ALHAMDULILLAH, setelah lebih 5 tahun Nik Adli Dato Nik
Abdul Aziz ditahan di Kem Kamunting atas dakwaan
beliau adalah Ketua satu-satunya kumpulan “pengganas’
di Malaysia iaitu Kumpulan Militan Malaysia beliau
akhirnya dibebaskan pada 18 Oktober 2006 ketika akhir
Ramadhan 1427 H.

ANEHnya beliau ditahan tanpa bicara, tanpa dikemukakan
sebarang bukti.

ANEHnya beliau yang sepatutnya setaraf dengan kumpulan
“pengganas” lain di dunia seperti Osama bin Laden dari
Al Qaeda dan Ayman Az Zahrawi, ketika beliau ditahan 5
tahun dahulu, beliau ditahan dengan rela hati, tiada
pertempuran, tiada tembak menembak, tiada tikam
menikan. Bagaimana “Ketua Pengganas Malaysia” menyerah
diri untuk ditahan tanpa sebarang tentangan ?

Sekiranya “Ketua Pengganas Malaysia” ini telah
dibebaskan, bagaimana dengan anak-anak buah mereka
yang masih lagi ditahan. Bagaimana dengan anak-anak ,
isteri-isteri yang telah bertahun-tahun berbuka puasa
dan berhari raya tanpa ayah dan suami di sisi mereka,
yang tidak tahu apa kesalahan mereka, yang tidak tahu
bila mereka akan dibicarakan, yang tidak tahu bila
mereka akan dibebaskan ?

Lebih baik lagi Pak Man Telo yang menyonglap
berjuta-juta duit rakyat Malaysia, dipenjarakan
kemudian tahu bila dibebaskan. Lebih baik lagi mereka
yang pernah membunuh seorang wakil rakyat di
Gemencheh, dibicarakan, dipenjarakan dan kemudian
diampunkan.

Di akhir Ramadhan ini, marilah kita semua berdoa agar
kesemua tahanan ISA yang masih lagi ditahan di Kem
Kamunting diberi keadilan yang sewajarnya. Dan marilah
kita membantu keluarga mangsa tahanan ISA ini dengan
menghulurkan bantuan melalui Gerakan Mansuh ISA (GMI)
ke akaun Maybank Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
562209608847, selepas Bank in sila SMS ke Pn Laila
012-6892608 AJK GMI 

Bebaskan tahanan ISA 
Tutup kem tahanan Kamunting
**********************************************
Kenyataan Akhbar

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi telah
membuat kenyataan pada 20 Februari untuk mendesak
kerajaan Amerika menutup Kem Tahanan Guantanamo Bay di
Cuba sebagai sokongan pada seruan yang sama yang
dibuat oleh Kofi Annan dan Tony Blair. Beliau
menegaskan bahawa adalah lebih baik bagi pihak Amerika
menutup kem ini kerana berlakunya penyeksaan di sana.

Kepada semua rakyat Malaysia, khususnya Abdullah
Badawi, kami ingin menegaskan bahawa Kem Tahanan
Kamunting yang menahan tahanan ISA juga adalah tempat
menyeksa tahanan. Sejak bertahun-tahun yang lalu
sehingga kini, tahanan ISA dan juga keluarga mereka
telah membuat aduan rasmi bahawa tahanan diseksa
secara mental dan juga fizikal. SUHAKAM yang
ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia juga telah menyiasat
dan mengesahkan wujudnya penyeksaan. GMI juga telah
memberi testimoni kepada Suruhanjaya Penambahbaikan
Perjalanan dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia pada
20 Mei 2004.

Sangat penting juga untuk ditegaskan pandangan oleh
Suruhanjaya Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) tentang Guantanamo Bay yang mengesahkan bukan
sahaja berlakunya pencabulan hak asasi dengan
penyeksaan ke atas tahanan di sana malah lebih penting
lagi ialah penahanan secara arbitrari dan tanpa bicara
ke atas mereka. Sekali lagi ditegaskan, apa bezanya
Kem Tahanan Kamunting? Ramai yang ditahan secara
arbitrari dan tanpa peluang dibicarakan di bawah ISA.
Puluhan ribu telah ditahan dahulu, ada yang sehingga 2
tahun, ada yang sehingga 6 tahun dan tidak kurang yang
ditahan melebih 10 tahun.

Pada 22 Februari, tamat tempoh penahanan 6 orang dan
pada 28 Februari 6 orang lagi akan tamat tempoh
penahanan mereka. Mereka dituduh sebagai ’JI’ dan
telah ditahan selama 4 tahun di Kem Tahanan Kamunting.
Seperti juga tahanan di Guantanamo Bay, tahanan di Kem
Kamunting juga ditahan secara arbitrari dan tidak
dibicarakan. Mereka dikurung sehingga tidak ada satu
pun berita tentang keadaan mereka yang terlepas kepada
dunia luar. Senarai tahanan berkenaan adalah seperti
berikut:

TAHANAN PELUPUSAN TARIKH - 2006 (PERINTAH PENAHANAN)
Kumpulan 1
1. Yazid Sufaat - 31 Januari
2. Mohd Sha Sarijan - 22 Februari
3. Abdul Samad Shukri Mohd - 22 Februari
4. Ahmad Sajuli Abdul Rahman - 22 Februari
5. Ahmad Yani Ismail - 22 Februari
6. Suhaimi Mokhtar - 22 Februari
7. Shukri Omar Talib - 28 Februari
8. Syahrial Sirin - 28 Februari
9. Mohd Faiq Hafidh - 28 Februari
10. Dr. Abdullah Daud - 28 Februari
11. Muhammad Ismail Anuwarul - 28 Februari
12. Shahril Hat - 28 Februari
13. Muhammad Kadar - 28 Februari

Kumpulan 2
1. Nordin Ahmad - 9 Mac
2. Abd.Nasir Anuwarul - 9 Mac
3. Mohd Nasri Ismail - 9 Mac
4. Al Bakri Mohd Alias - 9 Mac
5. Roshelmy Mohd Sharif - 9 Mac
6. Abdullah Minyak Silam - 9 Mac

Dalam kegawatan berikutan peristiwa 9-11, masyarakat
antarabangsa dengan mudah menerima langkah-langkah
keselamatan yang turut menghadkan hak asasi individu.
Kini muncul bukti-bukti yang menunjukkan bahawa
undang-undang keselamatan ini disalahgunakan dan telah
mencabul hak asasi manusia sewenang-wenangnya. Oleh
itu terdapat desakan yang semakin kuat agar diwujudkan
keseimbangan antara kepentingan keselamatan negara dan
hak asasi manusia.

Menahan rakyat di bawah ISA (asalnya digunakan untuk
menangani keadaan darurat beberapa dekad yang lalu,
walaupun ada pendapat mengatakan ia digubal kerana
kepentingan politik pemerintah) dan menahan mereka
tanpa dibicarakan hanya memburukkan lagi imej Malaysia
kerana ISA adalah jelas melanggar prinsip-prinsip
keadilan dan kemanusiaan sejagat yang telah diterima
oleh nilai-nilai antarabangsa. Dengan adanya kem khas
(Kem Tahanan Kamunting) yang antaranya bertujuan untuk
menyembunyikan keadaan penahanan daripada masyarakat
luar di samping menyeksa tahanan secara sistematik
juga memburukkan lagi nama negara dan mengesahkan
dakwaan bahawa undang-undang seperti ini memang amat
mudah disalahgunakan.

Oleh itu kami mendesak agar Abdullah Badawi
menggunakan prinsip yang sama untuk Kem Tahanan
Kamunting dengan prinsip kepada Kem Tahanan Guantanamo
Bay iaitu mengarahkan penutupan segera Kem Tahanan
Kamunting dan membebaskan semua tahanan. Jika beliau
gagal, maka nasihat beliau kepada Amerika tidak
bernilai langsung dan hanya menjadikan beliau seorang
pemimpin yang bersifat talam dua muka.

Sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga Pengerusi
OIC, apakah asas beliau untuk menasihati Amerika kalau
beliau tidak mampu membetulkan keadaan dalam negaranya
sendiri?

SYED IBRAHIM SYED NOH
Pengerusi
Gerakan Mansuhkan ISA

http://www.malaysia-today.net/Blog-s/2006/02/bebaskan-tahanan-isa.htm

Berikut disertakan senarai nama mereka yang telah
ditahan oleh pihak
Polis ekoran dari Program Konvoi Bersama Keluarga
Tahanan ISA ke
Kamunting. Ada 41 orang kesemuanya. Maklumat ini
disediakan oleh
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Perak. 
  

1. Mohamed Zariddin bin Muamad Adalin 
No 21 Lorong Abang Haji Openg 3 
Taman Tun Dr Ismail, KL 

2. Sulaiman bin Meor Abdul Rahman 
Kg Pulau Pandang Bota Kiri, Bota, Perak 

3. Ahmad Shazli bin Saad 
5679, MK16 Tasik Junjung, Simpang Empat 
Seberang Perai, P Pinang 

4. Zuraini binti Abdullah 
Mardex Quarters, Batu 38, Kg Cenerai 
Kuala Pegang, Baling Kedah 

5. Keh Sue Yek (lelaki) 
27, Hal Pegoh 8 
Taman Sri Pengkalan Ipoh, Perak 

6. Rosdi bin Mohamad 
25, Jalan Mewah Taman Mewah 
Kamunting, Perak 

7. Osman bin Mohamed 
230, ITC Quarters 
Jalan Sponer, Buntung Ipoh Perak 

8. Azmi bin Hashim 
276, MK1, Kg Jawa, Jalan Baru Perai, P Pinang 

9. Norlela binti Baharin 
47, Lorong Kanan 1, 
Kg Pandan, Kuala Lumpur 

10. Rahmah binti Yatim 
240, Jalan Kolam, Cerok Tok Kun 
Bukit Mertajam, P Pinang 

11. Mohamad Zairil Hairi bin Zainuddin 
2422-1, Berek Polis Sg Dua, Gelugor, P Pinang 

12. Mohd Zainur bin Osman 
733, Jalan Pak Abu 
Butterworth, P Pinang 

13. Aliza binti Jaafar 
8, Jalan AU 2C/6 
Taman Desa Keramat, Kuala Lumpur 

14. Noormah binti Che Mat 
No 5, Tingkat Rusa 2 
Taman Selamat, Bukit Mertajam, P Pinang 

15. Siti Aminah binti Matt 
47, Lorong Kanan 1 
Kg Pandan, Kuala Lumpur 

16. Ahmad Tarmizi bin Abdullah 
208, Kg Sungai Relong 
Kamunting Perak 

17. Seok Loy (lelaki) 
279, Kg Baru, Sg Buluh 
Sg Siput, Perak 

18. Kasim bin Yahaya 
106, Batu 4 1/2 
Kg Pasir, Kamunting Perak 

19. Abdul Majid bin Ahmad 
No 2, Kg Paya Lintah 
Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak 

20. Radzuan bin Abdul Samad 
49, Parit Sg Melan 
Jalan Pantai, Kuala Kurau, Perak 

21. Kamaruddin bin Abdullah 
2967K, Lorong Fajar 1 
Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah 

22. Mior Johari bin Mior Abu Bakar 
100 Kg Gua Manong 
Kuala Kangsar, Perak 

23. Mad Zahudi bin Mohamad Nor 
LLN 601A, Kg Paya 
Jalan Kg Perak Baru, Batu Kurau, Perak 

24. Saharuddin bin Razali 
66 Pesiaran Perpaduan 5 
Taman Perpaduan, Ulu Kinta Perak 

25. Tajul Ariffin bin Mohamad Yusof 
4 Lorong 10, Kota Barat 
Taiping, Perak 

26. Mohamad Safianuddin Mohamad Salleh 
95, Batu 4 Kamunting Perak 

27. Mohamad Akhir 
23 Jalan Mawar 1, Bandar Tun Razak 
Cheras, Kuala Lumpur 

28. Zool Hilmi bin Yahya 
11 Laluan Tasik Timur 12 
Taman Sri Dermawan, Ipoh Perak 

29. Mohamad Azam bin Mektar 
48, Rantau Selamat 
Jalan Chempaka 
Batu 3, Shah Alam, Selangor 

30. Mohamad Lokman bin Mohamad Ali 
96, Blok F, Taman Hijrah Baru 
Batu Kurau, Perak 

31. Noraini binti Mukhtar 
46-1-13, Taman Teratai, Jalan Langkawi 
Setapak, Kuala Lumpur 

32. Norashikin binti Baharin 
47, Lorong Kanan 1 
Kg Pandan, Kuala Lumpur 

33. Ahmad Syahrani bin Che Azmi 
1860, Jalan Besar, Taman Markisa 
Bukit Mertajam, P Pinang 

34. Abdul Rahman bin Mohamad Noor 
276, Lorong Orkid, Kamunting Jaya 
Kamunting, Perak 

35. Apipah binti Uri 
Batu 13 1/2 Kg Bota Kiri 
Bota, Perak 

36. Mohd Kamis bin Abdullah 
Tanjung Berembang, Nibong Tebal 
Seberang Perai, P Pinang 

37. Mohamad Jalaluddin bin Mohamad Taib 
10, Jalan 1, Taman Desa 
Changkat Jering, Taiping, Perak 

38. Mamor bin Yahya 
Kg Kepala Pulau 
Pasir Salak, Kg Gajah, Perak 

39. Mohamad Shuib bin Ismail 
6030, Kg Guar Perahu 
Bukit Mertajam, P Pinang 

40. Abdul Ghani bin Abu Yamin 
211, Rumah Awam, Jalan Stesyen 
Kamunting, Perak 

41. Ruhaida Ayu binti Ariffin 
240 Jalan Kolam 
Cerok Tok Kun, Bukit Mertajam, P Pinang 
  

Semoga Allah s.w.t. memberi kekuatan kepada mereka
yang ditahan.
Marilah kita bersama berusaha untuk MANSUHKAN ISA!!! 
Wassalamu'alaikum & Selamat Sejahtera, 
  
http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg27788.html


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke