1:50 a.m, 29 Syaaban 1427 bersamaan 23 September 2006. 
 
Kitab Induk Peperangan / Darihal Falsafah Perang
 
Daripada Ibnuamir al-Pendangi kepada Ibnu Ahmad al-Badawi,
 
Tuan,
 
Alhamdulillah, wassolatu wassalam 'ala Rasulillah. Amma Ba'du ...
 
Ketika saya memulakan penulisan ini, sebuah filem mengenai peperangan antara Amerika dan Jepun hampir-hampir khatam ceriteranya di TV3. Filem itu, entah apa tajuknya saya sudah lupa. Ia mengenai tragedi peperangan dalam era Perang Dunia Kedua.
 
Akhirnya, timbul fikiran baru untuk merakamkan pandangan saya kepada tuan mengenai apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran saya mengenai perang dan peperangan. Sebenarnya, qasad di hati untuk menulis kepada tuan wujud telah lama. Cumanya, akhir-akhir ini deruan perasaan itu semakin memuncak dan melonjak ke tahap yang luar biasa adanya.
 
Saya telah menulisnya berpuluh-puluh kali. Tapi, selalunya 'tidak menjadi'. Malam ini saya cuba lagi. Manalah tahu, kalau-kalau ada keberkatan dalam bulan Ramadhan ini, maka usaha menulis dan merakamkan buah fikiran saya kepada tuan akan berterusanlah hendaknya.
 
 
Tuan,
 
Setelah menonton filem perang tadi, ada ilham menjelma di batu jemala. Apakah sebenarnya yang menyebabkan atau mendorongkan kemenangan Jepun dalam peperangan mereka? Apa yang kita lihat ialah mereka mempunyai semangat 'kamikaze', iaitu membunuh diri hingga mengorbankan musuh mereka.
 
Sebagai contohnya, jika sebuah pesawat pejuang Jepun telah hilang kawalan akibat ditembak musuh, maka pemandu pesawat tadi akan membuat kamikaze dengan memilih mana-mana gudang dan kubu kekuatan musuh sebagai sasaran. Bagi mereka, pesawat yang sudah rosak itu perlu juga dimusnahkan hingga menghancurkan dua tiga kubu kekuatan musuh. ...
 


GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5

 


Do you Yahoo!?
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail. __._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke