Wa'alaikumSalam wbrth

Alhamdulillah. Masih ada yang sudi membantu saudaranya
didalam kesempitan.

Disertakan No Akaum Bumiputra Commerce :
01180000476057 ( Dr Hishamudin
Alham ).

Untuk yang memberinya sebagai pinjaman, simpanlah
resit teserbut untuk
memudahkan urusan pemulangan balik pinjaman tersebut.

Kepada yang diberikan Allah SWT kelapangan rezeki lagi
sudi membantu orang2
yang kesempitan, Semoga Allah SWT menambahlah lagi
rezeki anda dan
keberkatannya. Amin.

WAllahua'lam
Wassalam
Hizamri

----- Original Message ----- 
From: "Dr Hishamuddin Alham" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Hizamri Johari" <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, November 06, 2006 7:19 PM
Subject: Re: BDH - Mohon bantuan dari yang mampu


> Assalamualaikum wrt
>
> Satu cadangan yang baik.
>
> Nanti saya advertisekan perkembangannya. Buat masa
ini
> ada seorang hamba Allah dari Jeddah boleh
mendahulukan
> RM6,000.00 Alhamdulillah. SUdah dimasukkan dalam
akaun
> tunggu clearance. So sekarang ini perlu lagi RM4,000
> Insya Allah.
>
> Boleh guna nombor akaun saya: Bank Bumiputra
Commerce
> 01180000476057
>
> Terima kasih
>
> Wassalam
>
> Dr Hishamuddin Alham
>
> --- Hizamri Johari <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>> Assalamu'alaikum wbrth.
>>
>> Rasanya kalau nak derma/pinjam RM10k terus tu susah
>> la sikit.
>>
>> Tapi kalau boleh bagi nombor akaun, untuk didemakan
>> seorang sedikit tu mungkin lebih mudah. Dan
>> kebanyakannya mungkin tidak perlu dipulangkan
balik.
>>
>> WAllahua'lam
>> Wassalam
>> Hizamri
>>
>>


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang
direjam
Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang

[2.261] Bandingan (derma) orang-orang yang
membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan tujuh
tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi
seratus biji. Dan
(ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi
sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat)
kurniaNya, lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya.

[2.262] Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada
jalan (ugama) Allah,
kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka
belanjakan itu dengan
perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak
pula menyinggung atau
menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala
di sisi Tuhan mereka,
dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian
yang tidak baik)
terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita.

[2.263] (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan
perkataan yang baik dan
memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik
daripada sedekah (pemberian)
yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang)
menyakitkan hati. Dan
(ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

[2.264] Wahai orang-orang yang beriman! Jangan
rosakkan (pahala amal)
sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan
(kelakuan yang)
menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah)
orang yang membelanjakan
hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia
(riak), dan ia pula
tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka
bandingan orang itu ialah
seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian
batu itu ditimpa
hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak
bertanah lagi).
(Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan
riak itu) mereka tidak
akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang
mereka usahakan. Dan
(ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada
kaum yang kafir.

[2.265] Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan
hartanya kerana mencari
keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan
perasaan ikhlas) yang timbul
dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di
tempat yang tinggi, yang
ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua
kali ganda. Kalau ia
tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun
(cukup untuk
menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat
akan apa yang kamu
lakukan.

[2.266] Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai
sebuah kebun dari
pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai,
ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis
buah-buahan, sedang ia sudah
tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil,
lalu kebun itu diserang
oleh angin taufan yang membawa api sehingga
terbakarlah ia ? Demikianlah
Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan,
supaya kamu berfikir
(dan mengambil iktibar).

[2.267] Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah
(pada jalan Allah)
sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan
sebahagian dari apa
yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan
janganlah kamu sengaja memilih
yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu
jadikan pemberian
zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan
mengambil yang buruk itu
(kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan
memejamkan mata padanya. Dan
ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi
sentiasa Terpuji.

[2.268] Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan)
kamu dengan kemiskinan
dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan
ia menyuruh kamu
melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil
kedekut); sedang Allah
menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta
kelebihan kurniaNya.
Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi
sentiasa Meliputi
PengetahuanNya.

[2.269] Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu
yang berguna) kepada
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang
ditentukanNya). Dan sesiapa
yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah
diberikan kebaikan yang
banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran
(dan peringatan)
melainkan orang-orang yang menggunakan akal
fikirannya.

[2.270] Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu
belanjakan (dermakan) atau
apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah
mengetahuiNya dan
(ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada
sesiapa pun yang dapat
menolongnya.

[2.271] Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu
(secara terang), maka yang
demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang
baik). Dan kalau pula kamu
sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan
kepada orang-orang fakir
miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan
menghapuskan dari
kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan
(ingatlah), Allah Maha
Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

SodaqAllahul'Adzim




 
____________________________________________________________________________________
Sponsored Link

Try Netflix today! With plans starting at only $5.99 a month what are you 
waiting for?
http://www.netflix.com/Signup?mqso=80010030


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke