Aslm wbt

FYI

---------- Forwarded message ----------
From: [EMAIL PROTECTED] < [EMAIL PROTECTED]>
Date: 15-Oct-2006 07:23
Subject: PPIMalaysia :  KILANG HIGH 5 OPERASI SEMULA
To:

KILANG HIGH 5 OPERASI SEMULA

Kosmo terbitan Jumaat 13 Oktober, 2006 di halaman 4 telah memaparkan
berita berkenaan dengan disertai gambar `Doh' roti High 5 yang baru,
bersih dan berkilat. Ia membawa berita bahawa kilang yang pernah di
sita sebelum ini telah dibenarkan beroperasi semula. Itulah
hakikatnya dan itulah kebenarannya tanpa sebarang tokok tambah.

---------------------------------------------------------------------

Malangnya Pengarah Urusan syarikat ini Dato' Jackson Tan dengan
megah dan sombongnya MEMANIPULASI FAKTA dengan kenyataannya yang
dipetik berbunyi:

`Produk kami sentiasa memenuhi piawaian mutu tinggi, malah diperakui
Jakim dan Kementerian Kesihatan'

Tidak secebispun perkataan maaf, rasa bersalah atau kesal yang
dirakam atau ditunjukkan oleh beliau terhadap KESALAHAN BESAR yang
dilakukan selama ini. Marilah kita renungkan fakta sebenar kenapa
kilang itu di arahkan tutup sekiranya benarlah kata beliau bahawa
kami sentiasa memenuhi piawaian mutu tinggi. Inilah contoh kata-kata
seorang usahawan yang PALING BONGKAK pernah saya temui di Negara ini.

Setelah melakukan kesalahan sepatutnya menerima tanggung jawab
selaku peneraju syarikat untuk memohon maaf kepada para pengguna
yang dizaliminya. Sedangkan Menteri, Perdana Menteri dan Raja pun
pandai menggunakan perkataan maaf apabila menyedari mereka tersasar.

Dua fakta yang perlu kita pertimbangkan di sini iaitu MEMPERBAIKI
dan MENGAKUI adalah dua perkara yang berbeza sama sekali. Fakta
pertama kenapa perlu dilakukan pembaikan sekiranya kilang Stanson
Silverbird memenuhi spesifikasi dan memang mengikut piawaian yang
tinggi?

Apabila diperbaiki, sepatutnya pemiliknya MEMBUAT AKU JANJI bahawa
kami TELAHPUN MEMPERBAIKI keadaan proses pengeluaran di kilang kami
mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Selanjutnya berharap para
pengguna sedia MEMAAFKAN MASALAH TEKNIKAL yang berlaku sebelum ini.
Kami telah berjaya mengatasinya dan berharap para pengguna
memberikan sokongan semula kepada produk kami.

Inilah yang patut dilakukan oleh peniaga yang BERHEMAH. Sayangnya
dalam kes syarikat ini, pemiliknya memanglah bersikap kurang ajar,
angkuh, tidak berbudi bahasa dan tidak mempunyai sense of
responsibility, dan tidak menerima konsep akauntabiliti sebagaimana
yang diperlukan dalam `corporate governance'.

Perbuatan beliau ini bukan sahaja mencemar maruah ummat Islam tetapi
merendahkan taraf peniaga korporat lain di Negara ini yang cuba
memperkenalkan kepatuhan korporat dan budaya korporat terpuji.
Memang benar segala dakwaan masyarakat terutama para pengguna Muslim
yang saya baca selama ini bahawa Dato' Jackson Tan ini merasakan
beliau `above law' kerana perbuatannya secara berterangan
menunjukkan kenyataan tersebut adalah `benar dan tidak ada yang lain
melainkan benar belaka'.

Pada perkiraan Jackson 5 ini apakah para pengguna di Negara ini
terlalu dungu, tolol, bangang, bodoh dan tidak berpendidikan?
Sehingga kesemua kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau bernada
biadab, angkuh, bangga diri dan sombong hingga memberi gambaran
martabat beliau sama seperti perlambangan-perlambangan Firaun yang
digunakan dalam laman web syarikatnya?

