saya quote balik antara tulisan dalam akhbar metro tersebut.Mungkin 
hujjah sanaa tak terbaca atau terlepas pandang..

"Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang
> aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama
> membatalkan puasa. Berikut beberapa hukum secara
> ringkas dari beberapa perbuatan berkaitan puasa yang
> kerap ditanya oleh orang ramai :-

wassalam.

--- In [email protected], "hujjah san,aa" <[EMAIL PROTECTED]> 
wrote:
>
> 
>  kalau gitu bolehlah kito hisap rokok bulan posa yek..
> sbb asap gokok tak sampai ke perut... ki ki ki.. oii
> mai le isap gokok gegami..
> 
>   
> --- miraj muhammad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> > 
> > Note: forwarded message attached.
> > 
> > 
> > __________________________________________________
> > Do You Yahoo!?
> > Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam
> > protection around 
> > http://mail.yahoo.com 
> > 
> > ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui
> > Penyebaran Ilmu dan Maklumat
> > //////////////////////////////////
> > 
> > Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan
> > pendirian rasmi Pertubuhan
> > Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang
> > dinyatakan sedemikian.
> > 
> > Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian
> > "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen
> > "BORANG Online".
> > 
> > Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
> >             [EMAIL PROTECTED]
> > Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
> >             [EMAIL PROTECTED] 
> > Yahoo! Groups Links
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > > To: [EMAIL PROTECTED]
> > From: zaharuddin arahman <[EMAIL PROTECTED]>
> > Date: Mon, 2 Oct 2006 01:48:05 -0700 (PDT)
> > Subject: [zaharuddin] Beberapa Isu Batal Puasa
> > 
> > 
> > assalamualaikum, 
> >    
> >   Isu Batal Puasa
> >   ( artikel ini telah di terbitkan di metro ahad, 1
> > okt 2006)
> >   ( ia terpaksa ditulis agak ringkas dan padat
> > kerana ingin menepati ruang di metri hada yang
> > disediakan) 
> >    
> >   Oleh : Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman
> >    
> >   Minggu lepas saya telah menyebut secara ringkas
> > beberapa amalan terbaik yang perlu kita ambil
> > perhatian di bulan mulia ini (sila rujuk
> > www.zaharuddin.com). Minggu ini saya suka untuk
> > mengupas sedikit perihal pembatalan puasa. Ulama
> > terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi
> > pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau
> > dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan
> > perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih
> > setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup
> > pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar
> > terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan
> > disepakati ulama sahaja. Beliau berpendapat
> > perbincangan panjang lebar oleh ulama silam,
> > antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama
> > mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk
> > perbuatan yang membatalkan puasa adalah kurang
> > tepat, demikian juga. Malah ia juga amat digemari
> > oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang
> > menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa,
> > berijtihad dan meletakkan
> >  kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah
> > isu yang kadangkala tidak memerlukan perhatian
> > lebih. Masalah bertambah, apabila ijtihad seumpama
> > ini menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam)
> > menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana
> > perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat
> > cabang (furu') dan terlampau banyak. Lebih dikesali
> > adalah perbincangan tentang ini juga ada
> > meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan
> > Ramdhan. (Taysir al-Fiqh – Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)
> >    
> >   Hakikatnya, larangan yang disepakati tatkala puasa
> > adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan
> > dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan
> > isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat
> > kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran
> > dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata
> > nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa
> > anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat
> > al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith
> > yang banyak. 
> >    
> >   Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang
> > aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama
> > membatalkan puasa. Berikut beberapa hukum secara
> > ringkas dari beberapa perbuatan berkaitan puasa yang
> > kerap ditanya oleh orang ramai :-
> >    
> >   1)      Darah keluar dari tubuh ; samada untuk
> > berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah,
> > tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
> > Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan
> > adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka
> > hingga ke perut dan bukannya `yang keluar' dari
> > tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr
> > Muhd `Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan
> > puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat
> > Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut
> > Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan
> > hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW
> > berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat
> > Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini
> > berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari
> > hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir
> > al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan
> > majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul
> > Mujtahid, 1/247)   
> >    
> >   2)      Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka
> > dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan
> > yang seumpamanya di bahagian kepala. Ia seperti
> > memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita
> > atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan,
> > demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung,
> > telinga, mulut dan dubur. Hukumnya : Tidak
> > membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar
> > tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @
> > faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu
> > berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau
> > lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau
> > kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan
> > puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya
> > maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah
> > tidak batal. (As-Siyam, Dr Md `Uqlah, hlm 211). Ini
> > juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang
> > mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang
> > tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah
> > tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam
> >  fil Fatawa).  Tidak dinafikan terdapat fatwa yang
> > mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih
> > baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak
> > mendesak.  Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan
> > pendapat) itu lebih baik. 
> >    
> >   3)      Pil elak haid untuk puasa penuh : Hukumnya
> > : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada
> > pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor
> > Islam yang berwibawa. 
> >    
> >   4)      Penyembur gas untuk pesakit lelah :
> > Hukumnya : Menurut kajian terperinci bantuan para
> > doktor, mendapati gas semburan itu punyai
> > jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di
> > sembur di atas kertas.  Selain itu, hampir 90 %
> > darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di
> > esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya
> > jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali
> > semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa.
> > Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada
> > makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa
> > tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd
> > `Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu
> > hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke
> > perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melaui hidung
> > adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke
> > bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
> >    
> >   5)      Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan,
> > kaki selain rongga terbuka yang asal : Hukumnya :
> > Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk
> > menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan
> > demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas
> > perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa
> > (Al-Qaradawi, hlm 100 ; `Uqlah , hlm 226). Demikian
> > juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk
> > kekuatan badan demi perubatan. Adapun suntikan
> > makanan, air seperti glukos dan sepertinya; para
> > ulama berbeza pandangan : Pandangan majoriti dan
> > yang lebih kuat adalah : Tidak membatalkan puasa, ia
> > fatwa Syeikh Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd
> > Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan
> > Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Fatawa Syar'iyyah,
> > hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ). Bagaimanapun,
> > suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa
> > terutama jika dilakukan secara sengaja untuk
> > melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga
> > puasa. 
> >    
> >   6)      Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga
> > hidung semasa wudhu. Hukumnya : Tidak membatalkan
> > puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie
> > mengatakannya terbatal. JUsteru, jauhilah berlebihan
> > di ketika puasa dalah lebih baik. Berdasarkan hadith
> > : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari
> > jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke
> > hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu
> > Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih
> > menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan
> > dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ;
> > sohih)berpuasa. 
> >    
> >   7)   Melakukan Maksiat seperti tidak solat :
> > Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab
> > dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan
> > ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah
> > mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik
> > kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan
> > terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan
> > tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa
> > dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi
> > bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan
> > tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan
> > Allah" (Riwayat Ibn Hibban)
> > 
> >             
> > ---------------------------------
> > How low will we go? Check out Yahoo! Messenger's low
> >  PC-to-Phone call rates.
> 
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
> http://mail.yahoo.com
>







///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke