Maklumat dari [EMAIL PROTECTED]
"Tunjuk Perasaan TUNTUT BEBASKAN TAHANAN ISA" 
 
Pada: 13 OKTOBER 2006 (JUMAAT) 
Masa: 2.00 PM (Selepas Solat Jumaat)
Tempat: MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR, Malaysia
 
Sokongan Ikhwat & Akhawat amat di perlukan! Kehadiran
semua amat di alu-alukan!
 
Insyaallah berkat bulan Ramadhan yang diberkati semoga
Allah memberi kekuatan kepada kita!
 
Jangan Lupa Jumaat ini !! 
 
Gerakan Mansuhkan ISA - GMI 

 Jika Musharraf boneka AS, Abdullah pula bagaimana?   

Oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat

Saya tidak terkejut sedikit pun dengan pendedahan
Musharraf dalam memoir terbarunya berjudul 'In The
Line Of Fire'. Pertama, CIA telah menyogok
berjuta-juta dolar untuk Pakistan memburu 369 suspek
al-Qaeda dan kedua, ugutan ke atas Pakistan untuk
bersedia dibom dan kembali ke zaman batu jika tidak
mematuhi Amerika Syarikat. 

Walaupun kedua-duanya cuba dinafikan bekas Timbalan
Setiausaha Negara AS Richard Armitage tetapi inilah
kemelut yang berlaku dalam momokan Islamfobia tajaan
musuh-musuh Islam kontemporari. 

Saya cuma terlintas, jika presiden Pakistan itu boleh
diheret ke dalam keadaan tekanan yang semacam itu,
apakah diluar kemungkinan untuk orang ramai turut
berfikir yang jangan-jangan langkah menyekat bantuan
perkapita kepada SAR, menahan sebahagian bekas-bekas
graduan dari universiti-universiti Pakistan dan Timur
Tengah di bawah ISA (termasuk anak saya) oleh Perdana
Menteri Malaysia juga adalah akibat dari mematuhi
telunjuk-telunjuk khianat dari Washington? 

Jika Hamid Karzai adalah boneka mereka di Afghanistan
dan Shinzo Abe adalah Perdana Menteri pro-AS yang baru
dilantik di Jepun, maka tidak mustahilkah dasar-dasar
anti terrorisme Malaysia juga adalah dirangka di Rumah
Putih? 

Ia adalah sekeping memo arahan dari botol dakwat jahat
dari meja ketua polis dunia bernama George W Bush. 

Bahkan, jika dibaca rentak Kuan Yew yang seakan-akan
cuba mencampuri hal-hal dalaman di Malaysia dengan
'komen-komen nakal' seperti yang distilahkan oleh
Najib Tun Razak dan turut dilihat 'menghina oleh
Bambang Susilo' (Berita Harian 27 September 2006),
komentar biadap Pope Benedict XVI ke atas junjungan
Nabi kita SAW yang mengutip kutukan maharaja kristian
di zaman Medieval sewaktu berucap di Regenburg
University di Jerman pada 12 September yang lalu,
propaganda hitam akhbar berpengaruh Perancis yang
mendakwa Osama telah mati diserang typhoid serta
Musharraf yang kononnya telah diguling adalah antara
serangan-serangan gerak saraf yang tidak sukar
difahami. 

Berita yang terburai di Baitulmaqdis yang melaporkan
halalnya dibunuh Hasan Nasrallah yang mengisytiharkan
kemenangan Hizbullah dalam konflik 34 hari dengan
Israel itu cukup menjelaskan lagi keadaan. 

Berita arahan ini keluar dalam Radio Tentera (Galei
Tzahal), yang memetik pengakuan bekas pengarah agensi
perisikan Mossad, Shabtai Shavit sendiri. Beliau
mengarahkan pembunuhan ke atas Nasrallah ketika sedang
berucap di Selatan Beirut pada hujung minggu lalu. 

Sekali-sekala, kita wajar menyentuh beberapa insiden
dunia terkini supaya umat Islam khususnya dan seluruh
warga Malaysia amnya mampu memahami peralihan jarum
kompas yang ligat bergerak di peta bumi. 

Road map dunia dan rentak masa depan umat tampak
terlalu banyak dicatur dan diatur oleh AS dan
sekutu-sekutunya. 

Semua orang sudah semakin meragui kejujuran AS dan
rakan-rakannya dalam peristiwa 9/11 di New York pada
2001. Bersifat degil demi mengukuh dan mengekalkan
buruk sangka penghuni dunia terhadap Islam, FBI dan
CIA masih mati-matian terus menerus menasihati Rumah
Putih agar terus mengolah siri-siri keganasan palsu. 

Ini boleh dibaca rentetannya dari serangan ke atas
Iraq yang dituduh memiliki WMD sedangkan ia memang
sebuah pembohongan. 

Berita kononnya lima lelaki Pakistan telah memasuki AS
melalui Kanada dan merancang untuk melakukan serangan
senjata biologi dan bom-bom beracun adalah satu lagi
percubaan mereka untuk melahirkan fitnah. 

Ia terbongkar setelah suspek yang diburu oleh
Associated Press misalnya; Mohammad Ashgar itu
sebenarnya seorang lelaki gemuk yang menjalankan
perniagaan barangan kemas di Pakistan dan tidak pernah
sekalipun menjejakkan kaki ke Amerika! 

Beliau tidak ada kena mengena dan tidak tahu menahu
pun dengan insiden berdarah yang cuba ditekapkan
kemukanya itu. 

Terkini, AS mengarut lagi dengan sengaja
mengada-adakan berita kemunculan pelbagai Nexus Points
di pelbagai paksi dunia Islam. 

Dengan itu, AS mahu munculkan dirinya sebagai predator
yang sedang bertungkus lumus cuma menyelamatkan dunia
dari serangan keganasan. 

Tentu sekali kita masih ingat betapa 10 pesawat di
Heathrow pernah diancam bom pada 10 Ogos 2006 oleh
militan Islam (?) kemudian berjaya dipatahkan oleh
seorang Superman. Tony Blair lah, siapa lagi! 

Demikian jugalah dengan kononnya Sears Tower di
Chicago yang telah diancam bom oleh proksi al-Qaeda
yang kononnya dipimpin oleh Nasir Batiste diawal Jun
2006. Semuanya adalah bohong. 

Nampak sangat yang AS dan UK sedang dengan ghairahnya
ingin mengumumkan berita- demi berita kejayaannya
kerana pantas menyekat huru-hara yang dicipta, dicetak
dan dibuat-buat oleh mereka sendiri. 

Sasaran akhir mereka ialah Islam dan pejuang Islam.
Mereka lalu khayalkan bagaimana rakyat sedunia akan
memuja dan mengangkat mereka sebagai wira suci dan
sekali gus melihat Islam dan penganutnya sebagai
terroris yang sehina sampah dan sejijik najis. 

Ini boleh dilihat melalui cara layanan mereka terhadap
pejuang Islam dipenjara tertutup Guantanamo dan Abu
Gharib, Saddam yang pernah digari dari lubang
persembunyian dan kini menggigil di mahkamah, Osama
yang merempat terhina, hidup ceret beret di gua
misteri, dua anak lelaki Saddam yang mati disembelih,
penangkapan Al-Zarqawi, ratusan pemimpin Islam yang
digari di Indonesia, Selatan Filipina, Palestin,
Thailand, Acheh dan Bali. 

Dalam plot cerita dan skrip-skrip drama kusut yang
berlingkar-lingkar itulah, Islam mahu diconteng
semahu-mahunya dengan jambang terroris. 

Jika tidak, masakan Bush menghubungkan terus peristwa
memerangi keganasan dengan Perang Salib sejurus
selepas menara WTC di New York itu di bom. Dendam
kristian yang tidak sudah-sudah itulah juga rupanya
yang sedang menyimbah darah umat Islam di mana-mana. 

Ancaman AS berbunyi 'sama ada kamu bersama kami atau
kamu bersama mereka' sesungguhnya bukan ultimatum yang
adil untuk dipilih oleh warga dunia. Bukan begitu
caranya mencari perdamaian. Mustahil AS tidak faham
bagaimana seharusnya PBB itu berfungsi? 

Saya hanya ada satu soalan pendek untuk bertanya.
Malaysia sedang berada di mana dalam membina dasar
luarnya dan sewaktu memilih rakan kongsi? 

Bersama mereka yang menjadi mangsa keganasan atau
berpihak kepada pihak yang mengganas? Lagipun, maksud
ganas, mengganas, pengganas dan mangsa keganasan itu
apa sebenarnya? 

Sentiasa ingatlah bahawa Allah SWT itu mampu membaca
segala niat kita walau bagaimana nyata atau sulitnya
ia di sembunyi. Dan, inilah yang akan menentukan nilai
amal kita yang sebenar. Bukankah kita semua akan
berdiri di padang mahsyar untuk nantinya di tanya ? 

"Jika mereka mendustakan kamu,maka sesungguhnya
rasul-rasul sebelum kamupun telah di dustakan (pula)
mereka membawa mukjizat-mukjizat yang nyata ,zabur dan
kitab yang memberi penjelasan yang sempurna." (Surah
Al- 'Imran Ayat 184). 

(Penulis adalah Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar
Kelantan) - mr
http://202.186.86.214/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4598&Itemid=28


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke