Penyelewengan Al-Quran Menurut Dakwaan Syiah.
 
Salah satu intipati pengajaran Ahli Sunnah wa
Al-Jamaah ialah Al-Quran sebagai sumber, terpelihara
daripada penyelewengan sama ada berbentuk penambahan
atau pengurangan. Ia dijelaskan melalui firman Allah
di dalam surah Al-Hijr ayat 9. Walau bagaimana pun,
Syiah dahulu dan sekarang bersepakat bahawa Al-Quran
yang ada di tangan umat Islam hari ini adalah Al-Quran
yang telah diselewengkan.
 
Riwayat-riwayat oleh Al-Kulaini di dalam kitabnya Usul
Min Al-Kafi, Al-Majlisi di dalam kitabnya Mir’atul-
‘Uqul dan Bihar Al-Anwar dipenuhi dengan
riwayat-riwayat yang menyokong aqidah ganjil ini.
Akidah ini muncul secara jelas pada kurun kedua
hijrah, dipelopori oleh Hisyam bin Al-Hakam dan
Syaitan At-Taq. Pendapat oleh ulamak Syiah di era
klasik, dihidupkan kembali dalam bentuk yang lebih
tersusun di zaman kerajaan Safavid (akhir kurun
ke-13H) oleh Mirza Hussein An-Nuri At-Thabarisi
(meninggal 1320H) di dalam kitabnya Faslul Khitab fi
Itsbat Tahrif Kitab Rabbil Arbab yang mengumpulkan
kira-kira 1062 riwayat yang kononnya membuktikan
betapa Al-Quran telah terseleweng. Diterbitkan di
Tehran pada tahun 1298H. 

At-Thabarisi diberi pujian melambung oleh Khomeini di
dalam kitabnya Al-Hukumah Al-Islamiah.
Khomeini juga menganut tuduhan jahat ini sebagaimana
yang kelihatan di dalam tulisannya Kasyful Asrar.
Beliau turut menuduh sahabat Rasulullah SAW
mengeluarkan nas dari dalam Al-Quran mengikut kehendak
dan kepentingan peribadi mereka. 

Khomeini mendakwa bahawa dakwaan umat Islam tentang
penyelewengan yang dilakukan oleh Yahudi dan Kristian,
sebenarnya juga tsabit dilakukan oleh para sahabat!
Ini adalah kufur yang terang (kufrun bawwah) dari
Khomeini dan ia menafikan Islam secara keseluruhannya.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke