Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Aku berkesempatan mengikuti sembahyang Hari Raya Puasa (Aidilfitri) bersama Nabi Allah s.a.w, Abu Bakar, Umar dan Othman. Mereka semua mendirikan sembahyang Hari Raya sebelum khutbah. Setelah itu barulah berkhutbah. Kemudian dia menyambung lagi dengan katanya: Nabi Allah s.a.w turun dan aku melihat ke arah baginda sehingga aku melihat baginda memberi isyarat kepada kaum lelaki supaya duduk dan kemudian datang dan berjalan di kalangan mereka menuju ke tempat para wanita dan Bilal ada bersama baginda. Lalu baginda membaca: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا   hingga selesai. Setelah itu baginda bertanya: Adakah kamu juga berjanji setia demikian? Seorang wanita menjawab di antara kelompok wanita itu dengan jawapan yang tegas: Benar, wahai Nabi Allah! Ketika itu wanita tersebut belum lagi dikenali. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Bersedekahlah kamu! Bilal r.a mula menghamparkan pakaiannya sambil berkata: Ayuhlah demi bapa dan ibuku sebagai tebusan kamu! Mereka segera meletak gelang-gelang dan cincin-cincin ke dalam pakaian Bilal.

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1464

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w selalu keluar pada Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Hari Raya Puasa (Aidilfitri). Baginda memulai dengan sembahyang. Setelah selesai sembahyang dan memberi salam, baginda berdiri menghadap orang ramai yang masih duduk di tempat sembahyang mereka masing-masing. Jika baginda mempunyai hajat yang ingin disampaikan, baginda tuturkannya kepada orang-ramai ataupun ada keperluan lain, maka baginda akan membuat perintah kepada kaum Muslimin. Baginda pernah bersabda dalam salah satu khutbahnya pada Hari Raya: Bersedekahlah kamu! Bersedekahlah! Bersedekahlah! Kebanyakan yang memberi sedekah adalah kaum wanita. Kemudian baginda beredar.

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1472

SodaqaRasulUllah SAW


ﻡﻠﻋﺍﷲﺍﻮ

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Hizamri

Keluhan Keris Silau :

Kemungkaran di bulan Ramadan
==========================
Bulan Ramadan bulan istimewa
Bulan kita refleksi hati dan jiwa
Memohon ampun akan dosa-dosa
Namun bulan ini dicemari noda
Penghormatan sudah tiada
Walaupun bulan yang mulia
Manusia gila terus berpesta
Di JB remaja sambut Haloween pula
Sampai mabuk campur jantan betina
Teruk betul muda mudi kita
Mat Rempit pula tak kira masa
Race motor tengah malam buta
Qiyamulail tak ada dalam agenda
Sampai berbunuh sesama mereka
Tapi ada pula membela mereka
Yang menamakan diri mereka Putera
Semakin dibela semakin mengganas mereka
Balai polis dibaling batu dan kaca
Hempuk helmet ke atas cermin kereta

Ya Allah zaman sekarang makin mencabar
Maafkan kami membiarkan Ramadan tercemar
Kami seolah tak mampu lagi menghalang mungkar
Berleluasa dari kampung hingga pusat bandar
Lagu-lagu ajak beraya aja yang disiar
Seorang artis pun tak suruh cari LailatulQadar
Peniaga pula asyik cari untung besar-besar
Gantung ayat laris niaga ayat 1000 dinar
Itu yang mereka tahu Ringgit dan Dinar
Bukan maksud ayat yang memberi iktibar

Manakala orang politik asyik bertelagahan
Reda sedikit mungkin pasal Ramadan
Tapi sakit hati juga dengar penjelasan
Macam istana zakaria di Pandamaran
Buat rumah tanpa mendapat keizinan
Tapi itu bisa diurus sebab kukuh kewangan
Tapi bukan itu yang kita pertikaikan
Soal moral dikalangan politik atasan
Soal buat istana dikeliling golongan pertengahan
Soal tiga bersaudara jadi ahli majlis perbandaran
Oh banyak sungguh penyelewengan
Seperti kisah AP palsu melibatkan father and son
Tak berapa cerdik si bapa beri penjelasan
Dia kata anak dia patut belajar buat penipuan
Ini baru dua kes suratkhabar buat pendedahan
Yang lain mana kita tahu kita rakyat kebanyakan
Daripada projek buat topi dan jambatan
Di London nak bina satu komplek sukan
Atau beli jet-jet Rusia ditawarkan satu angkasawan
Yang tu bukan namanya angkasawan
Yang tu pergi melancong tengok bintang dan bulan
Pasal nak bawa teh tarik dan roti canai itu sebenarnya
tujuan
Bukan nak buat experimen sains gunaan
Melingkup lah negara kita pasal puak yang kerakusan
Puak-puak yang begitu nipis keimanan
Rakyat dibohong pimpinan kaut kekayaan

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Belajar cakap bohong
Lama-lama boleh jadi menteri

Keris Silau [EMAIL PROTECTED]com
24 Ramadan 1427

Tak posa tak boleh raya
===========================
Bulan Puasa bulan menahan diri
Makan minum mesti kita hindari
Juga bersetubuh di siang hari
Tak boleh lakukan perbuatan keji
Mengumpat, berbohong atau main judi
Semua ini ada hikmah tersendiri
Membentuk disiplin membina peribadi
Agar menjadi Mukmin yang suci
Banyak ganjaran di akhirat nanti
Udghulu fi ibadi wad ghulu jannati
Allah jemput masuk syurga Firdausi

Begitulah istimewa bulan Ramadan
Tidak sama macam lain-lain bulan
Mukmin banyak tingkatkan amalan
Solat taraweh ada buat 20 atau 8
Tak apa jangan kita perselisihkan
Yang penting kita buat berterusan
Dituntut untuk bertadaruus alQuran
Di masjid di surau dan di pesanteran
10 malam terakhir lakukan pecutan
Bangun malam solat tahajud dikerjakan
Temui lailatul qadar puncak kejayaan
Agar allah memberi pengampunan
Selamat dari neraka dan siksaan

Namun di bulan ini banyak pembaziran
Bercambah-cambah gerai jualan
Orang kita panggil Pasar Ramadan
Seolah-olah macam pesta makanan
Tengok semua sedap untuk ditelan
Nafsu tidak dapat ditundukkan
Hilang habis hikmah Ramadan

10 malam terakhir tingkatkan amalan
Tapi kita sibuk buat persiapan
Dah nak sambut raya besar-besaran
Sibuk shopping Jln Tunku Abdul Rahman
Malam letih taraweh dilupakan
Dan masa ni artis-artis pun kesibukan
Rakam program rancangan hiburan
Terkinja sana sini ala Hindustan
Bergoyang habis satu badan
Lalu ucap Selamat Hari Lebaran
Aidil Fitri ialah hari kemenangan
Apa yang dia menang kita pun hairan
Menang meraikan kepulangan setan
Depa raya sampai sebulan

Ingat Raya Puasa cuma sehari
Bukan macam hari raya haji
Oleh itu sambung puasa 6 hari lagi
Rasul tak pernah ajar Konsert Aidilfitri
Terkinja sana terkinja sini menyanyi
Jauhilah kemungkaran di Aidil Fitri.

Keris Silau [EMAIL PROTECTED]com
18 Ramadan 1427

__._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___


Stay in the know. Pulse on the new Yahoo.com. Check it out.

Attachment: B2.gif
Description: 1015407555-B2.gif

Attachment: B1.gif
Description: 3009918360-B1.gif

Kirim email ke