Dr M: Khairy dan 'Patrick Badawi' perintah Terengganu 
Dari Lama Web Generasi Mahathir
http://www.generasi-m.com

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah
membuat dakwaan terbaru terhadap menantu Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Islam
Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang. 

Bercakap dalam satu majlis di Terengganu semalam,
beliau mendakwa Perdana Menteri telah membiarkan
menantunya, Khairy Jamaluddin dan rakannya seorang
ahli perniagaan, Patrick Lim ‘memerintah’ Terengganu. 

Dr Mahathir turut dipetik oleh Akhbar Straits Times
Singapura sebagai membahasakan Patrick Lim sebagai
Patrick Badawi. 

Ini merupakan ucapan awam pertama Dr Mahathir selepas
kalah dalam pemilihan menjadi perwakilan Umno Kubang
Pasu 9 September lalu, yang didakwanya dicemari oleh
politik wang dan taktik kotor. 

Islam Hadhari 

Dr Mahathir turut menyentuh tentang konsep Islam
Hadhari yang diilhamkan oleh Abdullah selepas
mengambil alih pentadbiran negara pada 2003. 

Menurut bekas Perdana Menter itu, tidak perlu ditambah
pelbagai interpretasi terhadap agama tersebut. 

Islam Hadhari diperkenalkan oleh Adullah untuk
mempromosikan Islam sederhana yang memfokuskan kepada
pembangunan. 

Pertikaian antara Dr Mahathir dan penggantinya itu
tercetus selepas beberapa projek yang dilaksanakan
sewaktu pentadbirannya, telah dibatalkan, termasuk
keputusan kerajaan Abdullah membatalkan projek
pembinaan jambatan bengkok. 

Antara lain, Dr Mahathir menuduh Abdullah berbohong
dan gagal untuk melindungi kedaulatan negara. 

Beliau juga menuduh Khairy – yang kini merupakan Naib
Ketua Pemuda Umno – mempengaruhi keputusan yang dibuat
oleh Perdana Menteri. 

Umno masih relevan 

Sementara itu, Dr Mahathir berkata Umno masih
merupakan sebuah parti politik yang relevan bagi orang
Melayu dan harus dipertahankan kerana ia penting untuk
orang Melayu dan negara ini. 

Bercakap di majlis yang sama, beliau berkata Umno
umpama sebuah jambatan dan jambatan itu tidak harus
dibakar selepas “selepas kita sampai ke sebarang sana
kerana kita mungkin memerlukannya untuk perjalanan
balik”. 

Mengenai tindakan biadap sesetengah pemimpin Umno
terhadapnya, Dr Mahathir berkata sikap seumpama itu
tidak mencerminkan perilaku yang baik orang Melayu
yang terkenal dengan budi bahasanya. 

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau meminta
Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi
menunjukkan bukti bahawa beliau telah
memburuk-burukkan kerajaan di luar negara. 

Dr Mahathir menafikan yang beliau telah berbuat
demikian sewaktu lawatannya baru-baru ini ke Pakistan,
Kazakhstan, Abu Dhabi dan Iran. 

Bekas Perdana Menteri berkata, jika Zahid berani,
beliau diminta menyiarkan semula semua ucapannya dalam
akhbar New Straits Times dan tunjukkan di mana beliau
telah memburuk-burukkan negara.

>From : (http://www.malaysiakini.com/news/57220) Sep
23, 06 4:17pm 

http://www.generasi-m.com/today/index.php?ind=news&op=news_show_single&ide=413



     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke