Harian Metro 15 Ogos 2006
Edisi Utara: Bingkai al-Quran ada salib
Oleh Zuliaty Zulkiffli

ALOR STAR: Seorang lelaki yang gemar menyimpan koleksi
bingkai ayat suci al-Quran di rumahnya tidak menyangka
sebahagian bingkai berkenaan diselitkan lambang salib
di bahagian dalam.

Lelaki berusia 30-an dari Kampung Alor Belat, Derga,
dekat sini, membeli semua bingkai berkenaan di sebuah
kedai di bandar raya ini kerana murah iaitu RM1.99
selain hiasannya menarik.

Dia hanya menyedari perkara itu selepas satu bingkai
berkenaan terjatuh di lantai rumahnya dan ketika itu
dia ternampak gambar lelaki sedang menerima hukuman
yang berlatar belakangkan lambang salib.

Selepas itu, dia membuka satu persatu bingkai lain
untuk melihat kandungan bahagian dalamnya dan terkejut
apabila menyedari semuanya terselit gambar yang sama.

Berikutan itu, lelaki terbabit pergi ke rumah beberapa
jirannya untuk melihat bingkai ayat al-Quran yang
digantung di rumah mereka dan meminta mereka
menanggalkannya untuk melihat sama ada ia sama seperti
yang dibelinya.

Semua bingkai berkenaan mempunyai gambar yang sama
menyebabkan lelaki itu menyerahkannya kepada Ahli
Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu, Fadzil Hanafi.

Fadzil berharap pihak berkuasa mengambil tindakan
sewajarnya dengan merampas semua barangan terselit
gambar yang boleh mencetuskan sensitiviti umat Islam.

?Kita berharap kedai berkenaan lebih berhati-hati
apabila menjual barangan kepada orang ramai terutama
barangan yang boleh menyentuh soal perkauman ini.

?Perkara ini serius kerana kita tidak mahu perkara ini
menyebabkan beberapa kaum di negara ini bergaduh
sesama sendiri disebabkan gambar yang diselit seperti
ini,? katanya ketika ditemui di pejabatnya di Alor
Mengkudu, semalam.

Beliau kesal kerana pengeluar bingkai ayat al-Quran
itu mengambil kesempatan melariskan perniagaan mereka
dengan menyelitkan gambar yang tidak sepatutnya itu
dan menjualnya kepada orang ramai.

Beliau yakin ramai yang sudah membeli bingkai ayat
suci al-Quran itu di kedai berkenaan dan
menggantungnya di dinding rumah.

?aya berharap siasatan dilakukan bagi mengelak
sebarang masalah yang timbul di kemudian hari,?
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Setempat/20060815092848/Article/indexm_html



     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke