-Nisa'(4):141].
   
  Jelaslah jika ditinjau dari sudut mana sekalipun keberadaan PBB adalah haram 
dan menjadi anggotanya adalah haram. Adalah suatu kemungkaran yang besar di 
mana para penguasa kaum Muslimin bergabung dan berhukum dengan apa-apa sahaja 
yang datang dari PBB. Dengan melihat kepada semua ini, maka umat Islam perlu 
menyedari bahawa satu-satunya tindakan yang dibenarkan oleh syara' terhadap PBB 
ialah negeri-negeri kaum Muslimin wajib keluar darinya dan satu-satunya wadah 
yang wajib dijadikan oleh kaum Muslimin untuk mengikat dan mempersatukan 
negeri-negeri mereka adalah dengan bersatu di bawah Daulah Khilafah bukannya di 
bawah naungan PBB. Yakin dan percayalah wahai seluruh kaum Muslimin, hanya 
Daulah Khilafah sahajalah yang akan dapat membebaskan kalian semua dari terus 
menjadi mangsa kekejaman dan kebiadaban kuffar Barat. Negeri-negeri kaum 
Muslimin wajib bersatu di bawah naungan Daulah Khilafah yang akan menjadi 
penyelamat kita semua. Wahai para pemimpin kaum Muslimin! Apakah
 cahaya PBB yang kalian cari, bukannya cahaya Ilahi? Ingatlah, bahawa 
sesungguhnya segala kemuliaan dan kekuatan itu adalah milik Allah dan RasulNya 
dan juga seluruh kaum Muslimin, bukannya milik PBB sebagaimana yang kalian 
harap-harapkan.
   
  Wallahu a'lam.

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke