Buat mu Srikandi I
Aku tidak tahu
Betapa rinduku pada mimpiku malam itu
Ternanti-nanti aku...
Untuk menjejaki semula mimpi itu,
Bukan asyik aku dengan alam mimpi,
Mahupun ia melalaikan ... dari realiti dunia umpama mimpi ngeri,
Cuma mimpi itu, bagai ketika ...
menarik nafas panjang stelah derap langkah yang panjang,
Tika debu menghembus muka ...
dicelah derap kuda dipadang qital,
Tika keringat mengalir bersama darah ...
yang menitis terus dari luka semalam,
Tika mampu nafas itu kutarik, tenang... mendamaikan,
Buat bekal menarik keras pacu sang buraq,
Bagi merentas padang luas qital, yang entah dimana penghujungnya,
Sekilas mimpi semalam,
Bagai bidadari kau turun dari langit,
Tika aku sudah rebah dalam basah lopak darah,
Merenung kabur-kabur pintu sakaratul maut,
Dengan tanganmu yang lembut, selendang satinmu putih bersih,
Kau sapukan darah merah mengalir dari lukaku,
Tikaku rebah diatas pangkuan ribamu, basah peluhku diam pergi,
Air yang kau hulurkan ke bibir keringku, membasahi gurun kegersangan,
Bagai orang kelaparan, kekenyangan,
Bagai orang gering, sembuh dari nazak,
Bagai orang sesat, bertemu jalan pulang,
Kau hadir bidadariku, menjemputku dari neraka dunia ke alam bunian,
Mataku hampir redup malap diribamu,
menjemput ketiduran yang amat kudambakan,
Namun dalam getar lembut suaramu, mengerak lekaku,
Sayangku;
Walau ingin kutemani kamu dalam perbaringanmu,
Malahku ingin ku hentikan gerak minit, agar saat ini kekal selamanya,
Namun gamat pekik laungan umat, sedang memanggilmu,
soldadu dipadang qital menunggu panglimanya,
Bangunlah sayangku, peluhmu sudah hampir kering,
Paculah kudamu selaju-lajunya,
Hayunku pedangmu setinggi-tingginya,
Raduklah musuh Allah, Hancurkan derita ummat,
Asaklah kekerdilan, Bangunkan kekuatan,
Gempurlah kejahilan, Pimpinlah kebenaran,
Tebarlah keamanan dan tinggikan Tuhanmu sepanjang jejak yang kau lalui,
Paculah kudamu, jangan pandang aku dibelakang,
Jika kau rebah, akulah tangan yang kanmenyambutmu,
Jika kau menjulang kejayaan, akukan tunggumu pulang,
Jika kau syahid, akanku sambutmu dipintu Jannah,
Akukan pastikan, benih-benih yang kau tanam dibumi menghijau,
akan menyusulmu kemudian ke pintu Jannah.
Selaju petir, sebingit guruh dilangit, aku berlalu,
Meninggal sang bidadari dibelakangku,
Memacu dan terus memacu,
Tiba-tiba aku tersedar, tika peluh basah menjamah mukaku,
Mimpi rupanya,
tika aku masih erat di atas tunggangan,
Pulang dari satu perang,
menuju ke padang qital seterusnya,
Bagai menarik nafas panjang tika keletihan,
Sekurang-kurangnya mimpi itu mengasyikkan,
Bagai orang kelaparan, kekenyangan,
Bagai orang gering, sembuh dari nazak,
Bagai orang sesat, bertemu jalan pulang,
Aku tersenyum,
Walau sebuah mimpi,
Seketika yang aman ... mendamaikan.
Ikhwan aka Seroja
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___

