Note: forwarded message attached.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
--- Begin Message ---





APA REAKSI ANDA DGN TINDAKAN IKIM

13/10: IKIM gesa ketua syariah Takaful dipecat

Category: General
Posted by: Raja Petra (MALAYSIA TODAY)
Oleh SALHAN K. AHMAD
mStar


Ketua jabatan syariah Takaful Malaysia yang mengeluarkan e-mel melarang kakitangan syarikat berkenaan mengucapkan Selamat Deepavali kepada penganut Hindu perlu dipecat kerana tidak layak memegang jawatan itu, kata ketua pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Dr. Syed Ali Tawfik Al Attas.

"(Mohd) Fauzi Mustaffa juga harus bertaubat atas keangkuhannya itu dengan menganggap beliau mempunyai pengetahuan (tentang hal itu)," kata Dr Syed Ali dalam satu kenyataan kepada mStar Online petang ini.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin semalam yang menganggap larangan yang dianjurkan oleh Mohd Fauzi itu sebagai pendapat peribadi dan berdasarkan kefahaman Islam yang sempit.

Dalam e-mel yang dihantar kepada kakitangan syarikat insurans Islam itu, Mohd Fauzi berkata ucapan "Happy Durga Pooja", "Happy Lakshmi Pooja" dan "Happy Deepavali" seolah-olah mengucap selamat kepada tuhan Hindu yang bernama Durga, Laksmi dan Krishna dan, menurutnya, bertentangan dengan akidah Islam.

"Seluruh kakitangan (Takaful) Malaysia adalah dilarang untuk mengucapkan ucap selamat kepada ketiga-tiga perayaan di atas dan lain-lain lagi (perayaan) yang sepertinya kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya syirik.

"Bagi mereka yang telah terlanjur mengucap selamat kepada penganut Hindu seperti ketiga-tiga greetings (ucapan selamat) di atas maka hendaklah segera bertaubat dan tidak mengulanginya lagi pada masa-masa akan datang," katanya seperti dipetik daripada e-mel bertarikh 3 Oktober.

Sehubungan itu, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng memberi tempoh 48 jam kepada Mohd. Fauzi untuk meminta maaf kepada masyarakat India atas kenyataannya itu yang disifatkan sebagai "ekstrem" dan "menghasut".

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata Mohd Fauzi perlu dipecat dan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan jika enggan berbuat demikian.

"Seorang lelaki yang cukup terdidik dan mahir dalam undang-undang Islam boleh memegang pandangan ekstrem sebegitu adalah satu (perkara) yang menyedihkan dan memeranjatkan," katanya.

Beliau turut mempertikaikan kenyataan Dr Abdullah di akhbar semalam yang dianggap "tidak cukup" kerana tidak mendesak Mohd Fauzi menarik balik sepenuhnya pandangan itu dan meminta maaf secara terbuka tanpa syarat.

"Adakah Datuk Dr Abdullah juga akan bersikap sedemikian sekiranya penganut Hindu diberitahu supaya tidak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang Islam?" kata Lim.
 

 
TAKAFUL IKHLAS
 
Subject: Durga Pooja Greetings / Lakshmi Pooja Greetings /
DeepavaliGreetings


Marhaban Ramadhan, semoga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan daripada bulan yang mulia ini.

Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum bahawa selain dari perayaan Aidil Fitri yang akan disambut oleh umat Islam pada bulan ini, penganut
agama hindu juga merayakan 3 perayaan mereka seperti yang disebut dalam
subjek di atas.

Sukacita saya ingin maklumkan bahawa kakitangan Takaful Malaysia perlu
berhati-hati dengan ungkapan ucap selamat sempena perayaan tertentu yang selain daripada perayaan yang terdapat dalam Islam. Ucap selamat tersebut mestilah diteliti impilikasinya terutama yang melibatkan hukum dan akidah.

Antaranya ialah ucap selamat Happy Durga Pooja atau Durga Pooja Greetings. Ia bermakna selamat menyambut hari kebesaran Dewi Durga. Sambutan ini adalah festival yang paling penting bagi orang-orang Hindu. Ia menandakan ketaatan dan kepatuhan kepada Dewi Durga yang dianggap sebagai Mother of the Universe. Ia disambut oleh oleh penganut agama Hindu pada hari-hari berikut:

29 Sept 2006- Durga Pooja - Saptami
30 Sept 2006- Durga Pooja - Mahastami
01 Okt 2006 - Durga Pooja - Navami
02 Okt 2006 - Dussehra - Vijaya Dasami

Untuk makluman tuan/puan, Durga Pooja mengikut kepercayaan penganut agama hindu adalah tuhan dewi yang mempunyai tangan yang banyak dan bersilang yang biasanya kelihatan di kuil-kuil hindu.

Antaranya lagi ialah ucap selamat Happy Deepavali atau lebih dikenali di
Benua Kecil Indiadengan nama Happy Diwali. Deepavali atau Diwali
menandakan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan. Ia berkaitan dengan agama hindu juga di mana mitosnya bagi penganut agama hindu di Malaysia ialah tuhan agama hindu yang bernama Krishnatelah membunuh Narakasura. Lalu penganut agama hindu merayakan kemenangan ini dengan menyalakan lampu serta berpesta. Manakala mitos di Benua Kecil Indiapula ialah kemenangan Ramayana membunuh Ravana.

Mengikut kepercayaan hindu, sempena perayaan deepavali mereka akan
menerangi rumah mereka dengan cahaya kerana dewi Lakshmi iaitu dewi
kekayaan akan berkunjung ke rumah yang diterangi cahaya dan akan
memberkati keluarga terbabit. Oleh itu perayaan Lakshmi Pooja akan
diadakan 2 hari sebelum deepavali untuk mendapatkan rezeki dan berkat yang berganda.

Setelah meneliti ketiga-tiga perayaan tadi maka jelaslah ianya ada kaitan
secara langsung dengan kepercayaan agama hindu. Seluruh kakitangan
Malaysiaadalah dilaranguntuk mengucapkan ucap selamat kepada ketiga
perayaan di atas dan lain-lain lagi yang sepertinya kerana ianya boleh
menyebabkan berlakunya syirik. Budaya korporat Takaful Malaysiayang
bersendikan Syariat tidak mengizinkan ianya berlaku sekalipun untuk
pelanggan yang beragama hindu atau agama lain yang mana ucap selamat tadi membabitkan tuhan mereka. Ucapan Happy Durga Pooja, Happy Lakshmi Pooja dan Happy Deepavali seolah-olah mengucap selamat buat tuhan hindu yang bernama Durga, Laksmi dan Krishna. Dan ianya jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Allah berfirman dalam surah ali-'Imran ayat 18 yang bermaksud: "Allah
telah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Dia". Dalam surah Muhammad ayat 1 Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ketahuilah bahawa tiada tuhan selain Allah".

Bagi mereka yang telah terlanjur mengucap selamat kepada penganut hindu
seperti ketiga-tiga greetings di atas maka hendaklah segera bertaubat dan
tidak mengulanginya lagi pada masa-masa akan datang.





Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls. Great rates starting at 1ยข/min.




Get an advanced look at the new version of
MSN Messenger
--- End Message ---

Kirim email ke