Assalamualaikum,
Sila hubungi 03-41472626 atau emel [EMAIL PROTECTED] sekiranya berminat untuk hadir seminar ini.
**************************************************************************
* ADAKAH ANAK PEREMPUAN ANDA AKAN MENEMPUHI ALAM BALIGH?
* BAGAIMANAKAH KITA DAPAT BERKOMUNIKASI PERKARA BERKAITAN BALIGH KEPADA
ANAK PEREMPUAN ANDA?
* BAGAIMANAKAH CARANYA ANAK PEREMPUAN ANDA MEMPERTAHANKAN DIRI MEREKA
DARIPADA GEJALA-GEJALA BURUK GANGGUAN SEKSUAL DAN SEBAGAINYA?
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERKONGSI DENGAN ANAK-ANAK PEREMPUAN KITA
MENGENAI ALAM BALIGH
***********************************************************************
SEMINAR ANAK DAN IBU: SEMINAR MENYEDIA ANAK PEREMPUAN MENGHADAPI ALAM
REMAJA (untuk anak perempuan berumur 11 hingga 16 tahun serta ibu)
Pengenalan
Perubahan besar berlaku apabila kanak-kanak perempuan baligh dan menempuh alam remaja. Antara perubahan yang penting adalah kedatangan haid, perubahan bentuk tubuh badan dan perubahan emosi serta perasaan.
* BAGAIMANAKAH KITA DAPAT BERKOMUNIKASI PERKARA BERKAITAN BALIGH KEPADA
ANAK PEREMPUAN ANDA?
* BAGAIMANAKAH CARANYA ANAK PEREMPUAN ANDA MEMPERTAHANKAN DIRI MEREKA
DARIPADA GEJALA-GEJALA BURUK GANGGUAN SEKSUAL DAN SEBAGAINYA?
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERKONGSI DENGAN ANAK-ANAK PEREMPUAN KITA
MENGENAI ALAM BALIGH
***********************************************************************
SEMINAR ANAK DAN IBU: SEMINAR MENYEDIA ANAK PEREMPUAN MENGHADAPI ALAM
REMAJA (untuk anak perempuan berumur 11 hingga 16 tahun serta ibu)
Pengenalan
Perubahan besar berlaku apabila kanak-kanak perempuan baligh dan menempuh alam remaja. Antara perubahan yang penting adalah kedatangan haid, perubahan bentuk tubuh badan dan perubahan emosi serta perasaan.
Seringkali kanak-kanak ini tidak disediakan dari awal untuk menghadapi
perubahan besar ini. Selain itu, isu-isu penting yang bersangkutan
seperti pengetahuan seks dan penderaan seksual juga perlu diberi
pendedahan awal.
Kebanyakan ibubapa merasa agak malu untuk berbincang dengan anak-anak
mereka tentang isu-isu seperti ini. Akibatnya, anak-anak ini terpaksa
menggunakan sumber-sumber lain seperti kawan-kawan mereka dan media massa untuk memenuhi ˜curiosity" mereka.
Selain isu peribadi, isu keagamaan juga sangat penting. Apabila baligh anak-anak ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala perbuatan mereka. Tanggungjawab agama dan amalan Islam sebagai satu cara hidup perlu ditekankan kepada anak-anak dari awal untuk membentuk muslimah yang beriman. Anak-anak perlu dipupuk kecintaan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi sedalam-dalamnya.
Dengan ini timbullah keperluan untuk mengadakan suatu bengkel pemahaman tentang proses baligh dan isu-isu yang bersangkutan khususnya pendidikan seks. Seminar ini disarankan untuk anak-anak perempuan berumur 11 hingga 16 tahun yang baru atau akan melalui proses baligh.
Daripada pengalaman yang lepas kehadiran ibu bersama anak perempuannya
dapat memupuk suatu hubungan yang sangat istimewa antara ibu dan anak
kerana perkongsian ilmu yang begitu suci tetapi sukar dibincang dan ia
merupakan titik permulaan bagi jalinan hubungan yang mesra antara ibu dan anak. Justeru itu kehadiran ibu sangat digalakkan.
Penceramah
Seminar ini akan dikendalikan oleh Dr Sharifah Sulaiha Syed Aznal, pakar obstetrik dan ginekologi, International Medical University bersama The
Little Khalifah Shop.
Objektif
1. Memberi maklumat kepada anak-anak perempuan dari 11 hingga 16 tahun
mengenai isu-isu penting berhubung baligh dari perspektif sains dan agama secara mudah dan menarik.
2. Mendedahkan murid-murid kepada masalah berhubung penderaan seksual.
3. Mengelakkan bakal remaja daripada memperolehi pengetahuan pelajaran
seks daripada sumber-sumber yang tidak sesuai/lucah.
4. Menyedarkan anak-anak perempuan tentang tanggungjawab agama setelah
baligh dan peranan mereka sebagai khalifah Allah
5. Meringankan beban para ibu untuk memberitahu anak-anak mereka tentang
isu-isu yang sensitif ini.
6. Menyediakan anak-anak perempuan untuk menempuh alam remaja.
7. Memberi peluang kepada anak-anak untuk mengemukakan soalan-soalan
mengenai isu-isu yang berkaitan.
8. Membuka jalan kepada para ibu untuk berbincang isu-isu berhubung
penderaan seks dan sebagainya secara terbuka dan ikhlas dengan anak
perempuan mereka pada masa akan datang.
Aturcara
8.30 am: Pendaftaran (Remaja menjawab Borang Soal Selidik)
9.00 - 11.00 am:
Ceramah 1: Anatomi dan fisiologi sistem reproduktif serta keterangan
mengenai haid.
Ceramah 2: Tanggungjawab Agama selepas Baligh
Ceramah 3: Penderaan seks
11.00 - 11.30 am: Rehat(Minuman ringan)
11.30 - 12.30 pm: Sesi soal jawab dan perbincangan
12.30 pm: Remaja menjawab borang kajiselidik dan bersurai
Tempat dan Tarikh
Seminar akan diadakan seperti dibawah:-
Tarikh: Ahad, 17/09/2006 (8.15am - 12.30 pm)
Tempat: The Little Khalifah Shop
No 2750A, Jalan Changkat Permata
Taman Permata, Ulu Klang
53300 Kuala Lumpur
(berhadapan dengan Giant Hypermarket Hulu Kelang, satu blok dengan 7-11, di atas Hypershoe, dibawah Kumon Centre)
Tel No: 03-41472626
Emel: [EMAIL PROTECTED]
Bayaran: RM75 untuk anak
RM130 untuk anak dan ibu
Peserta: Anak perempuan berumur 11 - 16 tahun
Ibu digalakkan hadir
Pendaftaran dan pembayaran mestilah dibuat sebelum 15/09/2006
Tempat terhad kepada 30 orang sahaja.
The Little Khalifah Shop
www.littlekhalifahshop.com
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___

