22. ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG       BARA API
      
Ertinya:
Daripada Anas r.a.       bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada 
umat ku suatu zaman       di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana 
menggenggam bara       api".
      
H.R. Tirmizi       
            
Keterangan
Yang dimaksudkan       di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga 
sesiapa yang hendak       mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi 
kesusahan dan tentangan       yang sangat hebat. Kalau ia tidak 
bersungguh-sungguh, nescaya agamanya       terlepas dari genggamannya. Ini 
adalah disebabkan suasana disekelilingnya       tidak membantu untuk ia 
menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada       disekelilingnya 
mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara       yang dapat 
meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan       kefasiqan. 
lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan       tuntutan 
agamanya di samping tidak mendapat   kemudahan
 Poligami dan zinaBersama: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: Kaki kanan saya seumpama terpelesuk dalam lubang, yang sukar hendak 
ditarik keluar, biarpun kaki kiri masih di permukaan bumi, tetapi semakin tidak 
bermaya longlai.
Saya mempunyai isteri yang terpelajar dan berpendidikan agama. Rumah tangga 
kami asalnya begitu bahagia, tetapi setelah hampir 11 tahun, saya seumpama 
tidak sedar, macam mana saya boleh jatuh cinta dengan seorang gadis.
Secara berterangan saya memberitahu isteri yang saya ingin mengahwininya. 
Isteri saya tidak membantah atau setuju, tetapi menyuruh saya menceraikannya.
Masalah besar ialah apabila ibu saya tidak mengaku saya anaknya, kalau saya 
meneruskan hasrat untuk mengahwini gadis ini. Ibu bersikap demikian mungkin 
kerana ia merasa betapa akrabnya hubungan kami dua keluarga.
Saya mencari jalan keluar, memutuskan hubungan dengan gadis ini dan rasa amat 
kesal serta kecewa. Saya mula berjinak-jinak dengan dunia hiburan, tetapi 
berakhir dengan kehidupan yang langsung tidak saya duga sama sekali selama ini, 
iaitu melanggani pelacur kelas atasan.
Saya tahu dosa-dosa besar melakukan zina, tetapi saya benar-benar kecewa, 
kerana masyarakat memandang serong dan ganjil sesuatu yang halal, iaitu 
poligami. Tetapi menganggap sebagai “perkara biasa” terhadap dunia pelacuran 
atau persundalan. Masyarakat Islam perlu memahami hukum Islam yang berkaitan 
dengan poligami, sebagai satu jalan keluar mengatasi masalah zina. Pendapatan 
saya lebih daripada sembilan ribu ringgit setiap bulan.
– Lazim, KL
Jawapan: Islam mengharuskan poligami dengan syarat si suami berlaku adil 
terhadap isteri-isteri yang dikahwini. Adil yang berkaitan dengan harta seperti 
nafkah, urusan tempat tinggal, makanan, pakaian, giliran bermalam dan 
sebagainya termasuk yang berkaitan dengan anak. Lumrahnya, tanggungjawab ini di 
dalam keupayaan manusia.
Masalah utama yang saudara hadapi ialah isteri yang meminta diceraikan kalau 
mahu berkahwin lagi, manakala keluarga terutama kedua-dua ibu bapa menganggap 
saudara anak derhaka kalau berkahwin lagi satu.
Islam tidak mensyaratkan poligami mesti dengan izin isteri. Namun adalah sukar 
biarpun bukan mustahil untuk menyatakan adanya isteri yang boleh memberi izin 
kepada suaminya berkahwin lagi, biarpun seorang ustazah yang memahami bahawa 
Islam mengharuskan poligami. Tabiat semula jadi manusia, tidak mahu berkongsi 
kasih.
Tergambar dalam fikiran bagaimana si suami memadu kasih dengan madunya. Mungkin 
dalam mengingatinya kepala berdetap menjadi sakit, dunia gelap gelita. 
Tindakan suami mungkin boleh dianggap mencabar kesetiaannya selama ini, 
seolah-olah si suami telah “menduakannya” biarpun poligami itu diharuskan oleh 
Islam.
Islam tidak menggalakkan berpoligami, tetapi mengharuskannya sebagai salah satu 
jalan keluar mengatasi masalah seperti ketika isteri uzur, sakit dan tidak 
berupaya melayani naluri suami. Suami kuat nafsu dan sebagainya.
Namun tanpa alasan seperti ini, sekiranya seorang lelaki itu bernikah lagi, 
pernikahan itu tetap sah, asalkan semua syarat dan rukun perkahwinan itu 
dipenuhi.
Banyak orang berkahwin tanpa ada alasan seperti yang dijelaskan atau dorongan 
seperti ini, lebih-lebih lagi orang yang mempunyai banyak wang seperti saudara. 
Ia tetap sah dan tidak berdosa andainya sifat adil itu, ada pada diri dan 
berkeyakinan berupaya melaksanakannya.
Mungkin sukar untuk menyokong sikap seorang suami yang dikatakan menyintai 
isteri dan anak-anaknya, tetapi dalam masa yang sama bercinta dengan perempuan 
lain.
Namun begitu, ia bukan mustahil berlaku lebih-lebih lagi bagi orang yang 
mempunyai selera tinggi, sukakan yang cantik dan muda. Orang seperti ini 
kadang-kadang pada peringkat awal tidak minat sangat untuk berkahwin lagi, 
lebih-lebih lagi bagi yang banyak tugas dan sibuk, tetapi kerana naluri 
dalamannya tanpa disedari bila bermula, dia akhirnya terjebak ketika ‘bermain 
dengan api atau ombak’, menyebabkan jatuh kasih atau rasa simpati atau ihsan 
kerana kasih itu tidak ubah seumpama sekam dalam api.
Dalam masa yang sama dia tetap mengasihi isteri yang ada, sayang rumah tangga 
yang begitu lama dibina, juga anak-anak di rumah.
Izin isteri bukan merupakan syarat kesahihan pernikahan lelaki berpoligami. 
Bagi orang lelaki yang berusaha untuk berkahwin lagi, tetapi tertahan kerana 
sebab tertentu, terutamanya untuk mendapatkan keizinan isteri, akan melakukan 
pelbagia cara untuk melaksanakannya.
Terdapat kes suami menipu isteri untuk menurunkan tanda tangan, kahwin lari ke 
sempadan, kahwin yang dinikahkan oleh wali perempuan tanpa merujuk ke pejabat 
kadi dan sebagainya, termasuk melalui sindiket palsu.
Saudara mempunyai keupayaan untuk berkahwin lagi, tetapi terhalang kerana 
isteri meminta cerai, manakala ibu bapa menganggap saudara anak derhaka.
Tanpa melihat, sama ada pro atau kontra lelaki berpoligami, ketika berhadapan 
dengan situasi seperti yang saudara hadapi, seseorang itu mesti menghulurkan 
mesej syarie yang hakiki. Saudara mempunyai keupayaan dari segi kebendaan, 
seorang yang terpelajar dan mempunyai ciri-ciri sifat adil serta yakin untuk 
melaksanakannya.
Kerana itu, jalan keluar bagi saudara ialah berkahwin lagi. Dalam kes ini, 
mungkin dengan kekasih saudara.
Namun, untuk mengelakkan keadaan rumah tangga yang bercelaru dan dianggap anak 
derhaka, saudara mencari jalan sesat dengan melanggani perempuan jalang dan 
sehingga sekarang, saudara merasakan amalan itu sebahagian daripada rutin 
hidup, sebagai budaya mingguan.
Tidak ada statistik membuktikan 99 peratus pelanggan pelacur adalah lelaki yang 
beristeri. Mungkin anggapan saudara itu ada lojiknya berdasarkan pemerhatian 
saudara. Dalam masa yang sama, bukan mudah untuk membuktikan anggapan seperti 
ini benar dan tepat.
Walaupun demikian pemerhatian saudara terhadap apa yang berlaku tidak boleh 
dijadikan satu hujah atau sokongan terhadap apa yang saudara lakukan, ataupun 
dijadikan alasan menghilangkan rasa berdosa melanggani pelacur.
Saya tidak membicarakan dosa zina kerana saudara sedia memahaminya, tetapi 
saudara perlu ingat bahawa berzina itu dosa. Dosa itu najis dan najis itu 
kotor, yang kotor itu lumrahnya busuk. Bagi orang terlibat dengan dosa zina 
buat kali pertama dia akan menyesal sama seperti dengan orang yang bersentuh 
atau terhidu najis.
Dia menjadi tidak menentu, merasa loya atau muntah, tetapi kalau terus 
berulang, ia menjadi sebahagian hidup, berasa tidak janggal dan tidak seronok 
kalau tidak melakukan dosa atau berasa asing tidak terhidu najis. Begitu juga 
dengan peri laku zina yang menjadi rutin. 
Saudara terlalu malang andainya mengakhiri sisa-sisa hidup dalam maksiat, 
ketika menapak kaki melanggani kupu-kupu malam atau menghembuskan nafas di 
pangkuannya, pada hal saudara seorang yang pernah taat sembahyang, puasa, tidak 
minum arak dan tidak menerima rasuah. Salah satu ciri insan bertakwa yang tidak 
mudah dimenangi oleh semua orang. 
Kalau benar ada isteri yang lebih rela suaminya melakukan maksiat daripada 
beristeri secara sah, pada hal si suaminya melakukan maksiat daripada beristeri 
secara sah, pada hal si suami dapat memenuhi tuntutan berpoligami, ini bererti 
secara langsung atau tidak langsung dia adalah terlibat dengan peri laku si 
suami.
Pada hakikatnya, keharusan poligami dan cara penyelesaiannya lebih tertakluk 
kepada kes yang berbeza. Tuntutan isteri agar diceraikan untuk membolehkan 
suami berkahwin lagi memang banyak berlaku, memperlihatkan protes atas 
keinginan suami tadi.
Walaupun demikian mungkin tidak berlaku pada semua orang, terutamanya pada 
isteri yang uzur, tua, sakit, mempunyai ramai anak dan tidak bekerja. Seperkara 
lain, biarpun tuntutan cerai itu banyak berlaku, kata putus yang ditetapkan 
oleh syarak ialah di tangan suami. Mereka yang beriman dan takutkan Allah 
menggunakan kuasa ini sebaik mungkin kerana isteri itu amanah Allah, yang 
dihalalkan baginya dengan ikatan perkahwinan.
Biarpun poligami seumpama mencabar kesetiaan seorang isteri, pendapat saudara, 
poligami sebagai pengorbanan terhadap wanita yang dikahwini terutamanya yang 
menghadapi masalah anak banyak, keselamatan diri, maruah dan sebagainya memang 
ada logiknya.
Kerana itu dalam keadaan seumpama itu, ada perempuan yang rela dijadikan isteri 
kedua. Walaupun, bagi yang meminati gadis muda dan cantik, sukar sedikit untuk 
merangkumkan perkahwinan seperti ini termasuk dalam kategori pengorbanan, 
biarpun tidak dinafikan ianya melibatkan pengorbanan.
Perilaku saudara juga seumpama bertindak balas terhadap sikap isteri dan 
keluarga. Biarpun mereka mempunyai kaitan terhadap tindak-tanduk saudara, dosa 
yang dilakukan seseorang, tidak akan ditanggung orang lain.
Memang benar seperti yang saudara jelaskan bahawa masyarakat memandang amalan 
berpoligami itu sebagai sesuatu yang halal tetapi dianggap “janggal” atas 
sebab-sebab yang saling berkait. Berbanding dengan lelaki yang melanggani 
pelacur-pelacur, bersekedudukan atau perempuan simpanan kadang-kadang dirasakan 
orang yang berpoligami itu seolah-olah merobek naluri budaya hidup.
