Dulu Rasyad Khalifah dipersoalkan, kalau tak ikut Nabi SAW macamana nak
solat.
La ni golongan ini cipta pula solat cara baru, waktu solat
yang baru, semata2 nak bagi sama dengan al-Quran dan menolak hadith Nabi
SAW.
Rasyad Khalifah juga telah memansuhkan beberapa ayat al-Quran semata untuk
memenuhi sifir al-Quran kebanggannya.
WAllahua'lam
Wassalam
Hizamri
http://www14.brinkster.com/akiranagasaki/frame/hadis40/hadis06.htm#top
GOLONGAN ANTI
HADITH
Ertinya:
Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk
bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis
daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah
(al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa
yang ia haramkan kami haramkan". (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya,
"Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa
yang diharamkan oleh Allah swt."
H.R. Abu Daud
Keterangan
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang
mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia
hanya percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan
sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar
dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat
memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. Al-Quran banyak
menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang
berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya
serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak
akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai
dengan hadis Nabi saw.
--- In [email protected], Mohammad
Shafi <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > >
>
"And certainly have
We >
explained for mankind,
in >
this very Qur'aan, models
of >
every circumstance. Most
of >
mankind then have been
too >
haughty to respond
thereto >
except in disbelief." [Q:
__._,_.___
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
YAHOO! GROUPS LINKS
__,_._,___
Do you Yahoo!?
Get on board. You're invited to try the new Yahoo! Mail Beta. |