RESOLUSI 1701 PBB : LAGI RESOLUSI MEMIHAK ISRAEL,
TERUS MELEMAH UMAT ISLAM

Oleh : Ustaz Ir. Haji Abdul Halim Abdullah

13 Ogos 2006

Demikian tamatnya sekali lagi sandiwara Israel dan
Barat, musuh-musuh Allah dengan tercapainya Resolusi
1701 semalam (12 Ogos 2006) sebulan setelah Israel
menimpakan kerugian 1100 nyawa yang terkorban,
sepertiganya kanak-kanak dan berbilion dollar
kemusnahan hartabenda ke atas Lubnan dan tentera
Hizbullah mesti melucutkan senjata mereka demi
menjamin keamanan dan kelangsungan penjajahan Israel
ke atas umat Islam di tanah-tanah Arab. Resolusi
sedikitpun tidak meminta Israel mambayar ganti rugi 
kerosakan Lubnan, sebaliknya “(Resolusi 1701)
Masyarakat antarabangsa diminta bertindak segera untuk
menghulurkan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada
rakyat Lebanon, termasuk dana bagi membantu puluhan
ribu pelarian kembali ke kampung halaman” .
Israel mempunyai 5 sempadan negara iaitu bersama
Mesir, Saudi Arabia, Jordan, Syria dan Lubnan. Mesir,
Saudi Arabia dan Jordan telah lama tunduk kepada
tuntutan Amerika dalam memberi keamanan dan
kelansungan kepada Israel. Mesir menggugurkan
tuntutannya terhadap Semenanjung Gaza yang dijajah
Israel sejak tahun 1967. Jordan menggugurkan
tuntutannya terhadap Tebing Barat yang dijajah Israel
sejak 1967. Syria masih menuntut Tebing Tinggi Golan
yang dijajah Israel lalu disenaraihitamkan oleh
Amerika dan Israel. Sebaik Amerika berjaya menjajah
Iraq pada tahun 2003, Syria telah diberi amaran lebih
keras untuk tunduk dan patuh kepada tuntutan Amerika
dan Israel. Amaran lebih keras dikeluarkan apabila
Amerika memfitnah Syria terlibat dalam pembunuhan
Perdana Menteri Lubnan, Rafiq Hariri pada tahun lalu
dan menjadikannya penyebab untuk mengarahkan tentera
Syria yang berada di Lubnan sejak berdekad untuk
keluar dan balik ke Syria sebagai strategi untuk
Israel menyerang Lubnan mulai bulan lalu. Ramai
percaya pembunuhan tersebut dilakukan oleh Israel dan
Barat kearah perlaksanaan perancangan mereka yang
lebih jauh.

Kerajaan Lubnan, seperti nisbah penduduknya, mempunyai
bilangan penganut Kristian yang ramai termasuk
presidennya sendiri. Oleh sebab itu, Barat menjadikan
Lubnan sebagai pintu masuk pengaruh Barat ke dalam
dunia Arab. Namun begitu, tentera kerajaan Lubnan yang
lemah tidak menguasai keseluruhan Lubnan terutama di
selatan dimana tentera Hizbullah bermazhab Syiah yang
didokong oleh Iran dan Syria adalah lebih kuat dan 
berpengaruh. Israel dan Amerika mahu tentera Hizbullah
yang kuat dilucutkan senjata mereka dan ditukar kepada
tentera kerajaan Lubnan yang lemah agar menjamin
keamanan dan kelangsungan Israel di sempadan selatan
Lubnan. 

Oleh itu Resolusi 1701 juga menyebut: 
“* Sebaik sahaja pertempuran berakhir, pasukan PBB di
selatan Lebanon, Unifil akan diperbesarkan daripada
2,000 kepada 15,000 askar bagi 
membantu menyelaraskan penghantaran 15,000 askar
Lebanon ke selatan Lebanon dan pengunduran askar
Israel dari kawasan itu. Tentera kedua-dua negara akan
bergerak ‘secara serentak’.

Unifil boleh mengambil segala tindakan perlu di
kawasan operasinya untuk memastikan kawasan tersebut
tidak digunakan untuk menjalankan sebarang bentuk
aktiviti permusuhan. 
* Resolusi memperuntukkan beberapa langkah ke arah
mewujudkan gencatan senjata dan penyelesaian politik
berkekalan. Antaranya ialah pelucutan senjata semua
kumpulan bersenjata di Lebanon dan kedua- dua pihak
menghormati Garisan Biru, iaitu sempadan yang
ditetapkan oleh PBB di antara 
Israel dan Lebanon.
* Semua negara dikehendaki menyekat penghantaran
senjata atau peralatan tentera kepada ‘mana-mana
entiti atau individu’ di Lebanon kecuali tentera
Lebanon dan askar PBB.

Dengan Resolusi di atas, Israel mendapat semua yang
dicita-citakan dan Lubnan menghadapi hari muka yang
lebih suram dan terancam. Kekuatan di selatannya
dilumpuhkan. Adapun hari ini, dimana tentera Israel
telah masuk lebih dari 10 batu ke dalam negara Lubnan,
Hizbullah mesti memberhentikan serangan, sedang Israel
memberhentikan serangan berbentuk 
offensif. Adapun berada kekal di bumi Lubnan, tidak
dipersoalkan, seperti yang terkandung dalam Resolusi
1701 berbunyi, 
“* RESOLUSI menuntut pertempuran dihentikan sepenuhnya
– Hizbullah dikehendaki menghentikan semua serangan
dan Israel akan menamatkan operasi ketenteraan yang
bermotif serangan (ofensif).Benarlah apa yang
disuarakan oleh Pemangku Menteri Luar Lubnan, Tarek 
Mitri semasa mengutuk Israel dalam ucapan beliau di
depan Majlis Keselamatan PBB bahawa beliau melahirkan
kebimbangan mendalam mengenai syarat-syarat rancangan
gencatan senjata PBB yang menuntut askar Israel 
menghentikan semua operasi ‘menyerang’ tetapi tidak
menghendaki pertempuran dihentikan segera.

“Gencatan senjata yang tidak lengkap bukanlah gencatan
senjata sebenar. Gencatan senjata yang terus
mempertahankan hak satu pihak untuk tidak 
menghentikan tembakan bukanlah gencatan senjata.
Tarek juga mengadu bahawa resolusi PBB itu tidak
menuntut supaya ditarik balik sekatan perdagangan yang
dikenakan oleh tentera Israel terhadap 
Lebanon bagi tujuan menyekat penghantaran senjata
kepada Hizbullah.

Kerajaan Israel dilihat lemah oleh rakyatnya dan
dimata antarabangsa jika 2 askar yang ditawan terus
berada ditangan musuhnya. Tuntutan pembebasan mereka
oleh sanak saudara dan rakyat akan terus memuncak.
Setelah 
Israel dan Amerika melakukan kerosakan dimuka bumi
terhadap nyawa dan harta benda, seperti biasa
datanglah peranan PBB selepas itu dalam menyempurna
dan menegaskan objektif-objektif yang ingin dicapai
oleh 
musuh-musuh Allah itu berupa Resolusi 1701 berbunyi, 

“* Mukadimah resolusi menuntut pembebasan tanpa syarat
dua askar Israel yang ditawan oleh Hizbullah dan
menggalakkan penyelesaian isu rakyat Lebanon yang
ditahan di Israel.
* Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan akan menyediakan
cadangan dalam 30 hari berhubung pelucutan senjata
militia dan penetapan sempadan, 
termasuk kawasan Ladang Shebaa di sempadan
Israel-Syria-Lebanon.
“Menuntut pembebasan tanpa syarat” tentunya berbeza
dengan “menggalakkan penyelesaian”, apatah lagi yang
dituntut pembebasan tanpa syarat hanyalah seramai 2
orang Israel, sedang rakyat Lubnan yang ditahan oleh 
Israel adalah ribuan jumlahnya.

Dari Resolusi 1701 yang dicapai dalam Majlis
Keselamatan PBB semalam dapat disimpulkan bahawa :
1. Umat Islam yang dihina sedemikian rupa samada di
bunuh di medan maupun di perlekehkan di majlis
mesyuarat dunia mesti berusaha memperbaiki 
diri dengan menghayati Islam sepenuhnya dalam diri dan
negara.
2. PBB adalah badan yang memusuhi umat Islam
terutamanya Majlis Keselamatan yang dianggotai oleh
lima anggota tetap (Amerika, Britian, 
Perancis, Rusia dan China) yang memiliki “Kuasa Veto”.
3. Israel dan Amerika tidak akan memahami kecuali
bahasa kekuatan iaitu bilamana umat Islam kembali
kepada kesucian matlamat dan ganjaran Jihad 
dijalan Allah. Ini dibuktikan oleh Hamas di Palestin
dan Hizbullah di Lubnan.
4. Penentangan terbuka dengan kekuatan oleh umat Islam
hari ini terhadap musuh-musuhnya terutama Israel hanya
dibuat oleh badan-badan Islam sahaja. Adapun
kebanyakan kerajaan-kerajaan umat Islam, sikap mereka 
masih lagi mengecewakan dan jauh dari langkah-langkah
sebenar dan bersungguh yang diharapkan. Perbincangan
ke arah tercapainya Resolusi 1701 
semalam dihadiri oleh sebahagian negara-negara umat
Islam.
Semoga Allah memelihara kita, keluarga dan umat Islam
dari godaan nafsu dan syaitan dan dari perancangan
jahat musuh dan memberi kita kekuatan melihat yang
benar itu sebagai kebenaran lalu mengikutinya, dan
yang 
salah itu sebagai satu kesalahan lalu menjauhinya.

Sekian, terima kasih.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke