Harian Metro 11 Okt 2006 Edisi KL : Komik pesong
akidah
KUALA LUMPUR: “Taktik mereka licik bagi mempengaruhi
pemikiran kanak-kanak Islam supaya terpesong daripada
akidah agama.

“Perkara ini amat berbahaya dan perlu disekat,” kata
Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Jaya Fasa 2,
Nurdin Rodin mengenai penyebaran komik mengenai ajaran
Kristian di kalangan penduduk secara berleluasa sejak
kebelakangan ini.

Menurutnya, pihaknya mengesan 720 naskhah komik
kanak-kanak mengenai ajaran Kristian yang ditulis
dalam bahasa Melayu dimasukkan dalam kotak surat
penghuni flet.

Naskhah setebal 30 muka surat itu yang bertajuk ‘Kisah
Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan’ dicetak dalam
lukisan komik berwarna.

Di bahagian belakang komik itu dicatatkan penerbitan
pertama pada 1996 dan yang kedua pada 1998.

Naskhah komik itu diterbitkan Bibles International of
Canada 548-800 24th Avenue, Surrey, BC Canada V4A 2H9.

Buku itu juga merujuk firman Allah sebagai Alkitab
terbitan Lembaga Alkitab Indonesia. 

Kandungannya menceritakan mengenai satu keluarga yang
mempunyai dua anak dan si bapa menceritakan mengenai
kisah nabi, antaranya Adam dan Isa.

Bagaimanapun, cerita nabi dalam buku berkenaan
menyimpang daripada yang disebutkan al-Quran malah
kisah Nabi Isa misalnya dikatakan disalib padahal umat
Islam tahu fakta sebenarnya.

Ini kerana buku ini memetik kisah nabi dalam Bible
walaupun dalam tulisannya disebut perkataan Allah.

Nurdin berkata, pihaknya bimbang banyak lagi naskhah
komik itu yang belum ditemui atau diserahkan kepada
mereka kerana kebanyakan peti surat berkunci.

“Saya meminta imam surau al-Falah, Pandan Jaya membuat
pengumuman meminta sesiapa yang menerima naskhah komik
itu menyerahkan kepada surau.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah dan
Pejabat Agama Daerah Hulu Langat selepas menemui bukti
naskhah komik penyebaran agama Kristian ini,” katanya.

Katanya, aduan juga dibuat kepada Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Cempaka, Datuk Mad Aris Mad Yusuf yang
meminta ibu bapa berwaspada supaya naskhah komik itu
tidak dibaca anak mereka.

Beliau berkata, perbuatan itu adalah sebahagian perang
saraf yang dilakukan pihak tidak bertanggung jawab
bagi memesong akidah umat Islam terutama kanak-kanak. 

      
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20061011084522/Article/indexm_html


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke