Oleh Maslan Yusoh  KOTA BHARU, 3 Sept (Hrkh) - Peguam
Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara, Haji
Mohamed Naser Disa merumuskan empat akibat boleh
melanda umat Islam sekiranya kes Lina Joy berpihak
kepadanya. 
Pertamanya, orang Islam boleh keluar Islam sesuka hati
dan Mahkamah Syariah tidak boleh mengendalikan kes
orang yang mengaku bukan lagi beragama Islam.

Kedua, membuka ruang isu berkaitan Islam akan
ditentukan hakim mahkamah sivil yang bukan pakar dalam
perundangan Islam, manakala pandangan ulama atau fatwa
tidak lagi diperlukan.

Ketiga, membuka ruang Islam diamalkan mengikut
kepercayaan dan pemahaman individu dan tidak boleh
dikawal selia majlis agama. Dan keempat, pemahaman
serta pengamalan agama untuk anak-anak dewasa yang
berumur lebih 18 tahun tidak boleh lagi ditentukan
oleh ibu bapa.

Isu keempat itu selaras dengan Perkara 11 Perlembagaan
yang boleh ditafsirkan sebagai membenarkan seseorang
memeluk agama pilihannya dan mengamalkannya mengikut
pilihannya.

Mohamed Naser membentangkan fakta tersebut dalam
kertas kerjanya bertajuk Cabaran-cabaran
Merealisasikan Islam dalam Perlembagaan Malaysia pada
seminar Isu Murtad di Hotel Perdana semalam.

Turut membentang kertas kerja pada seminar anjuran
Gabungan Profesional Kelantan (GPK) dan Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), pensyarah
perlembagaan dari UIAM, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar,
Dato' Ahmad Yakob. Seminar separuh hari itu mendapat
sambutan menggalakkan. Hadir sama Presiden GPK, Dr
Abdullah Sudin Abdul Rahman dan Ketua Eksekutif Kias,
Dr Johari Mat.

Sebelum ini isu Lina Joy hangat diperkatakan apabila
dia memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi
mengeluarkan butiran status agama Islam pada kad
pengenalannya, namun telah ditolak Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Rayuan.

Kemudian kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan yang
turut mendapat sokongan Kumpulan Artikel 11 dan Majlis
Peguam. Keputusannya belum lagi diumumkan sehingga
sekarang.

Sehubungan itu Peguam Kanan Persekutuan terbabit
menggariskan beberapa langkah ke arah memperkukuhkan
lagi Islam antaranya memperbetulkan kefahaman semua
pihak mengenai Islam agama Persekutuan dan bukan
sekadar agama rasmi.

"Menyedarkan semua pihak yang terlibat dalam
pemerintahan negara sama ada kerajaan, kehakiman atau
perundangan akan kewajipan untuk melaksanakan ikrar
kepada Yang Dipertuan Agong bagi mempertahankan Islam.

"Islam perlu dijadikan asas pertimbangan dalam
penggubalan dasar-dasar, peraturan dan undang-undang
negara. Penafsiran perlembagaaan dan undang-undang
yang berkuatkuasa perlu dibuat berasaskan Islam dan
bukan pemahaman barat," katanya.

Selain itu, menyedarkan semua pihak bahawa sebarang
usaha untuk memperteguhkan kedudukan Islam di negara
ini adalah dilaksanakan dalam perspektif perlembagaan
bagi mempertahankan Islam.

Peguam-peguam Muslim juga disaran mempersiap diri dan
mempertajamkan fikiran serta memantapkan hujah untuk
menggalas tanggungjawab menghadapi golongan yang
agresif berusaha untuk menghakis Islam. 

Dr Abdul Aziz pula berkata, perlembagaan akan menjadi
Islam atau lebih Islam jika umat Islam mengamalkan
agama Islam dan menunjukkan contoh yang baik kepada
masyarakat.

"Masalah kita hari ini bukan kerana tidak ada
peruntukan undang-undang. Ini cukup jelas dalam soal
undang-undang pengawalan penyebaran agama lain kepada
orang Islam sebagaimana yang dibolehkan oleh Perkara
11(4) Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

Beliau juga mencadangkan Kumpulan Artikel 11 sekiranya
terus berdegil perlu dikenakan tindakan sebagaimana
yang sepatutnya. 

Sebelum itu, Timbalan Menteri Besar ketika merasmikan
seminar tersebut berkata, Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada negeri
melaksanakan undang-undang syariah, namun Perkara 75
Perlembagaan Persekutuan pula menyekat kuasa negeri.

Menurutnya, Perkara 75 menyatakan sekiranya
undang-undang negeri berlawanan dengan undang-undang
Persekutuan, maka undang-undang negeri terbatal
setakat mana ia berlawanan.

"Peruntukan undang-undang itu menjadikan Islam seperti
dagang di bumi sendiri. Perlembagaan Persekutuan telah
berjaya menjadi benteng untuk menyekat kedaulatan
syariat Islam.

"Pengalaman pahit kerajaan Kelantan untuk melaksanakan
Enakmen Syariah II adalah sebagai bukti bahawa ia
tidak mampu memecah benteng penyekat Perkara 75
Perlembagaan Persekutuan," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4075&Itemid=1


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke