kalau gitu bolehlah kito hisap rokok bulan posa yek.. sbb asap gokok tak sampai ke perut... ki ki ki.. oii mai le isap gokok gegami..
--- miraj muhammad <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Note: forwarded message attached. > > > __________________________________________________ > Do You Yahoo!? > Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam > protection around > http://mail.yahoo.com > > ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui > Penyebaran Ilmu dan Maklumat > ////////////////////////////////// > > Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan > pendirian rasmi Pertubuhan > Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang > dinyatakan sedemikian. > > Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian > "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen > "BORANG Online". > > Langganan : Hantar E-mail kosong ke > [EMAIL PROTECTED] > Unsub : Hantar E-mail kosong ke > [EMAIL PROTECTED] > Yahoo! Groups Links > > > > > > > > To: [EMAIL PROTECTED] > From: zaharuddin arahman <[EMAIL PROTECTED]> > Date: Mon, 2 Oct 2006 01:48:05 -0700 (PDT) > Subject: [zaharuddin] Beberapa Isu Batal Puasa > > > assalamualaikum, > > Isu Batal Puasa > ( artikel ini telah di terbitkan di metro ahad, 1 > okt 2006) > ( ia terpaksa ditulis agak ringkas dan padat > kerana ingin menepati ruang di metri hada yang > disediakan) > > Oleh : Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman > > Minggu lepas saya telah menyebut secara ringkas > beberapa amalan terbaik yang perlu kita ambil > perhatian di bulan mulia ini (sila rujuk > www.zaharuddin.com). Minggu ini saya suka untuk > mengupas sedikit perihal pembatalan puasa. Ulama > terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi > pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau > dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan > perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih > setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup > pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar > terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan > disepakati ulama sahaja. Beliau berpendapat > perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, > antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama > mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk > perbuatan yang membatalkan puasa adalah kurang > tepat, demikian juga. Malah ia juga amat digemari > oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang > menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, > berijtihad dan meletakkan > kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah > isu yang kadangkala tidak memerlukan perhatian > lebih. Masalah bertambah, apabila ijtihad seumpama > ini menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) > menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana > perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat > cabang (furu) dan terlampau banyak. Lebih dikesali > adalah perbincangan tentang ini juga ada > meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan > Ramdhan. (Taysir al-Fiqh Fiqh As-Siyam, hlm 86-87) > > Hakikatnya, larangan yang disepakati tatkala puasa > adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan > dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan > isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat > kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran > dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata > nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa > anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat > al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith > yang banyak. > > Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang > aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama > membatalkan puasa. Berikut beberapa hukum secara > ringkas dari beberapa perbuatan berkaitan puasa yang > kerap ditanya oleh orang ramai :- > > 1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk > berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, > tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. > Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan > adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka > hingga ke perut dan bukannya yang keluar dari > tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr > Muhd Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan > puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat > Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut > Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan > hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW > berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat > Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini > berlaku tatkala Haji Wida dan terkemudian dari > hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir > al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan > majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul > Mujtahid, 1/247) > > 2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka > dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan > yang seumpamanya di bahagian kepala. Ia seperti > memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita > atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, > demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, > telinga, mulut dan dubur. Hukumnya : Tidak > membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar > tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ > faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu > berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau > lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau > kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan > puasa, tetapi jika tujuan istinja atau membasuhnya > maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah > tidak batal. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 211). Ini > juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang > mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang > tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah > tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam > fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang > mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih > baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak > mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan > pendapat) itu lebih baik. > > 3) Pil elak haid untuk puasa penuh : Hukumnya > : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada > pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor > Islam yang berwibawa. > > 4) Penyembur gas untuk pesakit lelah : > Hukumnya : Menurut kajian terperinci bantuan para > doktor, mendapati gas semburan itu punyai > jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di > sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % > darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di > esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya > jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali > semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. > Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada > makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa > tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd > Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu > hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke > perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melaui hidung > adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke > bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226) > > 5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, > kaki selain rongga terbuka yang asal : Hukumnya : > Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk > menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan > demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas > perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa > (Al-Qaradawi, hlm 100 ; Uqlah , hlm 226). Demikian > juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk > kekuatan badan demi perubatan. Adapun suntikan > makanan, air seperti glukos dan sepertinya; para > ulama berbeza pandangan : Pandangan majoriti dan > yang lebih kuat adalah : Tidak membatalkan puasa, ia > fatwa Syeikh Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd > Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan > Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Fatawa Syariyyah, > hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ). Bagaimanapun, > suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa > terutama jika dilakukan secara sengaja untuk > melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga > puasa. > > 6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga > hidung semasa wudhu. Hukumnya : Tidak membatalkan > puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie > mengatakannya terbatal. JUsteru, jauhilah berlebihan > di ketika puasa dalah lebih baik. Berdasarkan hadith > : Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari > jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke > hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu > Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih > menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan > dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; > sohih)berpuasa. > > 7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat : > Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab > dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan > ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah > mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik > kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan > terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan > tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa > dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi > bersabda : Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan > tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan > Allah (Riwayat Ibn Hibban) > > > --------------------------------- > How low will we go? Check out Yahoo! Messengers low > PC-to-Phone call rates. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

