Namun, kemerbahayaan aqidah, siasah dan kesan sosial
yang dibawa oleh Khomeini melalui revolusinya,
menyebabkan para ulama sunni yang munsif tidak
berlengah menyedarkan umat Islam tentang hakikat yang
terselindung di sebalik gah Khomeini. Di antara ulama
yang segera bertindak ke arah itu ialah Al-Marhum Said
Hawwa, seorang ulama dan daie yang terkenal dari
Syria. Beliau telah pergi sendiri ke Iran untuk
meninjau situasi di sana dan menilai sejauh mana
Revolusi Iran benar-benar ‘Islam’. 

Hasil kunjungan itu, buku kecil bertajuk Khomainiyyah
– Syudzuz fi Al-‘Aqaid wa Al-Mawaqif terhasil. Bagi
pembaca yang biasa menelaah buku karangan Al-Marhum
kita akan dapati penulisan Said Hawwa di dalam buku
kecilnya ini adalah dengan intonasi bahasa yang
berbeza. Beliau nampaknya begitu tegas dengan setiap
butiran fakta dan perkataan yang dibentang, sesuai
dengan kemerbahayaan ancaman Khomeini dan Khomeinisma
itu sendiri. 

Al-Marhum Said Hawwa telah membahagikan risalahnya ini
kepada dua bab utama. Bab pertama membicarakan tentang
keganjilan Khomeini dari aspek aqidah. Keganjilan itu
bukanlah keganjilan yang terasing, bahkan ia adalah
keganjilan aqidah ajaran Syiah itu sendiri, khususnya
merujuk kepada Syiah Imamiah Itsna Asyariah yang
menjadi mazhab rasmi Iran tatkala ini. 
Manakala bab kedua pula membincangkan tentang
keganjilan Khomeini di dalam prinsip dan pendirian
politiknya. 

Persoalan aqidah mendahului perbincangan mengenai
politik, kerana aqidah adalah mizan mutlak yang
dipakai dalam menilai soal benar atau tidak pegangan
seseorang. Andaikata politik seorang tokoh itu hebat
dan mengagumkan, tetapi berakar umbikan aqidah yang
menyalahi Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, maka ia kekal
sebagai catatan yang kosong dari makna, jauh sekali
dari kelayakan untuk diangkat sebagai qudwah. 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke