Kepada semua rakyat Malaysia kalau ada menerima
sebarang e-mel yang membakar semangat perkauman harap
hentikan. E-mel tersebut palsu dan propaganda
semata-mata untuk mencetuskan konflik antara Melayu
dan Cina.
Kalau berita e-mel tersebut tidak tersiar dalam laman
web yang boleh dipercayai seperti ABIM, JIM,
Harakahdaily, Persatuan Pengguna Islam, Persatuan
Peguam Pembela Islam jangan percaya.
Orang Melayu nak berniaga, orang Cina pun nak
berniaga. Orang berniaga suka ke tengok berlaku
ketegangan dalam negara.
Hj Mustafa Ma seorang Cina menjadi pengerusi ACCIN
sebuah NGO Islam dan penerima anugerah khas Maal
Hijrah tahun ini. Dan ramai lagi orang Cina lain yang
beragama Islam. Puteri Hang Li Po dan Laksamana Cheng
Ho yang datang ke Melaka juga orang Cina yang banyak
membantu kesultanan Islam Melaka dari serangan musuh
ketika itu. Kajian sejarah dari professor Melayu
tempatan baru-baru ini juga menyatakan orang Melayu
juga asal usulnya dari negara Cina.
Mereka yang merekacipta e-mel perkauman ini adalah
segilintir kecil yang ada kepentingan tertentu tetapi
boleh mendatangkan kesan buruk kepada semua rakyat
Malaysia.
Jadi hentikan penyebaran e-mel ini baik dalam Bahasa
Melayu, Cina atau Inggeris. Dikalangan orang Melayu
dan dikalangan orang Cina.
Yang penting sekarang umat Islam ialah berbalik kepada
asas, pastikan diri sendiri dan keluarga solat 5 waktu
disempurnakan, pastikan surau dan masjid hidup dengan
kuliah-kuliah ilmu. Apa guna kita membakar semangat
perkauman jika diri kita sendiri leka tidak menunaikan
solat yang akhirnya kita membakar diri kita sendiri
dalam api neraka
Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Mengata , Adat Menurut
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/