Seramai 60 orang remaja yang terdiri dari kalangan
anak-anak yatim dan pelajar-pelajar miskin di sekitar
Seremban telah menerima sumbangan baju dan duit raya
dalam program "Sayangi Kami" anjuran Nisa’ Negeri
Sembilan. Sejumlah RM4,000 beserta pakaian hasil
sumbangan syarikat korporat dan para dermawan telah
berjaya diagihkan dalam majlis penyerahan yang
diadakan pada 15 Oktober 2006 yang lalu. 

Sumbangan tersebut serba sedikit dapat membantu
meringankan kos persiapan para remaja dalam menyambut
hari lebaran yang mulia. Program tersebut adalah
sebagai tanda prihatin Nisa’ kepada golongan remaja
yang masih gigih menuntut ilmu meskipun dibelenggu
kesusahan dan kemiskinan. Sumbangan turut diberikan
kepada balu dan keluarga Almarhum Ustaz Ibrahim Ali
(imam Masjid Sikamat) , juga kepada seorang ibu
tunggal yang mempunyai ramai tanggungan.

Dalam program berkenaan, pihak Nisa’ menasihati para
remaja yang hadir supaya sentiasa tekun dan bersabar
diatas ujian Allah dan menjadikan segala kesusahan
yang dialami ini sebagai satu motivasi untuk berusaha
dengan lebih gigih semasa menuntut ilmu. Meskipun kita
tidak mampu merasai nikmat kemewahan namun kita
sewajarnya bersyukur kerana masih lagi merasai nikmat
iman dan Islam, satu-satunya nikmat yang tidak
ternilai. 

Sumbangan tersebut telah di sampaikan oleh Ustaz
Kassim Rahmat (Pengerusi SARA Gedung Lalang 162), En
Zulkifli Mohd Omar (AJK TERAS NS), En Sufian Ibrahim
(Pengerusi Yayasan Amal NS), Pn Nurciana ( Guru
Kauseling , SMA Ampangan) dan Pn Norwani (Pengerusi
Nisa’ NS). 

Dia akhir program semua remaja berpeluang memilih baju
raya iaitu baju kurung dan baju Melayu, hasil
sumbangan orang ramai. Pihak Nisa’ turut merakamkan
jutaan terima kasih kepada semua para dermawan dan
individu yang banyak membantu meringankan penderitaaan
remaja berkenaan. Semoga usaha yang sedikit ini
mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.

"Sayangi kami, taburkan budi…moga Allah mengasihani"


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke