--- In [email protected], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Waalaikumussalam,

Haykal juga adalah nama penulis biografi Nabi s.a.w., Abu Bakar dan
Umar r.a dari Mesir. 

Lihat http://onlineislamicstore.com/b3826.html

wassalam

>
> 
> Assalamualaikum w.b.t, 
> 
> Beberapa tahun kebelakangan ini saya perhatikan ramai anak-anak
> yang baru dilahirkan diberi nama Danish dan Haikal.
> Dalam beberapa buah buku yang diterbitkan untuk dijadikan panduan
> kepada ibu bapa memilih nama anak mereka, Danish (dal-alif-nun-ya-syin)
> diberi makna 'pengetahuan; yang bijak'.
> Setelah merujuk kepada beberapa buah kamus Bahasa Arab
> yang ada di rumah saya gagal menemui perkataan yang dinyatakan.
> Dalam bahasa Inggeris makna 'Danish' tentu kita semua sudah
> maklum - 'of Denmark and its people'. 
> 
> Begitu juga dengan perkataan Haikal, ada yang memberi maksud
> 'yang subur' kepada perkataan ini. Apabila dirujuk kepada kamus
> Bahasa Arab Haikal bermaksud:
> 1) Skeleton
> 2) Framework
> 3) Synagogue
> Berikut antara maksud Haikal yang ada dalam internet-based dictionary:
> "The central chapel of the three forming the sanctuary of a Coptic
church.
> It contains the high altar, and is usually closed by an embroidered 
> curtain." 
> 
> Tak tahu pula kalau-kalau dua perkataan berkenaan mempunyai makna
> yang elok dalam kamus Tagalog, Rusia, Cossack, Urdu dan sebagainya
> namun saya masih ingat Haikal adalah satu jenama syampu yang pernah
> dipasarkan di Malaysia satu ketika dahulu. 
> 
> Berdasarkan hujah-hujah di atas, saya tidak nampak mengapa nama Danish
> dan Haikal patut menjadi pilihan sebagai nama anak-anak umat Islam. 
> 
> Mungkin ada yang merasakan isu yang saya timbulkan ini nampak remeh
> tapi saya berharap ada yang sudi beri pandangan mereka. 
> 
> Bagaimana pula dengan e-mail ini yang saya rasa mula tersebar
> tahun ini: 
> 
> >For your info most of us use the spelling MAKKAH as MECCA.
> >The Word MECCA means SHARAB KHANA or prostitute centre. 
> >This is modified by ISLAM's enemies...
> >It's a huge plan, be careful write MAKKAH.
> >Don't write MECCA please... Please forward this by every means 
> >of communication to each and every Muslim brother.
> 
> Adakah kita sekarang sudah tergolong dalam kumpulan yang mudah
> membuat kesimpulan dan menyebarkan sesuatu tanpa membuat
> rujukan yang sewajarnya? 
> 
> 
> Wallahua'lam. 
> 
> 
> badiuz
>





///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke