Assalamualaikum w.b.t, Beberapa tahun kebelakangan ini saya perhatikan ramai anak-anak yang baru dilahirkan diberi nama Danish dan Haikal. Dalam beberapa buah buku yang diterbitkan untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa memilih nama anak mereka, Danish (dal-alif-nun-ya-syin) diberi makna 'pengetahuan; yang bijak'. Setelah merujuk kepada beberapa buah kamus Bahasa Arab yang ada di rumah saya gagal menemui perkataan yang dinyatakan. Dalam bahasa Inggeris makna 'Danish' tentu kita semua sudah maklum - 'of Denmark and its people'.
Begitu juga dengan perkataan Haikal, ada yang memberi maksud 'yang subur' kepada perkataan ini. Apabila dirujuk kepada kamus Bahasa Arab Haikal bermaksud: 1) Skeleton 2) Framework 3) Synagogue Berikut antara maksud Haikal yang ada dalam internet-based dictionary: "The central chapel of the three forming the sanctuary of a Coptic church. It contains the high altar, and is usually closed by an embroidered curtain." Tak tahu pula kalau-kalau dua perkataan berkenaan mempunyai makna yang elok dalam kamus Tagalog, Rusia, Cossack, Urdu dan sebagainya namun saya masih ingat Haikal adalah satu jenama syampu yang pernah dipasarkan di Malaysia satu ketika dahulu. Berdasarkan hujah-hujah di atas, saya tidak nampak mengapa nama Danish dan Haikal patut menjadi pilihan sebagai nama anak-anak umat Islam. Mungkin ada yang merasakan isu yang saya timbulkan ini nampak remeh tapi saya berharap ada yang sudi beri pandangan mereka. Bagaimana pula dengan e-mail ini yang saya rasa mula tersebar tahun ini: >For your info most of us use the spelling MAKKAH as MECCA. >The Word MECCA means SHARAB KHANA or prostitute centre. >This is modified by ISLAM's enemies... >It's a huge plan, be careful write MAKKAH. >Don't write MECCA please... Please forward this by every means >of communication to each and every Muslim brother. Adakah kita sekarang sudah tergolong dalam kumpulan yang mudah membuat kesimpulan dan menyebarkan sesuatu tanpa membuat rujukan yang sewajarnya? Wallahua'lam. badiuz ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

