BANTAHAN KEPADA NTV7 KERANA MENYIARKAN SLOT MENGENAI
ARAK DALAM RANCANGAN “THE BREAKFAST SHOW”

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS
Pusat melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap stesen
televisyen swasta Malaysia iaitu NTV7 diatas sikap
tidak menghormati perasaan dan sensitiviti penonton
yang beragama Islam apabila menyiarkan secara langsung
slot tentang kehebatan dan cara menghidang “wine” dan
“champagne” dalam rancangan “The Breakfast Show” pada
jam 9:30 pagi ini Selasa 15 Ogos 2006.

Rancangan ini dikendalikan oleh dua orang pengacara
terkenal iaitu Daphne King dan Nazarudin yang beragama
Islam. Walaupun semasa slot tersebut disiarkan ianya
hanya dikendalikan oleh pengacara bukan beragama Islam
tetapi gelagat pengacara wanita tersebut agak
keterlaluan dan kadang-kadang seolah-olah menghina
agama Islam. 

Antaranya beliau seolah-olah berbangga-bangga kerana
dapat meneguk minuman haram tersebut dan mengatakan
ianya hebat dan menawarkan pengacara Islam tersebut
untuk minum bersama. Akhirnya, beliau menghina
pengacara Islam dengan mengatakan “Kau minum Ribena
ajelah” (dialihbahasa ke Bahasa Melayu).Ini sesuatu
yang amat memalukan kerana ianya disiarkan secara
langsung dan disaksikan oleh ramai penonton khususnya
kanak-kanak dan orang dewasa yang beragama Islam.

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar meminta kerajaan
Malasyia khususnya Kementerian Penerangan supaya
mengambil tindakan tegas diatas sikap beberapa pemilik
stesen televisyen di Malaysia termasuk pengacara dan
artis yang langsung tidak tahu menghormati serta
memahami perasaan penonton juga aspirasi kerajaan.
Kejadian yang hampir sama berlaku semasa siaran
langsung Festival Filem Malaysia ke 19 dimana ada
pemenang anugerah yang menghina bahasa kebangsaan di
hadapan seorang Menteri Kabinet. Ini sesuatu yang
serius kerana ianya dilakukan oleh seorang selebriti
dan sudah pasti ianya akan menjadi ikutan golongan
remaja Malaysia.

HAJI MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI
PENGERUSI LAJNAH PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke