Ulama Menetapkan Bahawa Perpaduan Negara-negara Islam
Adalah Menjadi Agenda Utama Pada Masa Kini

Satu seminar antara Syiah dan Sunni di Mesir telah
diadakan pada satu Perhimpunan Jurnalis pada 6
September 2006, yang disertai oleh para ulama dan
pemikir Islam. Seminar tersebut bertujuan bagi
mengelakkan sebarang percubaan untuk memecahkan umat
Islam berlaku di kalangan umat Islam sendiri.

Para ulama yang hadir secara keseluruhannya menyeru
para penganut agama Islam, sama ada Sunni atau Syiah,
agar menghormati pendapat masing-masing serta
mengelakkan Sunni dari melebarkan pengaruhnya ke
kawasan-kawasan yang dikuasai Syiah dan sebaliknya,
demi menjaga kepentingan kesatuan negara.

Setiausaha Persatuan Ulama Dunia, Dr. Muhammad Selim
el Awwa berkata beliau menyokong seruan penyatuan di
antara Sunni dan Syiah, satu usaha yang telah
dicanangkan oleh Pengerusi Persatuan Ulama Dunia, Dr
Yusuf al-Qaradawi.

Beliau menyeru seluruh umat Islam agar membaca buku
karangan Dr. Qaradawi, “Penyatuan Antara Mazhab dalam
Islam”, yang menegaskan bahawa adanya variasi dalam
mazhab tidak sepatutnya memberi impak negatif dalam
perpaduan sesama Islam. Dalam karangannya lagi, beliau
berkata, bahawa bukan hanya Hizbullah yang menentang
Israel, tetapi juga Sunni. Kekalahan Israel di tangan
pejuang Syiah dan Sunni membimbangkan Israel dan
Amerika untuk ‘membuka semula fail’ program nuklear
Iran.

Beliau turut memberi komen tentang Presiden Bush yang
menolak pelawaan untuk berdebat secara bersemuka
dengan Presiden Iran Ahmedi Nejad. Dr Al Awwa
berpendapat bahawa Presiden Nejad mempunyai keyakinan
diri serta visi yang jelas yang tidak dipunyai oleh
Amerika. Berkenaan tentang fatwa yang dikeluarkan
ketika peperangan Israel dengan Hizbullah yang
melarang sebarang kerjasama dengan pejuang Lubnan atas
dasar agama, beliau berkata fatwa tersebut tidak
diolah dengan betul.

Sumber: Ikhwanweb.com

http://www.ismaweb.net/ISMA/Article67.phtml


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke