13 Sept (Hrkh) - Usul Ahli Parlimen Kubang Kerian, Saudara Sallahuddin Ayub untuk menangguh sidang Dewan Rakyat semalam, bagi membincangkan isu pembakaran mayat saudara baru, Allahyarham Rafie Syzwan Abdullah ditolak atas alasan tidak perlu disegerakan.
Jenazah Rafie telah dibakar oleh ahli keluarganya yang beragama Hindu di pusat pembakaran mayat, Jalan Kota Tinggi, Kulai pada 5 September lalu walaupun pengislamannya diketahui umum. Ketika mengumumkan keputusannya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sedang mengambil tindakan terhadap kejadian itu dan hasil siasatan belum diperolehi. Berikut adalah pembentangan usul tersebut; Tuan Yang di-Pertua, saya Sallahudin bin Haji Ayub, Ahli Parlimen bagi Kubang Kerian mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan isu pembakaran mayat Rafie Syzwan Abdullah di pusat pembakaran mayat di Jalan Kota Tinggi, Kulai Johor pada 5 September tahun 2006. Tuan Yang di-Pertua, walaupun isu ini telah berlaku pada 5 September 2006, ia bukan hujah untuk menyatakan ia tidak perlu untuk disegerakan. Isu ini telah berlaku satu insiden yang sangat tragik. Di mana kematian Rafie Syzwan Abdullah yang telah secara sah memeluk agama Islam lebih kurang 5 tahun yang lalu, yang mayatnya dibakar di sebuah pusat pembakaran mayat penganut agama Hindu di Jalan Kota Tinggi Johor. Mahendran atau nama Islamnya Rafie Syzwan Abdullah 40 tahun, merupakan seorang peguam yang telah mengisytiharkan secara terbuka memeluk agama Islam 5 tahun yang lalu dan telah berkahwin dengan seorang saudara baru daripada Sarawak. Berdasarkan kepada kenyataan rasmi ramai kenalan rapat beliau, Rafie telah menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim bersama keluarganya dan juga diketahui umum oleh keluarga asal yang beragama Hindu. Persoalannya, bagaimanakah urusan pengebumian beliau yang sepatutnya diurus mengikut amalan agama Islam boleh berakhir dengan pembakaran mayat beliau mengikut amalan agama Hindu? Siapakah pihak yang bertanggungjawab ini? Isu yang sangat penting ini perlu untuk dibahas dan diberikan penjelasan oleh pihak berwajib di dalam Dewan yang mulia ini sebagai memenuhi tanggungjawab untuk memperjelaskan di mana berlakunya kecuaian dan keterlibatan pihak yang mungkin secara sengaja mencabar dan mencampuri urusan agama orang lain khususnya perkara yang melibatkan urusan dan amalan penganut agama Islam di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, Islam ialah agama yang melarang keras penganutnya mencampuri hal ehwal yang melibatkan amalan dan agama orang lain. Saya ingin memperjelaskan dalam Dewan yang mulia ini adalah terlalu mudah untuk isu ini dan seumpama ini pada masa yang akan datang menimbulkan dan mencetuskan suasana yang bakal menggugat keselamatan dan perpaduan negara. Adalah wajar bagi Dewan yang mulia ini mendengar perbahasan usul ini secara rasional dan jawapan yang bakal diberikan oleh kementerian yang berkaitan supaya ianya dapat dijadikan satu panduan dan iktibar pada masa yang akan datang. Demi kita bersama berperanan menjaga, menghormati dan memastikan kestabilan negara dapat dipelihara dengan sewajarnya. Saya mohon mencadang, terima kasih. http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4258&Itemid=1 Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

