Oleh Datuk Rejal Arbee: Sultan Johor mahu tambak
dirobohkan
Sunday, November 05 
http://www.beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5521

Kini jelas sudah rakyat Johor sememangnya mahukan
jambatan menggantikan tambak yang menghubungi Johor
Baru dengan Woodlands di Singapura. Baginda Sultan
Iskandar tanpa berselindung lagi telah menyatakan
dikhalayak ramai bahawa baginda mahu tambak itu
dirobohkan.

Baginda memberi gambaran bahawa tambak itu telah
sengaja didirikan penjajah British pada tahun 1920
untuk menyekat lalu lintas kapal di selat itu dan
dengan itu telah menjamin kejayaan pelabuhan Keppel di
Singapura.

Baginda mahukan kapal boleh merintasi Selat Tebrau
kembali dan airnya dapat mengalir dari timur ke barat
dan sebaliknya. Ini juga membolehkan pencemaran air
yang tersekat kerana di halang tambak itu diatasi.
Baginda juga menyatakan bahawa lambang peninggalan
penjajah yang telah menipu negara sudah tidak patut
wujud lagi.

Titah baginda itu dibuat di hadapan Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beribu rakyat
Johor yang hadir ketika merasmikan Wilayah Pembangunan
Iskandar (Wilayah Ekonomi Johor Selatan) pagi Sabtu
lalu (4hb Nov). Ungkapan secara spontannya itu telah
disambut dengan tepukan gemuruh oleh lebih 3,000
rakyat yang menghadiri upacara itu. 

Malah titah baginda didengar oleh seluruh negara
berkat siaran langsung oleh RTM 1 dan TV3. 

Malangnya titah baginda itu tidak pula diberikan
liputan yang sewajarnya oleh akhbar-akhbar perdana
hari ini. New Sunday Times memasukkanya sebagai panel
bawah di muka lapannya, Berita Minggu hanya berita
yang agak ringkas satu kolum di muka dua sebagaimana
juga Sunday Star satu kolum di muka tiga. Hanya
Mingguan Malaysia memberikan sedikit tonjolan sebagai
berita panel atas di muka duanya. 

Demikianlah sikap akhbar-akhbar perdana kita mengenai
suatu perkembangan yang jelas sekali menunjukkan
betapa tidak popularnya keputusan kerajaan pimpinan
Pak Lah membatalkan pembinaan jambatan itu walaupun
kerja-kerja permulaan sudah pun dilaksanakan pada
bulan-bulan akhir pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Baginda tidak pula menyebut secara terperinci apakah
hanya separuh saja daripada tambak itu (ia itu yang
berada dalam wilayah Malaysia) perlu diroboh. Tetapi
kiranya alasan merobohkannya adalah untuk menghapuskan
lambang penjajahan tentunya baginda bermaksud
keseluruhan tambak itu dirobohkan. Dan bolehlah kita
simpulkan bahawa apa yang baginda mahukan ialah
jambatan lurus dibina menggantikan tambak itu. 

Apakah yang boleh diharapkan dari kerajaan Pak Lah
sendiri serta juga Pemerintah Singapura hasil dari
kenyataan spontan Baginda Sultan Johor itu? Ramai
tidak memberikan harapan yang besar tambak itu akan
digantikan dengan jambatan dalam tempoh terdekat ini.

Walaupun kita mengetahui Kerajaan Singapura tidak mahu
mengecilkan hati baginda Sultan malah sentiasa dilihat
mahu mengampu Baginda reaksi awalnya tidak memberikan
tanda-tanda baik ia akan ubah sikap degilnya.
Kementerian Luarnya menyatakan titah baginda itu tidak
mencerminkan kehendak kerajaan pusat. Malah ia
menyifatkan titah baginda sebagai ‘pelik’.

Persoalannya sekarang ialah apakah yang akan dilakukan
Pak Lah? Sultan sudahpun menyatakan hasratnya. Apakah
penasihat-penasihat Pak Lah yang gemar tunduk kepada
kehendak republik sekangkang kera itu akan akur dengan
kehendak baginda Sultan atau apakah mereka tidak akan
menghiraukannya?

Hendaknya jangan pula mereka timbulkan kembali
penjualan pasir dan kebenaran jet-jet pejuang republik
itu melintasi ruang udara kita sebagai pemberian
kepada Singapura bagi mendapatkan persetujuannya
membina jambatan.

Tetapi jika dilihat dari reaksi awal Menteri Luar,
Datuk Seri Syed Abdul Hamid Albar, seorang anak Johor,
tidak banyak yang boleh diharapkan. Kerajaan Pak Lah
mungkin tidak akan menghiraukan sangat titah baginda
itu. Sama-samalah kita lihat perkembangannya.

Sebagai perspektif terhadap persoalan ini, dilampirkan
artikel saya pada 18 April untuk kolum saya di Berita
Harian (pada hari Rabu 19 April) tetapi telah di tarik
keluar (tidak disiarkan) pada saat-saat akhir oleh
pengurusan editorial The New Straits Times. Artikel
ini kemudian di siarkan oleh blog Datuk Kadir Jasin
pada 19 April dan lamanweb Berita Kmu pada 20 April.
 
Rejal

05. 11. 06 



     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   





 
____________________________________________________________________________________
We have the perfect Group for you. Check out the handy changes to Yahoo! Groups 
(http://groups.yahoo.com)



///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke