Said Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala
perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran
di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah
Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki,
Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur
(Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika,
semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung
Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling
hitam peperangan Iran – Iraq telah meninggalkan kesan
yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau
berkenaan.
 
Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama
sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan,
bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Said Hawwa
menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil
kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu
bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini
di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya. 
Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk
menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam
juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di
dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir
kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas
kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa
kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke
arah kepentingan Syiah semata-mata. Penampilan proses
perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila
perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar
negara. Tidak hairanlah Ahli Sunnah wa Al-Jamaah yang
mewakili sejumlah besar penduduk Iran, ditindas dengan
begitu kejam, dinafikan hak mereka dan disekat dari
berperanan sebagai insan yang berkerakyatan penuh.

Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam
prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era
Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau
kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa,
Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan
Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama,
mengadakan kerjasama sulit dengan  pihak musuh itu dan
memberikan kemaslahatan kepada mereka. 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke