(Jangan harapkan kerajaan, ahli korporat atau Majlis
Agama semata-mata membantu mereka ini, kita umat Islam
semua harus bangkit membantu orang sekeliling kita
secara individu, melalui AJK Masjid/Surau, melalui
parti politik, melalui Persartuan/NGO dan sebagainya.
Kami sudah mula melakukan usaha ini, anda bagaimana ?)

Oleh Salman Hussin  MUAR, 7 Nov (Hrkh) -  Kira-kira
300 hingga 400 peniaga Islam di sekitar Muar
dikhuatiri terpengaruh dengan tawaran pihak tertentu
yang bertujuan untuk memesongkan akidah mereka.

Pihak tersebut menawarkan secara percuma bantuan
kewangan sehingga RM 50,000 kepada peniaga Islam yang
gagal membayar hutang Tai Long atau along dengan
syarat mereka perlu mengisi borang yang disediakan
pihak berkenaan.

Kebanyakan peniaga terbabit berhutang dengan along
sekitar RM15,000, bagaimana pun disebabkan kadar
faedah yang tinggi iaitu 15 hingga 30 peratus yang
dikenakan secara harian menyebabkan hutang mereka
meningkat secara mendadak sehingga mencecah RM 50,000
dalam masa beberapa bulan sahaja.

"Kita percaya pihak-pihak tertentu yang cuba
merosakkan akidah umat Islam ini mempunyai hubungan
dengan along, kalau tidak macam mana mereka boleh
mengesan peminjam yang gagal membayar hutang along
ini," kata wakil peniaga terbabit yang ditemui
Harakah, baru-baru ini.

Beliau yang enggan identitinya didedahkan seterusnya
memberitahu, ”Walaupun pihak terbabit tidak memaksa
kami menukar agama kepada Kristian tetapi lambing
salib pada borang berkenaan telah menimbulkan keraguan
kami”.

“Sekiranya kami menerima tawaran ini dan mengisi
borang tersebut maka dikhuatiri akidah kami akan
rosak, inilah perancangan halus yang dilakukan
pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk merosakkan
akidah umat Islam”.

“Bagi mereka tidak perlu seseorang Islam itu menukar
agama atau nama mereka secara rasmi sebaliknya memadai
dengan merosakkan akidah mereka terlebih dahulu, sebab
apabila akidah sudah rosak maka mudahlah bagi mereka
menjalankan agenda seterusnya,” jelasnya lagi.

Menurut sumber itu lagi, mereka merasa sangat kesal
dengan sikap pihak-pihak tertentu seperti wakil
rakyat, KWSP, Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Muar
dan juga Baitulmal yang gagal membantu menyelesaikan
masalah mereka.

“Apa yang berlaku ini bukan sekadar masalah hutang
semata-mata tetapi ianya melibatkan soal akidah umat
Islam, jika pihak terbabit gagal memberi bantuan
dikhuatiri ada kalangan peniaga yang hilang
pertimbangan dan mencari jalan mudah walaupun terpaksa
menggadaikan akidah mereka”.

“Kami meminjam dengan along pun bukan kerana suka-suka
tetapi disebabkan kelembapan ekonomi yang menyebabkan
perniagaan kami merosot, nak pinjam dengan institusi
kewangan kerajaan atau swasta pun susah sebab itu kami
terpaksa meminjam dengan along.

Bagaimana pun menurut sumber itu lagi, setakat ini
belum ada seorang pun peniaga Islam di Muar yang
dikesan menerima tawaran ini sebaliknya sumber-sumber
tertentu mendakwa terdapat kira-kira 1,000 permohonan
umat Islam di daerah ini menukar agama bertujuan untuk
berkahwin dengan penganut agama lain.

Sehubungan itu beliau merayu usahawan dan jutawan
Islam memberi bantuan bagi menyelamatkan akidah
peniaga daripada ancaman along dan juga pihak yang
berusaha untuk merosakkan akidah golongan peniaga
Islam di Muar ini.

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=5081&Itemid=29


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   






 
____________________________________________________________________________________
Sponsored Link

Degrees online in as fast as 1 Yr - MBA, Bachelor's, Master's, Associate
Click now to apply http://yahoo.degrees.info


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke