Sikap Melampau Terhadap Fatimah Az-Zahra Sesungguhnya kecintaan Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap Fatimah Az-Zahra merupakan sejuzuk daripada kecintaan terhadap bapanya SAW, suami dan anak-anaknya. Tetapi kecintaan itu tidaklah mendorong kepada menisbahkan beliau dengan apa yang tidak sepatutnya dinisbah. Akan tetapi Khomeini telah mengangkat Fatimah RA ke kedudukan yang lebih tinggi daripada Anbiya AS. Di dalam khutbah beliau yang disampaikan di Husainiah Jamaran 2 Mac 1986 sempena Hari Wanita (iaitu hari kelahiran Saidatina Fatimah Az-Zahra RA), beliau telah membuat ulasan berhubung dengan sebuah riwayat yang terdapat di dalam kitab Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini tentang Fatimah RA. Riwayat tersebut menyebut sesungguhnya Fatimah Az-Zahra hidup selepas kewafatan ayahnya selama 75 hari dan sepanjang tempoh itu hidupnya penuh dengan kesedihan dan dukacita. Dalam tempoh itu juga Jibrail Al-Amin datang kepadanya untuk mengucapkan takziah serta menyampaikan beberapa perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. (rujuk Usul Min Al-Kafi juzuk 1 ms 240, Bihar Al-Anwar juzuk 26 ms. 44 serta Basair Ad-Darajat ms. 43). Khomeini mendakwa bahawa berkemungkinan kejayaan revolusinya di Iran adalah sebahagian daripada apa yang telah diberitakan oleh Jibrail kepada Fatimah Az-Zahra! Khomeini seterusnya menyambung lagi dakwaan bahawa turunnya Jibrail AS kepada seseorang bukanlah dakwaan yang boleh dianggap remeh kerana Jibrail AS menurutnya, tidak akan turun melainkan apabila berhasilnya kesesuaian antara roh dan ini hanya berlaku antara Jibrail AS dengan para Nabi. Khomeini juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan riwayat yang menceritakan tentang turunnya Jibrail kepada para imam. Oleh yang demikian, turunnya Jibrail AS ini kepada Fatimah Az-Zahra RA adalah merupakan kelebihan khusus buat Fatimah RA!
__________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

