KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA
(GMI) mendesak kerajaan membebaskan segera 100 tahanan
ISA sempena Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang
bakal disambut tidak lama lagi.

Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, desakan
itu adalah untuk memenuhi hasrat isteri dan anak-anak
tahanan yang mahukan bapa mereka berada di sisi.

"Bebaskan tahanan secepat mungkin, inilah hasrat
keluarga tahanan, tambahan pula ada dorongan baru
untuk terus menahan mereka," katanya semasa dihubungi
sebentar tadi.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan boleh
menuntut Amerika Syarikat membebaskan dan diberi hak
perbicaraan tahanan Malaysia  di Guantanamo sedangkan
desakan keluarga tahanan ISA dalam negara tidak
dipedulikan.

"Dalam hal ini Abdullah juga harus konsisten dengan
desakan tahanan ISA di dalam negara bukan untuk luar
negara sahaja," katanya.

Jelas Syed Ibrahim, semua tahanan harus diberikan hak
perbicaraan supaya mereka dapat bebas secepat mungkin
kerana semakin lama ia menjadi satu tekanan kepada
anak-anak dan isteri.

Mengulas kelonggaran yang diberikan kepada keluarga
tahanan untuk bertemu tahanan, Syed Ibrahim berkata,
keluarga tahanan merasakan mereka seolah-olah ditipu
apabila diberi kesempatan berjumpa tetapi hakikatnya
suami mereka tidak bebas.

"Yang penting bagi anak-anak, mereka mahukan ayah
mereka bebas terutamanya pada bulan Ramadhan dan Hari
Raya nanti,"katanya

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4300&Itemid=1



     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke