Menyingkap rahsia kekuatan Hizbullah
http://palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=1247
oleh : Maszlee Malik 
"Islamic Resistance guerrillas are reckoned to be
amongst the most dedicated, motivated and highly
trained of their kind," Jane's World Insurgency &
Terrorism

Fakta yang tidak boleh dinafikan lewat peperangan yang
dilancarkan oleh rejim Zionis ke atas Lubnan ialah
kegagalan pihak Zionis untuk mencapai kemenangan di
dalam peperangan tersebut. 30,000 tentera Zionis (IDF)
yang dihantarkan ke selatan Lubnan ternyata gagal
untuk mencapai dua matlamat utama mereka, yang
pertamanya untuk membebaskan dua tentera mereka yang
ditawan dan yang keduanya untuk menghapuskan Hizbullah
dari bumi Lubnan. Dilengkapi dengan segala
persenjataan terkini dan tercanggih, mereka gagal
untuk menewaskan para pejuang Hizbullah yang
dilaporkan berjumlah di antara 2,000 sehingga 3,000
orang sahaja. Kegagalan rejim Zionis ini merupakan
sesuatu yang diiktiraf umum, hatta oleh rakyat Zionis
juga. Sudut yang menarik dari peristiwa yang berlaku
ini ialah apakah rahsia kekuatan Hizbullah. 

Peperangan Gerila 

Di dalam hal ini, laman web islamonline.net telah
turun padang untuk menyingkapinya. Wartawan-wartawan
mereka yang telah ditugaskan ke Lubnan untuk bertemu
sendiri dengan para pejuang Hizbullah telah berjaya
mencungkil sedikit sebanyak rahsia kekuatan Hizbullah.
Kajian-kajian oleh para ahli akademik dan
penganailisis politik timur tengah juga banyak yang
telah berupaya mencantumkan cebisan-cebisan maklumat
berkaitan perkara ini. Beberapa badan agensi berita
antarabangsa juga telah dapat mewawancara beberapa
pemimpin Hizbullah untuk tujuan yang sama. Pendekata,
kejayaan Hizbullah di dalam peperangan yang
berlangsung lebih sebulan ini telah membuka mata ramai
pihak dan memberikan semangat kepada beberapa pihak
yang lain.

Reuters di dalam wawancaranya bersama Timur Goksel
pada 2 Ogos 2000 telah membawa beberapa dimensi yang
menarik. Sebagai mantan pegawai pengaman PBB di
selatan Lubnan sehingga tahun 2003, Goskel mempunyai
banyak pengalaman dan kajian mengenai Hizbullah.
Menurut Goksel, kekuatan utama Hizbullah adalah
terletak pada taktik peperangan gerila mereka.
Kejayaan mereka memaksa Zionis untuk berundur dari
selatan Lubnan pada Mei 2000 telah menjadikan mereka
lebih berpengalaman di dalam taktik peperangan
seumpama itu. Bentuk fizikal muka bumi selatan Lubnan
yang amat mereka mahir itu memberikan kelebihan bagi
pihak Hizbullah. Para pejuang Hizbullah tahu bila, dan
di mana mereka mampu dan perlu untuk menyerang
tentera-tentera Zionis yang telah berada di dalam
kawasan selatan Lubnan. Berdasarkan kesedaran inilah,
para tentera Zionis tidak berupaya untuk maju lebih
jauh daripada kedudukan yang mereka berada sepanjang
peperangan berlangsung.


 Di dalam wawancara Goksel dengan al-Jazeera pula,
beliau telah menekankan aspek perisikan dan pengkajian
Hizbullah sebagai elemen penting di dalam memahami
kekuatan Hizbullah. 

Kemusnahan besar yang ditanggung oleh pihak tentera
Zionis lewat pertempuran di Bint al-Jbeil telah cukup
untuk membuktikan kebenaran analisis Goksel. Sebanyak
22 orang tentera Zionis telah cedera parah di dalam
serangan yang dilancarkan oleh para pejuang Hizbullah
ke atas mereka. Menurut Goksel juga, Hizbullah hanya
perlu menghantar sekumpulan pejuang yang tidak
melebihi 20 orang di dalam setiap serangan hendap
mereka. 20 orang ini akan berusaha untuk mencederakan
dan juga memusnahkan sebanyak mungkin keupayaan musuh.
Formula sama yang pernah mereka gunakan sewaktu
menghalau Zionis dari selatan Lubnan tahun 2000 yang
lalu. Kemusnahan kereta kebal-kereta kebal milik
tentera Zionis yang dianggarkan sebanyak 180 buah itu
adalah bukti kemampuan para pejuang Hizbullah di dalam
menguasai taktik peperangan gerila. Apa yang pasti,
taktik peperangan ini jugalah yang telah membuatkan
ramai di antara para tentera Zionis yang terkejut dan
menerima tamparan yang hebat. Peperangan selama
sebulan itu telah menyaksikan 123 orang tentera Zionis
telah terkorban, manakala hampir 500 yang lain telah
cedera parah.

Sistem perisikan dan perancangan yang sistematik

Di dalam wawancara Goksel dengan al-Jazeera pula,
beliau telah menekankan aspek perisikan dan pengkajian
Hizbullah sebagai elemen penting di dalam memahami
kekuatan Hizbullah. Melalui kajian dan maklumat yang
beliau ada, Hizbullah mempunyai unit khas di bidang
perisikan dan pengkajian. Unit tersebut dianggotai
oleh pakar strategi peperangan dan sejarah. Mereka
juga mempelajari taktik dan strategi
peperangan-peperangan di dunia dengan begitu teliti
dan sistematik. Mereka melakukannya dengan begitu
sabar dan gigih. Berdasarkan kajian yang mereka
lakukan, unit kajian ini akan menghasilkan pula
perancangan jangkamasa panjang mereka.

Unit kajian ini tidak dapat dipisahkan daripada unit
perisikan Hizbullah. Unit perisikan Hizbullah
bertanggungjawab mengkaji dan mengumpulkan maklumat
tentang tentera Zionis. Mereka akan mengumpulkan
sebanyak mungkin maklumat yang mereka perolehi dan
mengkajinya dengan teliti sebelum merancang apa-apa
operasi. Mereka sanggup bersabar untuk merancang
sesuatu operasi. Mereka juga akan mengkaji setiap
operasi yang telah dirancangkan dan mempelajari
kelemahan-kelemahan yang ada, dan akan mengambilkira
faktor tersebut di dalam merancang operasi-operasi di
masa hadapan. Perkara inilah yang tidak dimiliki oleh
para pejuang Palestin menurut Goksel.

Persediaan yang lama

Faktor persediaan Hizbullah untuk menghadapi
peperangan ini juga tidak dapat dinafikan. Seringkali
jurucakap mereka yang muncul di kaca-kaca Televisyen
menegaskan perkara ini. Semenjak pengunduran tentera
rejim Zionis dari bumi Lubnan pada tahun 2000, para
pejuang Hizbullah telah mempersiapkan diri mereka.
Kumpulan pejuang Hizbullah telah menerima latihan dan
bersiap untuk sebarang kebarangkalian untuk bertempur
dengan tentera Zionis setiap hari dari tarikh Mei
2000. Peperangan yang dilancarkan oleh rejim Zionis
ini diibaratkan bagai pucuk dicita ulam mendatang,
ataupun bagaikan orang yang mengantuk disorongkan
bantal. Para pejuang Hizbullah hanya perlu menantikan
tentera-tentera Zionis masuk ke dalam perangkap mereka
untuk mereka mengerjakan para tentera tersebut. Tidak
hairanlah jika pasukan komando terbaik Zionis, briged
komando Golani pun turut tewas di dalam
pertempuran-pertempuran dengan para pejuang Hizbullah,
terutamanya di Bint al-Jbeil dan Maroun al-Ras.
Pengunduran tentera rejim dari kedua-dua buah kawasan
tersebut telah menunjukkan kegagalan tentera Zionis
untuk menguasai tempat berkenaan.

Kemampuan Hizbullah untuk menggunakan sebaik mungkin
ilmu dan pengetahuan berkaitan fizikal selatan Lubnan
juga banyak membantu mereka untuk menguasai peperangan
tersebut. 

Hal ini juga telah ditegaskan oleh Haj Abu Rabia,
salah seorang pemimpin sayap tentera Hizbullah yang
telah diwawancara oleh wartawan AFP pada 1 Ogos 2006.
Menurut Rabia, ramai di antara para pejuang telah
dilatih semenjak tahun 1982 lagi, lewat penjajahan
rejim Zionis ke atas bumi Lubnan. Kebanyakan para
pejuang merupakan warga awam tetapi menerima latihan
ketenteraan yang profesional dan penuh disiplin.
Penantian mereka untuk berperang dengan tentera rejim
merupakan hadiah penantian selama lebih 20 tahun.
Apabila dilaungkan jihad lewat peperangan 2006 ini,
ramai di antara para pejuang telah bersiap sedia
secara mental dan juga fizikal untuk masuk ke medan
tempur. Terdapai ramai juga dari kalangan pejuang
Hizbullah adalah mereka yang pernah berperang dengan
Zionis semenjak tahun 1982 lagi. Kemampuan mereka
untuk mengetahui selok belok cara bertempur pihak
Zionis telah memberikan kredit yang banyak di dalam
peperangan kali ini.

Kemampuan Hizbullah untuk menggunakan sebaik mungkin
ilmu dan pengetahuan berkaitan fizikal selatan Lubnan
juga banyak membantu mereka untuk menguasai peperangan
tersebut. Kebanyakan para pejuang Hizbullah merupakan
warga selatan Lubnan. Mereka lebih mengetahui keadaan
persekitaran dan juga sejarah tempat berkenaan.
Maklumat-maklumat dan arahan-arahan yang disampaikan
adalah berdasarkan maklumat ini. Adalah sukar bagi
para perisik Zionis untuk memahami bahasa-bahasa dan
juga istilah-istilah yang digunakan oleh para pejuang
Hizbullah. Kebanyakan maklumat yang diperolehi oleh
pihak Zionis sepanjang epperangan tersebut adalah
tidak relevan dan seringkali tersilap. Hal ini nampak
ketara apabila pihak Zionis telah tersalah sasar di
dalam setiap serangan mereka. Kesilapan yang terlalu
banyak dilakukan oleh tentera rejim adalah kerana
kesilapan maklumat yang mereka perolehi. Hal ini telah
diakui oleh rakan Haj, di dalam wawancara tersebut.

Faktor disiplin dan juga semangat

Pendidikan dan juga usaha kesedaran secara berterusan
turut menyumbang kepada kemantapan semangat para
pejuang Hizbullah. Di samping itu, doktrin Karbala dan
kesyahidan Hussein yang diimani oelh setiap penganut
Syiah, telah memberikan motivasi berterusan kepada
para pejuang Hizbullah yang majoritinya adalah
penganut fahaman tersebut. Para pejuang Hizbullah juga
dididik untuk mencintai syahid dan memerdekakan masjid
al-Aqsa. Berbekalkan semangat revolusi Iran yang telah
diimport melalui para pegawai revolusi lewat
tahun-tahun 80'an, para pejuang Hizbullah akan
berperang untuk mati. Sistem sokongan sosial Hizbullah
membuatkan mereka tidak risau mengenai nasib keluarga
mereka jika mereka gugur syahid di dalam peperangan.
Sistem penjagaan anak yatim yang canggih dan tersusun
oleh pihak Hizbullah menjadi motivasi kepada para
pejuang mereka untuk berperang ke titisan darah
terakhir mereka.

Tahap disiplin yang tinggi di kalangan para pajuang
Hizbullah juga memainkan peranan di dalam kekuatan
mereka. Mereka mempunyai para pejuang yang akan
sanggup berlapar, sanggup menahan siksaan, dan sanggup
untuk melakukan apa sahaja demi jihad dan demi doktrin
Karbala yang mereka yakini. Para pejuang Hizbullah
juga mempunyai tahap ketaatan dan kehormatan yang
tinggi kepada Syed Hassan Nasrullah. Segala arahan dan
seruan Nasrullah akan segera mereka lakukan dan
laksanakan. Sebagai wakil Imam di Lubnan, segala
arahan Nasrullah adalah wajib untuk mereka patuhi dan
ianya adalah ibadat. Ketegasan dan karismatik
Nasrullah banyak memberikan motivasi kepada para
pejuang Hizbullah untuk terus berjuang. Hal inilah
yang tiada di dalam hati para tentera Zionis dan
tentera-tentera Arab yang pernah bertempur dengan
Zionis di zaman 60'an dahulu. Kebanyakan para tentera
berperang kerana terpaksa, tetapi para pejuang
Hizbullah berperang kerana kewajipan dan mereka yang
inginkan perjuangan tersebut.

Roket-roket Hizbullah

Antara kekuatan lain yang dimiliki oleh Hizbullah
adalah roket-roket jarak jauh milik mereka. Jika HAMAS
terpaksa mengahsilkan roket mereka sendiri dengan
teknologi yang terhad, dan di bawah suasana
penjajahan, Hizbullah pula lebih bernasib baik.
Teknologi dan juga bantuan yang mereka terima dari
Iran dan Syria memungkinkan mereka untuk memiliki
roket-roket yang canggih. Di samping itu, mereka juga
mempunyai ramai pakar dan saintis yang sentiasa
bekerja untuk memperelokkan kemampuan roket-roket yang
mereka miliki. Al-Khaibar, Zalazel, al-Fajr, al-Ra'ad
dan lain-lain lagi roket milik mereka adalah di antara
senjata yang paling penting di dalam peperangan kali
ini. Jarak sejauh 70 meter pernah dijangkaui oleh
roket-roket tersebut. Mereka juga dengan berani
mengancam Zionis untuk mereka lancarkan roket ke arah
Tel Aviv. Hal ini turut diperakui oleh pihak rejim
yang mengetahui kemampuan Hizbullah. Malangnya, pihak
rejim tidak pula menyangkakan Hizbullah mempunyai
kemampuan lebih daripada apa yang mereka jangkakan.

Serangan-serangan yang dilancarkan oleh Hizbullah ke
wilayah-wilayah tengah wilayah jajahan Zionis,
termasuk ke Haifa, Atlit dan Akka benar-benar telah
mencabar kemampuan Zionis. 

Serangan-serangan yang dilancarkan oleh Hizbullah ke
wilayah-wilayah tengah wilayah jajahan Zionis,
termasuk ke Haifa, Atlit dan Akka benar-benar telah
mencabar kemampuan Zionis. Pisak perisikan mereka
tidak terduga Hizbullah mampu melancarkan roket sejauh
itu. Serangan lebih 3,900 roket yang menghujani
majoriti wilayah-wilayah utara jajahan Zionis di dalam
peperangan kali ini benar-benar telah melumpuhkan
kerajaan Zionis. Kini, rakyat Zionis sedang menggesa
Ehud Olmert untuk meletakkan jawatan kerana gagal
menjaga keselamatan mereka dan telah menyebabkan
banyak kematian rakyat Zionis dan kemusnahan harta
lewat peperangan Lubnan 2006 ini. Penerimaan rejim
Zionis terhadap resolusi 1701 PBB yang memaksa
gencatan senjata dari kedua-dua belah pihak pun adalah
kerana tidak tahankan serangan roket Hizbullah.
Sepanjang sebulan peperangan berlangsung, sebanyak 55
warga Zionis termasuk tentera telah terkorban natijah
serangan roket-roket Hizbullah.

Kesimpulan

Peperangan Lubnan 2006 telah memberikan dimensi baru
kepada masyarakat dunia mengenai rejim Zionis. Rejim
Zionis yang dilihat sebagai kuasa terhebat di rantau
Asia Barat lewat kejatuah Iraq, kini tidak lagi
digeruni oleh lawan-lawan mereka. Tentera "keempat"
terkuat di dunia yang mereka miliki ternyata tidak
mampu untuk menyaingi kehebatan Hizbullah yang
mempunyai kelengkapan persenjataan yang jauh lebih
lemah daripada mereka. Peperangan tersebut juga telah
membuktikan kepada kita bahawa angka yang besar tidak
semestinya hebat, tetapi persiapan, strategi,
disiplin, perancangan, keimanan yang tinggi dan jaya
juang yang tidak kenal henti, itulah formula
kemenangan. Hizbullah telah membuktikannya, dan
mungkin kita juga bakal menyaksikan perkara yang sama
di bumi Palestin pula.

Bak kata Syed Hassan Nasrullah:

"Israel which has both nuclear weapons and the
strongest air force in the region, is weaker than a
spider's web" (Israel yang mempunyai senjata nuklear
dan angkatan udara yang terkuat di rantau ini, adalah
sebenarnya lebih lemah daripada sarang labah-labah)
(Dipetik dari artikel Kareem M Kamel, di lamanweb
islamonline.net pada 4 Mac 2004) " 
 



     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke