JOHOR BAHRU, 12 Sept (Hrkh) -  Pesuruhjaya PAS Johor,
Dato’ Dr Mahfods Mohamad, menyifatkan tindakan
membakar jenazah saudara baru, Allahyarham Rafie
Syazwan Abdullah atau nama asalnya R.R Mahendran, 40,
oleh keluarga mangsa tanpa merujuk mana-mana pihak
terlebih dahulu dengan jelas telah mencabar maruah
umat Islam dan Perlembagaan Negara.

Tindakan keluarga mangsa membelakangkan peruntukan
undang-undang ini juga boleh menimbulkan suasana tidak
harmoni di kalangan rakyat negara ini, katanya di
sini.

Mahendran, seorang peguam difahamkan telah memeluk
Islam kira-kira lima tahun lalu dan beliau telah
meninggal dunia di sebuah hotel di Kuala Lumpur,
kira-kira jam 2.00 pagi 5 September lalu dipercayai
akibat serangan sakit jantung, jenazahnya telah dibawa
pulang ke Johor Bahru oleh isterinya 
yang juga dipercayai seorang saudara baru berasal dari
Sarawak.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumahnya di Taman Nong
Chik, dekat sini, jenazah mangsa terus dibawa ke pusat
pembakaran mayat di Jalan Kota Tinggi untuk dibakar
mengikut kepercayaan agama asal keluarga mangsa.

Malangnya menurut sumber itu lagi, wakil Jabatan Agama
Johor (JAJ) yang datang ke pusat pembakaran mayat itu
gagal menyelamatkan jenazah daripada dibakar, mereka
(JAJ) cuma lewat 10 minit sahaja, jika mereka datang
lebih awal sudah tentu kejadian ini dapat dielakkan.

Bagaimana pun menurut sumber itu lagi, setelah
mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Syariah, JAJ
berjaya menuntut abu jenazah mangsa untuk dikebumikan
menurut  Islam dan difahamkan jenazah telah selamat
dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di daerah
ini, kira-kira jam 12 tengah malam 8 September lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas
membuat laporan di Balai Polis Central, dekat sini,
baru-baru ini.

Laporan polis ini dibuat terhadap keluarga mangsa dan
juga pusat pembakaran mayat terbabit yang didakwa
terlibat dengan urusan pembakaran jenazah saudara baru
ini. Sehubungan itu dalam laporan tersebut PAS Johor
menuntut supaya polis menyiasat serta mengambil
tindakan terhadap pihak-pihak yang terbabit dengan
insiden ini.

Selain laporan polis, PAS Johor juga telah menghantar
memorandum bantahan berikutan insiden ini kepada JAJ.

Menurut Dato’ Mahfods lagi, PAS merasa amat kesal
kerana Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) begitu lambat
bertindak sehingga membolehkan pihak lain bertindak
lebih pantas menguruskan jenazah saudara baru ini
mengikut kepercayaan agama asal mereka sedangkan
mangsa beragama Islam.

Justeru kerana itu jelas beliau lagi, bagi mengelak
kejadian seumpama ini tidak berulang lagi maka PAS
mendesak kerajaan mengemaskini sistem maklumat
berkaitan saudara baru di negara ini supaya apabila
berlaku kematian atau sebarang kes lain maka idenditi
mereka dapat segera dikesan dan tindakan selanjutnya
boleh diambil dengan pantas.

Jika sistem ini dapat dilaksanakan sepenuhnya maka
insiden-insiden yang boleh menimbulkan rasa tidak
senang di kalangan rakyat negara ini sudah tentu dapat
dielakkan, ujarnya lagi. - mns

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4224&Itemid=29


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke