Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
    1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
    2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
    3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
    4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
    5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".

H.R Ibnu Majah 

Hadis Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah menggerak-gerakkan tangan dalam tidurnya, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah, di dalam tidur anda melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan. Baginda bersabda: Menghairankan, ada segolongan manusia daripada umatku yang menyerbu ke Baitullah kerana ada seorang lelaki Quraisy berlindung di Baitullah sehingga ketika mereka sampai di Baida' mereka dibenamkan (dimusnahkan). Kami berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya jalan itu telah dipenuhi oleh manusia. Baginda bersabda: Benar, di antara mereka ada yang memang berniat untuk menyerbu, ada yang dipaksa dan ada yang sekadar melalui tempat tersebut, tetapi mereka semuanya dibinasakan sekaligus, lalu mereka dibangkitkan dari tempat-tempat yang berlainan, Allah akan membangkitkan mereka berdasar kepada niat mereka

SodaqaRasulUllah SAW

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5134

I seek refuge by Allah, from Satan the disgraced.
In the name of Allah, most merciful, most passionate.

[8.25] Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

SodaqAllahul'Adzim

ﻡﻠﻋﺍﷲﺍﻮ

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Hizamri

----- Original Message -----
From: BPPNS
Subject: [Islah-Net] SABAH dilanda Bala AIDS
 
Pusat-pusat hiburan, kelab malam punca utama Aids

Oleh Sahar Abdul Majid KOTA KINABALU, 24 Ogos (Hrkh)
- Penyebaran Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV)
yang didakwa berpunca dari pergaulan bebas terutama di
pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malam merupakan
fakta yang jelas menyumbang kepada penyebaran penyakit
Aids di negara ini ..

Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Queen Elizabeth
(QEH), Dr Timothy William membuat pendedahan itu dalam
“Forum Awam Mengenai HIV/Aids”, yang dianjurkan oleh
Persatuan Perkhidmatan Sokongan Aids Kota Kinabalu
(Kasih), di Hotel Beverly dekat sini baru-baru ini.

Beliau mendakwa, kewujudan kelab-kelab malam, karaoke,
pusat-pusat hiburan yang berleluasa dan hotel-hotel
kecil yang menawarkan perkhidmatan seks komersil,
membuka ruang seluas-luasnya untuk jangkitan penyakit
itu.

“Orang ramai harus menyedari bahawa di Sabah, adalah
sangat berbahaya untuk melakukan seks tidak selamat
dengan pekerja seks komersil atau yang dipanggil
Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) di pusat-pusat
hiburan ini.

“Para suami atau lelaki yang kerap berkunjung ke
tempat-tempat ini untuk melakukan seks adalah tidak
selamat dan terdedah kepada bahaya mendapat jangkitan
HIV/Aids. Ramai GRO turut bekerja sebagai pelacur dan
ini adalah fakta yang diketahui,”jelas Dr Timothy.

Dr Timothy turut menegaskan bahawa pesakit yang
dijangkiti HIV/Aids di negeri ini tidak mendapatnya
dari Semenanjung Malaysia, Filipina atau Thailand
tetapi di Sabah sendiri khususnya di ibu negeri.

Beliau juga berkata, penyakit itu juga kini sedang
menular ke desa-desa dan kampung-kampung ekoran
penduduk yang dijangkiti di kawasan bandar kemudiannya
membawa pulang penyakit itu ke kampung masing-masing.

“Tiga hingga empat tahun dulu, ramai penghidap HIV
adalah dari Kota Kinabalu, tetapi kini penyakit
berbahaya itu telah menular ke kampung-kampung”
katanya.

Menurutnya lagi, pekan-pekan yang terjejas termasuk
Penampang, Papar, Kudat, Tuaran, Kota Belud, Beaufort,
Kota Marudu, Ranau dan Kunak.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, beliau
mendedahkan, statistik menunjukkan bahawa jangkitan
HIV yang dilaporkan di Malaysia sejak 1986 hingga
penghujung 2005 berjumlah 70,559 orang melibatkan
65,345 lelaki dan 5,214 adalah wanita.

Dalam kajian itu, kebanyakan kumpulan yang paling
terdedah ialah mereka yang berumur antara 20 dan 40
tahun dan terdapat 619 kanak-kanak yang tidak berdosa
turut dijangkiti HIV itu pada tempoh yang sama

http://www.harakahdaily..net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=3929&Itemid=29

Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Mengata , Adat Menurut

Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
__._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___


Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.

Kirim email ke