Tidak kira bagaimana sombong dan bongkaknya Firaun sekalipun,
akhirnya beliau  kecundang juga melalui perjuangan Nabi Allah Musa.
Begitulah iktibar yang perlu kita semua hayati di sini. Sekiranya
Firaun moden ini masih lagi tidak menyatakan kesalnya dan masih lagi
bongkak dan takabbur sehingga tergamak menggunakan ulamak Islam yang
dihormati kita untuk menutup pekong di dada.

Yang salah tetaplah salah, manakala yang benar adalah tetap benar.
Kesalahan walaupun ditutup dan dilindungi dengan apa cara sekalipun
tetap akan terserlah dengan bantuan Allah. Sekiranya kesalahan yang
dilakukan walaupun telah diperbaiki tetapi bukan kerana keinsafan
dan tawadduk bukanlah bermakna insan itu bertaubat. Ia hanyalah
sekadar maslahah semata-mata. Beliau ternyata bukanlah DIZALIMI
tetapi beliaulah segala PUNCA KEZALIMAN.

Para pengguna sekelian, tindakan kita tetap tidak akan berubah. Mari
kita menetapkan pendirian bahawa High 5 MESTI TERUS DIBOIKOT.
Tindakan ini dibuat adalah untuk MENGAJAR, kerana pemiliknya masih
GAGAL MEMPELAJARI SESUATU YANG ASAS YAKNI RASA BERSALAH KERANA
MENIPU.

Oleh itu, dengan rendah hati dan rasa insaf selaku hamba Allah yang
kerdil penulis memang merasa amat sedih dan terkilan dengan tingkah
laku syarikat berkenaan yang memperbudak, memperlekeh dan
mempermainkan para pengguna di Negara ini. Jackson telah lupa bahawa
merekalah yang selama ini membeli produk keluaran beliau. Pemilik
syarikat ini bukan sahaja tidak tahu berterima kasih kepada kita
semua sebaliknya menyalahkan orang lain terhadap kesalahan yang
dilakukan mereka sendiri.

Dengannya saya ingin merayu, meminta, mendesak hatta mengisytiharkan
jihad menentang kedegilan, kesombongan dan rasa bongkak pemilik
syarikat High 5 melalui USAHA MENERUSKAN PEMBOIKATAN PRODUK MEREKA
supaya diberi pelajaran berguna kepada beliau dan lain-lain peniaga
yang sewaktu dengannya bahawa kita para pengguna tidak akan bertolak
ansur dengan sikap mereka itu.

SALAM PERJUANGAN DAN SALAM JIHAD KEPADA ANDA PARA PENGGUNA BESTARI.
MARI KITA GERAKKAN KUASA PENGGUNA KE ARAH

        "Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana"






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin memperolehi maklumat terkini daripada persatuan pengguna Islam Malaysia ? : http://groups.yahoo.com/group/ppimalaysia/

atau daftar sebagai ahli dengan menghantar email ke :
[EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ,
(MALAYSIAN CHAPTER OF THE WORLD MUSLIM CONSUMERS ASSOCIATION)
No.70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat,
54000 Kuala Lumpur.
Hotline : 019-359 1000
Tel : 03-4256 6618
Fax : 03-4256 6617

Web : http://www.muslimconsumer.org
Email : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perolehi maklumat & Info PERCUMA : http://www.maynetwork.net
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppimalaysia/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppimalaysia/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto: [EMAIL PROTECTED]
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/




--
Visit my Islamic Financial Planning Blog http://islamicfinance2u.blogspot.com

Thanks & regards

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Acc (UK), Dip in Acc (UiTM), CUTE, CEILLI, PCEIA
Islamic Financial Planning Consultant
*********************************************************************************
(013) 391-2695
[EMAIL PROTECTED]
*********************************************************************************
TAKAFUL www.maatakaful.com.my
ISLAMIC UNIT TRUST www.publicmutual.com.my
ISLAMIC ESTATE PLANNING www.wasiyyahshoppe.com
HAJJ & UMRAH
http://www.matta.org.my/mattav2b/index.cfm?page=pages%2Fmemdir%2Famember%2Fdir-details.cfm&id=826&AccountNo=MA1715&colorscheme=memdir
********************************************************************************* __._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke