Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Ali yang menjadi utusan di Yaman, mengirimkan emas yang belum diproses
kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda membahagikannya kepada empat atau
beberapa orang iaitu Al-Aqra' bin Haabis, Uyainah bin Badr Al-Fazari,
Alqamah bin Ulasah Al-Amiri, kemudian kepada seorang dari Bani Kilab iaitu
Zaid Al-Khair At-Tha'ie, juga kepada seorang dari Bani Nabhan. Orang-orang
Quraisy marah dan berkata: Engkau memberikannya kepada pemimpin-pemimpin
Najd, tetapi meninggalkan kami iaitu tidak memberikannya kepada kami?
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku lakukannya untuk memujuk hati mereka. Setelah
itu datang seorang lelaki yang berjanggut tebal dan menonjol rahangnya.
Manakala kedua matanya cengkung dan dahinya pula menonjol keluar. Kepalanya
juga botak iaitu kesan cukur. Dia berkata: Takutilah Allah, wahai Muhammad!
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa lagi yang lebih taat kepada Allah kiranya
aku menderhakai-Nya? Tidakkah Dia mempercayaiku atas penduduk bumi,
sedangkan engkau tidak mempercayaiku? Lalu lelaki itu beredar. Seorang di
antara orang ramai meminta izin untuk membunuh lelaki tersebut. Ada yang
mengatakan bahawa lelaki tersebut adalah Khalid bin Al-Walid, tetapi
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di antara kaumku ini, ada
orang-orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka
iaitu tidak mengambil faedah dari apa yang mereka baca bahkan mereka hanya
sekadar membacanya sahaja. Mereka mampu membunuh orang Islam dan membiarkan
penyembah berhala hidup
. Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah
menembusi binatang buruan
. Jika sekiranya aku menemui mereka, pasti aku
bunuh mereka seperti terbunuhnya kaum Aad

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1762

http://hadith.al-islam.com/Display/Display.asp?Doc=1&Rec=2314&Tags=&Index=&Search=0&desc=-1&SID=-1&pos=&CurRecPos=&dsd=&ST=&Tag=&SP=

 
Friday, August 04, 2006

Polis guna anjing ancam wanita dan kanak-kanak

Malaysia Today

PUTRAJAYA: 3 Ogos – Satu perhimpunan aman Wanita dan kanak-kanak telah diancam oleh polis, akan menerima akibat serangan anjing PDRM, jika masih mahu bergerak menuju ke hotel JW Marriot di sini, bagi menyerahkan memorandum membantah kezaliman rejim Zionis.

Seramai kira-kira 100 wanita dan kanak-kanak telah berkumpul di kawasan tempat letak kereta hotel, bagi mendesak OIC untuk mengambil pendirian yang lebih tegas dan segera memaksa Israel menghentikan pembunuhan orang awam terutama sekali wanita dan kanak-kanak.

Memorandum yang ingin diserahkan kepada Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu menggesa OIC bersikap tegas terhadap tindakan kejam rejim Israel ke atas orang awam, khususnya wanita dan kanak-kanak. Kandungan memorandum juga mendesak agar Israel dihukum dengan setimpal jenayah yang dilakukan. Sebanyak 17 badan-badan bukan kerajaan dan parti politik telah menyokongnya.

Wanita-wanita yang telah berhimpun mahu anggota mesyuarat OIC yang sedang bermesyuarat, melihat bahawa wanita-wanita dan kanak-kanak seperti mereka telah dan akan terus menjadi mangsa korban kekejaman Israel di Timur Tengah.

Namun, perhimpunan aman yang hanya dihadiri oleh wanita-wanita dan kanak-kanak, telah berdepan dengan kehadiran pihak polis yang jauh melebihi mereka yang berhimpun, dengan dua trak FRU dan 2 ekor anjing PDRM.

Ketua Wanita Keadilan Fuziah Salleh dan wakil Muslimat PAS, Aiman Athirah Al-Jundi, bercakap bagi pihak wanita-wanita tersebut cuba berbincang dengan pegawai bertugas bernama Rahim, agar mereka dibenarkan bergerak ke hotel, tetapi menemui jalan buntu. Malah Rahim mengancam dengan suara yang tinggi, berkata, "Saya nak tanya satu, saya nak cakap atau anjing bercakap!”

Ugutan dan jeritan pegawai polis tersebut telah diikuti dengan salakan anjing pada jarak 3m. Kanak-kanak yang ada di situ terus menangis ketakutan apabila keadaan menjadi gawat dengan salakan anjing dan pihak polis yang bertindak kasar serta menolak beberapa wanita ke belakang.

Akhirnya, pihak polis hanya membenarkan lima orang wakil wanita pergi ke hotel JW Marriot untuk menyerahkan memorandum. Bagaimanapun, ia tidak diserahkan kepada Setiausaha Agung OIC, kerana yang bertemu dengan mereka hanyalah Setiausaha akhbar PM, Azhar Othman.

Fuziah menyatakan rasa kecewanya kerana, "Abdullah tidak tahu perbezaan antara setiausaha akhbar PM dan Setiausaha Agung OIC. Tindakan Pengerusi OIC yang gagal menghantar salah seorang wakilnya, menunjukkan kegagalan dan kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin."

Jika Pengerusi OIC begitu lemah, tidak boleh mengarahkan seorang ahli jawatankuasanya untuk menerima memorandum, bagaimana mungkin beliau mampu mendesak Israel dan AS menghentikan peperangan di Lubnan dan Palestin, tambah beliau.

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah memanggil satu mesyuarat tergempar negara-negara OIC, bagi membincangkan konflik di Timur Tengah

Negara-negara yang menghadiri mesyuarat tersebut adalah Azerbaijan, Bangladesh, Brunei, Mesir, Indonesia, Iran, Jordan, Lubnan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Syria, Turki, United Arab Emirates dan Yemen. Mesyuarat diadakan di hotel JW Marriot, Putrajaya.
__._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___


Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.

Kirim email ke