Harian Metro 13 Sep 06. Edisi KL : Usaha murni
tercemar Oleh Mazlan Hasan

LUMUT: Usaha murni Putera Umno mendisiplinkan
kira-kira 8,000 Mat dan Minah Rempit di Teluk Batik di
sini, Sabtu dan Ahad lalu tercemar dengan beberapa
insiden memalukan termasuk dakwaan kegiatan maksiat,
minum arak, gaduh serta mencemarkan masjid.

Antara insiden memalukan didakwa membabitkan
segelintir peserta Ekspedisi Merdeka Putera Bermotor
Kuala Lumpur-Teluk Batik 2006 anjuran Putera Umno itu
ialah kejadian mereka mandi serta berendam dalam kolah
mengambil wuduk di Masjid Teluk Muroh, dekat sini,
ketika program membersihkan masjid dilaksanakan.

Beberapa penduduk setempat dikatakan menegur perbuatan
tidak senonoh itu tetapi tidak diendahkan sehingga
mereka terpaksa membuat aduan kepada Pejabat Agama
Islam Daerah Manjung (PAIDM) di sini.

Pegawai Bahagian Penguat kuasa PAIDM, Mohd Zainudin
Mohamed Zaini, mengesahkan menerima laporan
jawatankuasa pengurusan masjid berkenaan.

Selain aduan itu, pihaknya menerima banyak aduan
mengenai perbuatan sebahagian daripada 8,000 Mat dan
Minah Rempit terbabit yang berkumpul selama dua hari
di Teluk Batik pada 9 dan 10 September lalu.

“Antara aduan diterima daripada orang ramai ialah ada
antara mereka bebas minum arak, berkhalwat dan
menyalahgunakan kemudahan masjid,” katanya ketika
dihubungi di sini, semalam.

Mohd Zainuddin berkata, penduduk juga mengadu mengenai
pakaian menjolok mata beberapa peserta perempuan yang
dianggap keterlaluan dan tidak sesuai terutama ketika
menjalankan aktiviti membersihkan kawasan masjid atau
kubur.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, pihaknya
menjalankan operasi bersepadu dengan Pejabat Agama
Daerah Seri Iskandar dan Kampung Gajah termasuk
memantau hotel di sekitar bandar Lumut.

Katanya, hasil pemantauan itu, lapan remaja lelaki dan
perempuan berusia 15 hingga 19 tahun yang menyertai
ekspedisi berkenaan ditahan di sebuah hotel.

Menurutnya, kumpulan remaja terbabit memilih untuk
menyewa bilik hotel dengan alasan kurang selesa
berkhemah di pesisiran pantai bersama peserta lain.

“Dalam serbuan jam 4 pagi itu, semua lapan remaja
berkenaan sedang tidur dalam keadaan mabuk dalam dua
bilik hotel di Lumut.

“Kami dapati sebuah bilik dikongsi tiga lelaki bersama
seorang remaja perempuan. 

“Bilik kedua pula dikongsi dua remaja lelaki berusia
18 tahun dan dua remaja perempuan masing-masing 18 dan
15 tahun yang ditemui dalam keadaan mabuk. 

“Turut ditemui ialah botol arak. Remaja dari Kuala
Lumpur, Selangor serta Kedah dan mereka menunjukkan
surat penyertaan ekspedisi,” katanya.

Beliau berkata, semua remaja terbabit akan didakwa di
Mahkamah Syariah Manjung atas kesalahan berkhalwat
mengikut Seksyen 54(1)(2) Enakmen Jenayah Syariah
Perak 1992 pada 7 November depan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda
maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau
kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul
Azeez Abdul Rahim yang juga Pengerusi Penganjur
ekspedisi berkenaan ketika diminta mengulas kejadian
itu, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan
mengenai salah laku itu.

Katanya, peserta terbabit dijaga secara ketat dengan
bantuan lebih 100 anggota Rela dan polis yang bertugas
secara bergilir-gilir.

“Malah, untuk keluar masuk dari kawasan perkhemahan di
Teluk Batik juga diberi kawalan ketat apabila kita
mengadakan tiga sekatan jalan atau pusat pemeriksaan
keselamatan oleh anggota polis trafik,” katanya ketika
dihubungi, semalam.

Abdul Azeez berkata, daripada sejumlah 8,000 peserta,
seramai 7,700 peserta lelaki diletakkan di kawasan
perkhemahan di kawasan pantai, manakala 300 peserta
wanita pula diletakkan di motel di situ.

Katanya, langkah mengasingkan peserta lelaki dan
perempuan terbabit perlu bagi mengelak sebarang
kejadian tidak diingini.

“Saya menafikan sebarang kemungkinan ada peserta
ekspedisi berkenaan terlepas sehingga ditangkap atas
kesalahan melakukan khalwat di sebuah hotel di Lumut
sepanjang tempoh program berkenaan.

“Malah, saya juga tidak tahu mengenai dakwaan
pengurusan Masjid Teluk Muroh bahawa segelintir
peserta berendam di dalam kolah wuduk masjid.

“Kejadian itu tidak mungkin berlaku kerana ada lebih
100 orang di masjid berkenaan ketika program
dijalankan,” katanya.

Abdul Azeez bagaimanapun berkata, walaupun ada
pergaduhan antara Mat Rempit tempatan dengan peserta
ekspedisi, ia dapat diselesaikan secara baik.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20060913083112/Article/indexm_html


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke