13 termasuk empat pelajar ditahan ceroboh akaun bank
Oleh: NORHANA SALASHAR BASHARUDDIN

http://www.maynetwork.net/index1.html

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Empat pelajar universiti, didalangi anak 
seorang pegawai tinggi kerajaan diberkas setelah terlibat dalam 
kegiatan mencipta laman web palsu bank-bank tempatan untuk mencuri 
maklumat pelanggan sebelum mengeluarkan wang mereka.

Empat pelajar itu adalah antara 13 orang yang ditangkap kerana 
terbabit dalam kegiatan jenayah siber terbabit.

Modus operandinya begini: Sindiket menghantar e-mel kepada pelanggan 
bank dan meminta mangsa mengemas kini maklumat akaun bank mereka.

Mereka kemudian meminta mangsa klik pada satu pautan yang tertera di 
e-mel tersebut kononnya bagi tujuan mengemaskinikan akaun simpanan 
mereka.

Setelah klik pada tautan itu, mereka disuruh memasukkan nama 
pengguna dan kata laluan tanpa menyedari laman web tersebut 
sebenarnya palsu.

Maklumat yang diisi itu akan disimpan secara automatik dalam data 
yang dicipta sindiket itu, seterusnya memudahkan mereka mengakses 
akaun bank mangsa dan memindahkan semua wang milik mangsa.

Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia, Asisten Komisioner 
Ismail Yatim memberitahu, mereka ditahan dalam beberapa serbuan yang 
dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Kelantan, 
Selangor dan ibu negara.

``Siasatan awal polis menunjukkan mereka bukan sahaja telah mencipta 
laman web perbankan Internet tetapi juga didapati telah terlibat 
dalam kes pencerobohan serta penipuan akaun bank milik orang lain,'' 
katanya pada sidang akhbar di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, 
Bukit Perdana di sini, hari ini.

Menurutnya, kerugian yang dilaporkan setakat ini ialah sebanyak 
RM36,000. 

Tambah Ismail, pihaknya menyeru orang ramai supaya lebih berhati-
hati kerana kegiatan penipuan seperti ini semakin berleluasa.

``Kita minta mereka yang menjadi mangsa supaya tampil membuat 
laporan supaya jenayah ini dapat dikekang dengan segera,'' katanya.

Sementara itu, Ismail turut mengingatkan orang ramai terutamanya 
pengguna telefon bimbit supaya lebih berhati-hati kerana terdapat 
satu sindiket dipercayai memperdayakan mangsanya sehingga kerugian 
beribu-ribu ringgit.

Sindiket yang didalangi mereka yang pakar dalam komputer itu 
dikatakan telah memperdayakan beberapa mangsanya baru-baru ini.

``Kita telah menerima laporan daripada beberapa mangsa dua hari 
lepas mengenai kegiatan sindiket ini.

``Buat masa ini kita belum mengenal pasti suspek tetapi sedang 
menjalankan siasatan terperinci,'' katanya.

Menurut Ismail, sindiket ini menjalankan kegiatan dengan menghantar 
khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa yang dipilih secara 
rawak dan menggunakan nama beberapa syarikat telekomunikasi terkenal.

``Di dalam SMS yang dihantar kepada mangsanya sindiket ini 
memaklumkan kononnya mereka telah memenangi hadiah wang tunai dan 
meminta menghubungi suspek semula melalui nombor telefon yang diberi.

``Apabila mangsa menghubungi suspek, mereka diminta supaya membuat 
pendaftaran nombor e-pin 123456 yang telah disediakan sindiket itu 
bagi akaun bank mereka kononnya untuk memudahkan proses pemindahan 
wang,'' ujarnya.

Beliau memberitahu, mangsa yang terpedaya telah mendaftarkan nombor 
yang diberikan sindiket itu dengan harapan hadiah wang tunai yang 
dijanjikan akan dipindahkan ke akaun mereka.

``Beberapa hari selepas itu mangsa pergi semula ke bank untuk 
memeriksa baki akaun simpanan tetapi terkejut kerana baki tidak 
bertambah sebaliknya berkurangan,'' katanya.

Ismail memberitahu, pihaknya sedang menjalankan gerakan mengesan 
mereka yang terlibat dan percaya suspek tersebut pakar dengan 
penggunaan komputer.

http://www.maynetwork.net/index1.html
  

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke