Berhati-hati Di Jalan Raya
Artikel ini di Internet : http://www.wanita.us/hatidijalan.php
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/10/berhati-hati-di-jalan-raya.html
Daripada 6,188 kemalangan maut di jalan raya sepanjang tahun 2005.
57.9% melibatkan motosikal
20% adalah pemandu kenderaan
9.7% adalah penjalan kaki
dan 3.6% melibatkan basikal.
Maklumat : Polis DiRaja Malaysia
Dengan perkembangan terbaru, had laju kebangsaan bagi jalan-jalan
persekutuan diturunkan sehingga 80KM sejam pada musim perayaan, maka
langkah drastik ini diharapkan dapat menurunkan kemalangan maut
sepanjang musim perayaan.
Berdasarkan statistik didapati kemalangan melibatkan motosikal adalah
terlalu tinggi. Langkah-langkah perlu diambil oleh penunggang motosikal.
- Pastikan kenderaan diperiksa sebelum memulakan perjalanan. Brek
perlu makan. Tukarkan pad brek sekarang. Hanya kerana mahu berjimat
atau bersikap nanti dahulu, nyawa boleh melayang. Rantai motosikal
juga perlu ditukarkan dengan yang baru. Lampu depan dan belakang
pastikan berfungsi.
- Gunakan topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM dan JPJ. Topi tutup
penuh lebih menjaminkan dimana ia mampu menahan hentakan kuat kepada
kepala akibat terjatuh daripada motosikal. Kemaskan dan ketatkan agar
ia tidak mudah tertanggal.
Perlindungan kepala adalah faktor penting bagi menentukan hidup dan
mati. Kemungkinan kepala akan terhentak sewaktu jatuh daripada
motosikal adalah tinggi berbanding dengan kenderaan lain. Banyak
kematian adalah kerana kecederaan di kepala dan ia boleh dikurangkan
hanya dengan mengetatkan ikatan topi keledar. Fikirkanlah.
- Gunakan pelindungan muka yang cerah dan ia sentiasa dibersihkan.
Gangguan habuk pada mata sering mengganggu tumpuan pemanduan.
- Pakai pakaian yang sesuai dan memakai jaket adalah digalakkan. Jika
dapat gunakan jaket kulit. Jaket dapat melindungi badan daripada
serpihan batu atau terbangan lain. Dapatkan jaket yang cerah dan mudah
dilihat daripada jauh. Memakai baju keselamatan kuning atau oren
adalah digalakan.
Dengan perjalanan jauh balik raya, lebihkan belanja membeli jaket
keselamatan.
- Pakai kasut yang menutup seluruh kaki. Pakai kasut yang tebal
tapaknya dan berstokin. Kemaskan ikatan supaya kasut tidak mudah
tertanggal. Cara dan bagaimana kaki membantu mengimbangkan badan
bergantung kepada kasut yang bersesuaian.
Kecederaan pada tapak kaki dapat dielakkan sekiranya memakai kasut
yang sesuai dan tebal kerana dalam keadaan untuk mengimbangkan badan
kaki memainkan peranan. Selipar atau capal hanya lagi menyusahkan dan
boleh menjadi punca kemalangan atau kecederaan yang lagi serius.
- Gunakan sarung tangan. Ia banyak membantu mengurangkan kebas dan
kesakitan tangan sewaktu perjalanan jauh. Berhenti untuk senaman
ringan untuk hilangkan kebas dan sakit-sakit badan.
- Memakai lapik lutut dan siku adalah digalakkan bagi mengurangkan
kecederaan pada bahagian tersebut sekiranya terjatuh.
- Mengantuk dan keletihan merupakan satu lagi punca kemalangan. Kita
boleh terlelap walaupun kita berusaha untuk bertahan dan menahan
mengantuk. Inilah antara punca berlaku kenderaan terbabas. REHAT.
Sekali lagi. REHAT. Cukupkan sekurangnya 4 jam tidur yang lena. Dekat
macam mana perjalanan anda atau cepat macam mana mahu dituju
perjalanan, rehat adalah penting.
Jika sewaktu perjalanan rasa mengantuk atau menguap, cepat-cepatlah
cari tempat berhenti dan lelapkan sekejap mata. Jangan bertangguh atau
mungkin anda akan lelap selamanya.
_________________
Pemandu Kenderaan
_________________
Kepada kenderaan lain, kerja sama untuk memastikan keselamatan
penunggang motosikal di jalan raya adalah tanggung jawab bersama. Jika
anda mahu orang lain berhati-hati di jalan raya maka ia sepatutnya
bermula dari anda.
- Cukup rehat adalah perkara paling utama. Dengan rehat dan tidur yang
cukup membolehkan keputusan dibuat dengan baik. Badan yang letih dan
mengantuk, hanya emosi yang membuat keputusan. Seperti mana apa yang
ditulis diatas ia juga turut merangkumi pemandu kenderaan.
Cukupkan tidur sekurangnya 4 jam. Tidur dengan lena dan tanpa
gangguan. Sekiranya dalam perjalanan menguap dan mengantuk. Berhenti
dan lelapkan mata. Lelap sekejap sudah boleh hilangkan rasa mengantuk.
Bila badan dan otak minta rehat, bagi ia rehat. Jangan jadikan Hari
Raya satu hari tangisan buat keluarga tersayang.
- Rancang perjalanan anda. Dengan kesesakan yang berlaku di jalan
raya, pengetahuan tentang jalan yang sesuai adalah penting. Pastikan
anda tahu dimana kawasan rehat dan rawat, dimana hendak isikan minyak,
dimana tempat makan yang sesuai, hospital dan yang paling penting tandas.
- Pastikan perkara yang boleh mengganggu diselesaikan. Jika lapar,
makan. Sahur perlu jika perjalanan siang sewaktu bulan Ramadhan. Buang
air dahulu, kosongkan pundi kencing atau perut. Kesesakan boleh
melambat perjalanan ke tandas dan ini menambahkan lagi stres. Anda
perlu kurangkan stres.
- Pastikan kenderaan diperiksa. Minyak hitam ditukar. Air pada
radiator ditukar dan ditambah pada tahap yang disyorkan. Bateri
kenderaan sekiranya lebih setahun sepatutnya ditukar. Jangan tunggu
sehingga kenderaan bateri akhir hayat, baru hendak tukar. Sekiranya
ini berlaku, Ia bukan setakat mengganggu perjalanan malah anda boleh
menghadapi bayaran yang mahal.
Isikan tangki minyak penuh bermula awal perjalanan lagi.
- Pakai tali pinggang kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda.
Galakkan penumpang memakai tali pinggang. Pastikan anak-anak kecil
duduk dalam kerusi keselamatan khas. Buat sesuatu agar anak-anak kecil
boleh duduk dalam kerusi keselamatan, lekakan dengan permainan atau
pastikan perkara penting mereka tidak tertinggal (contohnya bantal
busuk dan puting).
- Pastikan keselamatan kenderaan sewaktu berhenti dan meninggalkannya.
Kunci dan jangan tinggalkan barang-barang berharga di dalam kereta.
- Semua pemandu kenderaan sepatutnya tahu cara-cara pertolongan
kecemasan dan menyimpan peti perubatan dalam kenderaan. Ambil
perhatian bagaimana untuk menghadapi kecederaan serius seperti patah
terutama patah tengkuk dan tulang belakang. Belajar tanda-tandanya.
- pastikan telepon bimbit boleh berfungsi. Bateri telah dicas.
- Jangan pasang lampu tinggi sekiranya ada kenderaan datang daripada
berlawanan arah. Ia mengganggu dan memang ada yang akan menyumpah
anda. Biarlah kita sentiasa didoakan dengan perkataan yang baik.
- Pastikan kenderaan di pandu dalam had laju yang dibenarkan. Miskipun
anda tidak nampak polis namun peralatan perangkap laju sekarang adalah
canggih. Dalam keadaan malam dan siang ia mampu untuk mengambil gambar
dan kelajuan kenderaan anda.
- Sekiranya hujan lebat atau kabus tebal, perlahankan kenderaan dan
nyalakan lampu depan tetapi JANGAN nyalakan lampu kecemasan. Ia hanya
mengelirukan pemandu yang lain. Adalah penting untuk perlahankan
kenderaan. Tayar berkesan pada tahap yang berbeza pada keadaan cuaca
yang berbeza. Basah dan lembab mengurangkan kesan cengkaman.
- Jarakkan kenderaan dan amalkan kiraan dua saat. Tindakan menekan
brek, Tindak balas otak daripada mata sehinggalah arahan kepada kaki
menekan brek mengambil masa 18 milisaat (lebih 1 saat). Kenderaan
sudah berlanggar sewaktu brek baru ditekan sekiranya jarak dua saat
tidak diamalkan.
- dan tolong jangan ambil ruang dua saat kenderaan orang lain. Ini
hanya timbul rasa marah dan meninggalkan kesan tiada siapa yang mahu
amalkan jarak dua saat kerana sikap pemandu yang ambil ruang jarak ini.
- Gunakan cermin untuk melihat kenderaan lain di belakang dan berikan
lampu isyarat awal (sekurang lebih daripada lima saat) sewaktu menukar
haluan atau kedudukan kenderaan.
____________________________
Sekiranya kemalangan berlaku
____________________________
- Jangan panik dan cuba tenangkan diri dan mereka yang berada di dalam
kenderaan anda.
- Matikan enjin kenderaan dan pastikan kenderaan selamat. Sekiranya
ada kebocoran minyak dengan segera tinggalkan kenderaan.
Pastikan anda dan penumpang menunggu di belakang penghadang jalan,
bawa dokumen atau barang berharga sekali, sekiranya boleh. Pastikan
penumpang semua cukup tiada yang tertinggal di dalam kenderaan.
Bagitahu orang ramai sekiranya ada yang tertinggal untuk membolehkan
orang ramai memberikan bantuan.
- Sekiranya ada kecederaan dengan segera telepon 999 untuk mendapatkan
bantuan. Sekiranya anda berada di atas lebuh raya bertol, dapatkan
nombor telepon perkhidmatan ronda dan turut telepon mereka untuk bantuan.
Telepon juga keluarga atau orang lain untuk mendapatkan nasihat dan
bantuan. Dalam keadaan panik, kita mudah terkeliru dan rasa tidak
boleh berbuat apa-apa.
Periksa diri dan penumpang untuk sebarang kecederaan terutama
kecederaan dalaman. Pastikan tiada bengkak-bengkak pada badan,
berdarah hidung atau telinga. Mungkin anda cedera kecil namun tidak
salah ambil langkah berjaga-jaga. Baring atau duduk dan rehat.
Sekali lagi Pastikan kenderaan dan keadaan sekeliling selamat. Jangan
alihkan mereka yang mengalami kecederaan berat dan serius. Sila tunggu
mereka yang berkelayakan dalam perubatan untuk berbuat sesuatu.
Pastikan mereka yang cedera dalam keadaan selesa dan selamat. TETAPI
* Alihkan dengan berhati-hati sekiranya keadaan kenderaan tidak
selamat. Ambil perhatian sebarang patah, terutama patah leher dan
tulang belakang kerana cara alihan yang salah boleh burukkan keadaan.
Perhatikan sebarang kebocoran minyak dan pastikan tiada yang merokok
di tempat kemalangan.
* Berlaku pendarahan yang serius. Ambil langkah untuk menghentikan
pendarahan dan segera bawa ke hospital.
* Keadaan atau tempat yang tidak membolehkan ambulan untuk sampai
dengan cepat. Setiap saat adalah nyawa bagi yang tercedera. 10 minit
adalah lambat.
* Sekiranya rasa ragu keadaan mereka yang cedera atau dalam membuat
keputusan, bawa mereka yang cedera, segera ke hospital.
- Alihkan kenderaan sekiranya tiada berlaku kecederaan. Alihkan
kenderaan ke tempat yang selamat dan tidak mengganggu lalu lintas,
sekiranya boleh.
- Ambil perhatian keadaan kenderaan dan kedudukan kenderaan sebelum ia
dialihkan. Cuba lakarkan kawasan kemalangan, kedudukan kenderaan yang
terlibat dalam kemalangan, ambil gambar persekitaran, keadaan
kenderaan dan sebarang kesan kemalangan di atas jalan raya atau
sekitarnya.
Notakan masa dan tarikh kemalangan, nama jalan dan kilometer yang ke
berapa kemalangan berlaku. Catatkan nama tempat, bandar atau kampung
yang berdekatan.
- Dapatkan maklumat pemandu kenderaan lain yang terlibat seperti nama,
no kad pengenalan dan alamat. Jangan lupa nombor telepon hubungan.
- Catatkan jenis kenderaan, model, warna kenderaan dan nombor plat
kenderaan.
- Dapatkan maklumat saksi, seperti penumpang kenderaan yang terlibat
dalam kemalangan.
- Bertukar-tukar maklumat mengenai insuran atau takaful. Jangan
bincangkan salah siapa, biarkan polis dan syarikat insuran dan takaful
menjalankan siasatan.
- Pastikan kenderaan dihantar kepada bengkel yang diiktirafkan oleh
syarikat takaful atau insuran anda. Telepon mereka untuk mendapatkan
maklumat tentangnya.
- Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
- Laporkan kemalangan kepada syarikat Insuran dan Takaful anda
walaupun anda tidak mahu membuat tuntutan. Pihak lain yang terlibat
dalam kemalangan mungkin membuat tuntutan terhadap insuran atau
takaful anda. Anda perlu pastikan apa yang dituntut atau anda boeh
kehilangan NCD.
Lagi maklumat di http://www.insuranceinfo.com.my/
Berhati-hati di jalan raya, pandu dengan sabar dan hikmah. Pastikan
anda rehat dan tidur yang cukup. Anda sebagai penumpang perlu
memastikan pemandu kenderaan dalam keadaan cukup rehat. Anda sebagai
kawan, sahabat, ahli keluarga sila pastikan penunggang motosikal
mematuhi langkah keselamatan.
Laman Rujukan :-
http://www.panducermat.org.my/
Jom kita capai sifar kemalangan.
Artikel Sebelum ini :
Berjimat Sempena Raya
http://www.wanita.us/jimatraya.php
Jimat Minyak Petrol
http://www.wanita.us/jimat-minyak-petrol.php
Berjimat Dengan Menjaga Kesihatan
http://www.wanita.us/jimat-sihat.php
Lain-lain Tips dan artikel
http://tipswanitasihat.blogspot.com/
Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php
19OKT2006
--- Iklan
Dapatkan Kad Raya Dan Depavali di
http://www.wanita.us/ecard.php
Duit Adsense semua boleh lakukan
http://www.wanita.us/adsense.php
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/