Ekzema bukan disebabkan kuman EKZEMA adalah inflamasi kulit yang menyebabkan kulit gatal, bertukar merah dan kadang-kadang boleh berair. Selalunya ekzema disebabkan kulit yang terlalu sensitif tetapi ada banyak sebab lain boleh menyebabkan ekzema berlaku.
========================================================== http://www.biovco.com/my Dapatkan lebih banyak info kesihatan secara PERCUMA setiap Minggu terus melalui email. Fowardkan email ini kepada 5 rakan dan cc ke : [EMAIL PROTECTED] ========================================================== Anda sebagai ibu bapa mungkin tertanya di bahagian kulit mana ekzema sering terjadi. Secara amnya bergantung kepada usia kanak-kanak itu. Bagi bayi kebanyakannya berlaku di bahagian kulit kepala, muka, tangan dan kaki. Bagi kanak-kanak prasekolah di bahagian pelipat sendi tangan dan kaki. Masalah ekzema kanak-kanak sering berlaku sebelum umur lima tahun. Dengan kekerapan lebih kurang 15 peratus kanak-kanak mengalaminya. Apabila kanak-kanak mencapai usia enam tahun lebih kurang 50 peratus daripada mereka akan pulih dari ekzema. Sebanyak 10 peratus daripada kanak kanak ini akan terus mengalami masalah ekzema dan selalunya kanak-kanak ini akan mengalami masalah kekeringan kulit dan kulit sensitif. Bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak mengalami ekzema kerana ia adalah masalah keturunan. Kelazimannya ia berlaku kepada keluarga yang mengalami masalah resdung, lelah dan juga ekzema. Lebih kurang 80 peratus daripada kanak-kanak yang ibu bapanya mengalami masalah ekzema juga akan mengalami masalah ekzema. Bagaimanapun, meskipun tiada ahli keluarga yang mengalami masalah ekzema, sesetengah kanak-kanak boleh juga mengalami masalah itu. Oleh kerana alahan adalah salah satu faktor ekzema, kanak-kanak ini juga boleh mengalami masalah lain seperti lelah dan resdung (allery sinusitis) Adakah ekzema boleh berjangkit? Tidak. Ekzema bukan disebabkan kuman. Kelazimannya ekzema disebabkan kulit yang terlalu sensitif dan bahan-bahan seperti hama habuk (house dust mites), bulu haiwan seperti kucing dan anjing juga boleh menyebabkan ekzema Sesetengah makanan boleh menyebabkan ekzema. Jenis makanan yang boleh menyebabkan ekzema adalah berbeza dan tidak khusus. Bagaimana mengurangkan kanak-kanak menggaru ? Menggaru adalah rasmi utama bagi kanak-kanak yang mengalami ekzema. Ini disebabkan kegatalan yang berlaku dengan masalah ekzema. Bagaimanapun dengan menggaru bukan saja ia tidak memberhentikan kegatalan tetapi menyebabkan terasa lebih gatal dan juga menyebabkan inflamasi kulit iaitu kulit menjadi bengkak, merah dan juga luka. Kadangkala menyebabkan jangkitan kuman. Oleh itu cara utama mengurangkan kanak-kanak menggaru adalah dengan mengurangkan kegatalan. Menggunakan krim pelembap adalah cara utama mengawal ekzema. Krim pelembap ini boleh di dapati dari farmasi dan tidak memerlukan priskripsi doktor. Penggunaan krim pelembap dengan banyak terutama selepas mandi akan mengawal masalah ekzema. Beberapa perkara boleh menyebabkan ekzema bertambah buruk seperti sabun pambasuh, jenis pakaian seperti kain sintetik atau wool, keadaan persekitaran yang kering, peluh dan suhu yang panas. Dengan mengetahui perkara yang menyebabkan ekzema bertambah bagi anak anda, ia boleh membantu mengelakkan dan mengawalnya. Cara pengawalan ekzema. a)Pastikan pakaian diperbuat daripada kapas. Pakaian dari jenis lain mungkin menyebabkan ekzema bertambah buruk. b)Penggunaan sabun yang berlebihan untuk mencuci pakaian boleh menyebabkan ekzema, dengan itu pastikan pakaian dibilas dua kali atau elakkan penggunaan bleech c) Untuk mengelakkan hama habuk, penggunaan pengalas yang boleh mengurangkan hama habuk, penggunaan vaccum cleaner yang mempunyai kuasa penyedut yang tinggi atau house dust mite spray boleh mengurangkan masalah ekzema. Cara mengawal ekzema di sekolah a)Pastikan anak anda tidak duduk di kawasan terlalu panas b)Pakai pakaian sekolah yang diperbuat dari kapas c)Terlalu aktif disebabkan berpeluh dengan banyak boleh menyebabkan ekzema d)Air garam atau berklorin mungkin menyebabkan ekzema bertambah e)Makanan yang boleh menyebabkan ekzema bertambah sepatutnya dielakkan. f)Elakkan dari menggaru di sekolah http://www.biovco.com/my ========================================================== Testimoni Pengguna : RUAM LAMPIN Assalamualaikum, Saya mempunyai anak perempuan berusia 1 tahun 3 bulan. Sebelum ini anak saya mengalami ruam di bahagian punggungnya. Pada mulanya saya sangka kan mungkin sesetengah pampers tidak sesuai untuknya. Saya pun menukar ke pelbagai jenama dari murah hingga le yg mahal. Malah ruamnya bertambah teruk (merah) dan merebak di celah kelangkangnya. Pedih saya melihatnya. Telah beberapa kali saya ke klinik pakar kanak-kanak bagi menangani masalah ini, hinggalah ke satu tahap bukan lagi ruam tapi kulat atau fungus telah dijangkiti. Doktor menasihati saya agar di rumah membiarkan anak saya memakai seluar shj tanpa pampers ataupun memakai napkin yg di tukar setiap kali basah agar pengeluaran udara boleh berfungsi dengan baik dan jika di jangkitan ruam ini, doktor menasihati agar tidak menggunakan bedak "powder" atau tepung ubi di sapu di bahagian tersebut. Kulat akan lebih mudah merebak.Penggunaan cream yg di berikan oleh klinik juga tidak berapa berkesan. Sekejap hilang sekejap muncul balik ruam tersebut. Hinggalah satu ketika saya mendapat email dari saudara Mohd Johari berkenaan produk Biovco 4 bulan lepas. Saya terus mencubanya dimana setiap kali saya menukar pampers anak saya, akan saya sapukan minyak Biovco ini di bahagian ruam nya itu. Alhamdullilah keberkesanannya dapat di lihat dalam masa 1 minggu shj. Ruam dan kesan bintik-bintik kemerahan hilang sedikit demi sedikit tanpa meninggalkan parut. Malah hingga kini setelah mengenali produk Biocvo dan dengan keizinan Allah juga, anak saya tidak lagi di jangkiti ruam, walaupun saya hanya menggunakan produk Biovco selama 2 minggu sahaja. Terima kasih, Puan Suhaiza Shahrani Prai, Pulau Pinang. Lain-lain Testimoni : http://www.biovco.com/testimoni2.html ==================================================================== Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum duji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. ** Harap maklum ==================================================================== Apa kata pelanggan, From: mama mia <[EMAIL PROTECTED]> To: [EMAIL PROTECTED] Date: Oct 30, 2006 8:07 PM Subject: Re: Maynetwork : Pengesahan Penerimaan Pembayaran Assalamualaikum En. Md. Johari, Maaf lambat reply. Saya telahpun menerima barang tempahan yang saya buat melalui online. Begitu effektif & tidak perlu menunggu lama. Sebaik sahaja bayaran dibuat, saya menerima barang tempahan pada keesokkan harinya. Syabas & inilah dikatakan 'Melayu Hebat'. Bak kata orang putih "Effective & Reliable"! Tahniah & Semoga Terus Berjaya. Raja Noor Ima Bt Raja Ibrahim Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur ========================================================== http://www.biovco.com/my Minyak Kelapa Dara "BIOVCO" dihasilkan melalui kaedah bioteknologi, tanpa bahan pengawet dan bahan kimia, 100% Organik dan tiada kesan sampingan. Tidak melalui proses penyulingan secara kimia untuk menjernihkannya. Hanya RM30.00 Sebotol Semenanjung / RM35.00 Sabah & S'wak Kos penghantaran PERCUMA menggunakan Pos Laju kerumah atau pejabat Kandungan 1 botol (120ml) BELI SEKARANG !!! : http://www.biovco.com/pembelian.html atau dapatkan no akaun untuk membuat pembelian & pembayaran melalui email di : [EMAIL PROTECTED] Hubungi : 06-6780544 / 013-3014262 / [EMAIL PROTECTED] http://www.biovco.com/my ========================================================== IK061106-YG0625 ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

