Usah buat kacau - Harian Metro 17 Okt 2006 Katanya, kuasa asing itu bergerak dalam pertubuhan bukan kerajaan yang mensasarkan dakyah mereka kepada umat Islam dan perkara ini turut berlaku di negara ini. KUALA LUMPUR: Penyebaran agama lain kepada umat Islam di negara ini adalah gangguan yang boleh mencetuskan ketidaksefahaman antara agama, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman.
Beliau berkata, penyebaran agama lain kepada umat Islam berlaku di negara ini melalui kiriman pos dan bahan terbitan dan siaran luar negara menimbulkan keresahan agama. Penyebaran itu bercanggah dengan peraturan yang tidak membenarkan mana-mana agama lain disebarkan kepada umat Islam. Kita perlu beri perhatian dan persefahaman kerana gangguan seperti ini boleh mencetuskan ketidaksefahaman (antara agama), katanya ketika mengadakan lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Lawatan dan taklimat berkenaan dihadiri Abdul Hamid itu sempena pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung Kehormat Perkim. Beliau dilantik Majlis Kebangsaan Perkim dalam mesyuarat yang dipengerusikan Yang Dipertuanya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 September lalu. Bekas Perdana Menteri dilantik menyandang jawatan itu pada 21 Januari lalu. Abdul Hamid berkata, Perkim perlu mengambil peranan aktif dalam usaha mengatasi masalah penyebaran agama lain kepada umat Islam secara harmoni supaya tidak menimbulkan kekacauan yang boleh menggugat kestabilan negara. Menurutnya, Perkim memegang tugas penting yang mesti lebih aktif dalam memperkukuhkan umat Islam kerana sejak kejatuhan ideologi komunis di dunia, banyak kuasa besar mula beralih kepada negara Islam. Katanya, kuasa asing itu bergerak dalam pertubuhan bukan kerajaan yang mensasarkan dakyah mereka kepada umat Islam dan perkara ini turut berlaku di negara ini. Organisasi bukan kerajaan seperti Perkim mesti mengambil peranan menjaga keharmonian antara agama dan kaum di Malaysia, katanya. http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Setempat/20061017101740/Article/indexm_html Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

