Dari Laman Web Datuk Ruhani Ahmad
http://kuda-kepang.blogspot.com/2006/11/berubahlah-sang-pemimpin-kata-pemuda.html

Berubahlah Sang Pemimpin Kata Pemuda Dari Johor….

Di bawah ini saya paparkan pula cetusan Rz, anak
seorang Ketua UMNO Bahagian di Johor.

Rz: Saya harap YABhg Tun Dr. Mahathir Muhamad
dilimpahkan rahmat supaya cepat sembuh.

Izinkan saya menyentuh komen suadara Hd. Saya tidak
terkejut dengan kenyataan dan komen Saudara kerana
dalam minggu ini saja telah beratus pemuda UMNO
cawangan di kampung saya sudahpun meninggalkan parti
keramat dan menyertai parti keAdilan.

Tidak dinafikan telah mencapai ribuan pemuda UMNO
aktif di kampung-kampung secara senyap telah
meninggalkan parti UMNO.

Saya berani memberikan kenyataan ini kerana di kampung
saya telah banyak pemuda UMNO tanpa segan meludah ke
tanah bila mendengar nama parti UMNO.

Saya amat kesal dan merasa amat sedih bila warga-warga
tua juga turut telah mengatakan mereka telah
meninggalkan parti kerana merasa bosan dengan
kepimpinan sekarang yang lebih utamakan menantunya dan
menghina bekas Presiden YABhg Tun.

Saya akui di kampung saya kini UMNO tidak sehebat
dahulu dan kemungkinan pilihanraya akan datang
menjanjikan kemenangan besar pada parti keAdilan atau
pun PAS.

Harapan saya agar pemimpin-pemimpin atasan berubah
sikap dan renungkan apa akan terjadi pada pilihanraya
akan datang ini.

Saya yakin dan percaya ramai masyarakat kampung saya
tidak akan memberikan undi kepada BN jika mereka tetap
menghina YABhg Tun dan menyokong tanpa erti pada
Presiden yang hanya mendengar kata nasihat menantunya
saja.

Akhir kata, saya mohon maaf seandainya terkasar bahasa
dan ada menyinggung perasaan sesiapa. - Dari Rz, anak
bekas Ketua UMNO Bahagian dari Johor Darul Takzim. -
10:28 PM

Sekali lagi, saya harap UMNO Malaysia akan memandang
serius cetusan di atas. Ini kerana ianya bukan fitnah
dan bukannya dakyah. Ianya adalah kenyataan semasa.

Selanjutnya, saya ucapkan terima kasih kepada Rz. Ya.
Saya dah baca nota khusus Saudara kepada saya. Sewaktu
Parit Raja di serang Parti IWAK atau Parti IKAN pada
1988, memang banyak kenangan manis dan pahit yang saya
perolehi.

Satu kenangan pahit ialah saya nyaris disimbah asid
oleh kumpulan IWAK. Keduanya, saya nyaris dipukul oleh
sekumpulan komando IWAK. Tapi tak apa. Semuanya demi
UMNO!

Pasal budak tu (yalah.. BUDAK TU) biarkanlkah!!! Apa
yang saya harap, Rz pujuk-pujuklah kawan-kawan dan
sahabat-sahabat kita yang tengah marah dan terbakar
hati akibat kepimpinan mutakhir.

Pantang anak Johor cepat mengaku kalah. Kita perlu
betulkan jemaah perjuangan kita dari dalam. Jadi, kita
ambillah iktibar daripada perjuangan kita
menghancurkan IWAK di Parit Raja. Bersatu teguh,
bercerai roboh. Biar putih tulang, jangan putih mata.
Patah saya bertongkat paruh, namun tetap terbang jua!
Salam takzim dan salam perjuangan daripada saya. –
Ruhanie Ahmad


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   





 
____________________________________________________________________________________
Cheap talk?
Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.
http://voice.yahoo.com


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke