Berselimut pun Mahathir akan berceramah http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=1299&mode=&order=0&thold=0
"Asalnya majlis Sanjungan Budi Bersama Tun Dr
Mahathir Mohamad anjuran UMNO Cawangan Kampong
Padang Jual,Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada petang
Sabtu memang hendak dibatalkan kerana bekas Perdana
Menteri itu mengalami demam selsema.
SMS telah beredar sejak pagi Sabtu mengatakan majlis
itu batal.Ada yang menduga ini mungkin permainan pihak
tertentu hendak mengagalkan majlis itu.
Bagaimanapun Ketua UMNO Cawangan Padang Jual,Samah
Mahat mengesahkan dalam ucapannya di majlis yang
berlangsung di padang kecil sebelah dewan kampong itu
bahawa beliau terpaksa merayu kepada Datuk Mukhriz
Mahathir meminta agar bapanya dapat datang juga ke
majlis itu.
Katanya beliau lega bila Mukhriz memberi jaminan
bahawa Dr Mahathir akan datang juga sekalipun dalam
keadaan berselimut.
Dr Mahathir berucap sekitar 30 minit sahaja di majlis
itu dengan nada suara yang serak dan adakalanya
tersekat-sekat.
Kelihatan sebuah ambulan di tempatkan tidak jauh dari
khemah majlis itu.Malah sidang akhbar selepas majlis
juga dibatalkan.
Ini adalah kali pertama Dr Mahathir berucap di sebuah
pentas anjuran sebuah UMNO cawangan di kawasan luar
bandar sejak melancarkan kritikan terhadap Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun keseluruhan majlis itu berakhir sekitar
sejam setengah sahaja kerana masalah kesihatan Dr
Mahathir.
Sekitar 500 orang menghadiri majlis itu.Sebilangan
hadirin kelihatan berwajah kecewa kerana mereka
menjangkakan hendak dengar macam-macam dalam ucapan
Dr Mahathir seperti yang diluahkannya di beberapa
majlis ceramahnya di tempat-tempat lain.
Dalam ucapannya Dr Mahathir banyak bercakap secara
umum mengenai soal sejarah kemerdekaan negara dan
menyentuh sikit dakwaannya mengenai tiadanya demokrasi
dalam UMNO sekarang.
Namun begitu Samah Mahat telah mencuri perhatian bila
dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkata,: gila
apakah UMNO Cawangan Padang Jual memanggil Tun Dr
Mahathir Mohamad ketika orang lain takut
mendekatinya.
Katanya ini kerana mereka menyanjung pendirian Dr
Mahathir berpegang kepada kata-katanya meletakan
jawatan seperti yang diucapkannya pada akhir ucapannya
di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002.
Menurutnya begitu juga mengenang kepada jasa-jasanya
dalam pembangunan negara seperti membina Lebuhraya
Utara Selatan dan lain-lain.
Beliau juga kesal kerana merasa kebelakangan ini
terdapat usaha untuk melupakan jasa bekas Perdana
Menteri itu.
Samah Mahat yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian
Kuala Pilah mendakwa ada usaha untuk mengagalkan
majlis berkenaan menerusi penganjuran beberapa majlis
di kawasan Kuala Pilah pada waktu yang sama seperti
Pesta Pop Yeh Yeh dan majlis makan percuma.
Juga dakwanya ada tujuh buah bas disediakan untuk
mengangkut orang keluar ke majlis-majlis berkenaan.
Beliau menyifatkan mereka yang hadir pada majlis itu
sebagai yang berani.
Ditemui kemudiannya untuk mengulas mengenai
penganjuran majlis itu Samah Mahat menjelaskan ia
bukan keputusanya sendiri tetapi adalah hasil usul di
mesyuarat UMNO cawangan itu.
Katanya mereka meneruskan majlis itu selagi tiada
surat hitam putih dari Majlis Tertinggi UMNO
menegahnya.
Selepas majlis itu Dr Mahathir meluangkan lebih
setengah sejam beramah mesra dengan para pemimpin UMNO
cawangan itu di majlis minum teh dalam dewan.
Ramai para wartawan berpusu dalam dewan itu untuk
menghadiri kemungkinan beliau memberi sidang akhbar.
Petikan AGENDADAILY
Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Mengata , Adat Menurut
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
<<attachment: johol2.jpg>>
<<attachment: johol3.jpg>>
<<attachment: johol5.jpg>>