Keadaan ini berlaku atas sebab yang saling berkait, di antaranya ialah kerana 
penyalahgunaan keharusan poligami. Selain dari itu, poligami diamalkan secara 
berterangan, secara rasmi pada hal amalan melanggani pelacur, bersekedudukan 
atau menyimpan perempuan simpanan itu dilakukan secara tersembunyi. Walaupun 
demikian saya berkeyakinan, masyarakat umum tidak akan memandang serong 
terhadap suami yang berpoligami yang bertanggungjawab terhadap isteri-isterinya,
Manusia dalam banyak hal lebih mudah malu kepada jiran-jiran, kawan sekerja dan 
masyarakat sekeliling berbanding dengan Tuhan yang sentiasa memerhatikan 
tingkah laku mereka, sama ada malam atau ketika sunyi sepi.
Tidak mudah untuk menyatakan isteri lebih rela suaminya melanggani perempuan 
jalang, mempunyai perempuan simpanan atau bersekedudukan daripada suaminya 
berkahwin lagi. Bagi isteri yang terpelajar, berilmu dan menyayangi suaminya, 
begitu juga ibu bapa atau keluarga akan merelakan seorang suami itu berkahwin 
lagi daripada terlibat dengan kancah maksiat.
Masyarakat Melayu Islam tahu, poligami adalah sesuatu yang diharuskan, tetapi 
sesetengah orang tidak gemarkan amalan poligami kerana sikap atau kelakuan 
sebahagian daripada mereka yang melakukan poligami atau beristeri lebih 
daripada satu tidak berlaku adil. Ramai yang berpoligami tetapi kewangannya 
tidak mencukupi. Ada yang tidak mempunyai kerja tetap malahan hidup di atas 
tulang empat kerat isteri-isteri yang dikahwini. Ketidakadilan itu juga sering 
berlaku kerana suami yang berkahwin semata-mata kerana nafsu. Mereka inilah 
yang menyalahgunakan keharusan yang diberi atau ditetapkan oleh Islam.
Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila aduan yang dilakukan oleh isteri yang 
terlibat ke pejabat-pejabat kadi kurang mendapat perhatian kerana kekurangan 
kakitangan yang terlatih, menyebabkan isteri-isteri terus menerus menderita 
mencari nafkah diri dan anak-anak yang ditinggalkan.
Lebih rumit apabila ketetapan yang diputuskan oleh mahkamah syariah tidak 
dilaksanakan. Terlalu banyak punca menyebabkan keharusan poligami menjadi 
sebagai sesuatu yang menakutkan.
- PEMBACA yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada: 
Dr. Amran Kasimin 
Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai Merab 
Luar, 43000 Kajang, Selangor.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
 
 
Jadi buruan kerana putus pertunanganMinggu ini kita ikuti pengalaman dan 
kenangan pahit seorang gadis berusia 30-an tahun dalam melalui hidupnya yang 
berseorangan dan penuh dugaan. Beliau saya namakan Nurulafida. Dalam e-mel yang 
dihantarkan dan ketika kami berbual di telefon, beliau mahu pengalaman pahitnya 
dipaparkan supaya dijadikan teladan kepada gadis-gadis seusianya. 
“Tujuan saya memaparkan pengalaman pahit saya ini bukan untuk memohon simpati 
pembaca. Tetapi saya harap dapat dijadikan pengajaran agar kita dan golongan 
ibu bapa tidak terlalu mengharap dan mendesak supaya anak-anak gadis mereka 
segera kahwin terutama yang lanjut usia. 
“Allah mengatakan tiga perkara yang kita tidak boleh ubah tetapi wajib berusaha 
iaitu mati, rezeki dan jodoh. Maksudnya, kita kena berusaha tetapi hendaklah 
berhati-hati agar tidak mudah ditipu atau diperalatkan oleh manusia bergelar 
lelaki. Saya bukanlah tergolong wanita antilelaki kerana saya berfikiran 
terbuka dan menerima kekecewaan sebagai ‘sudah tiada jodoh’. 
“Kisah ini berlaku setahun lalu. Saya mengenali MA melalui perkenalan yang 
diatur oleh rakan saya dan adiknya sendiri. Saya terima MA dengan hati terbuka 
kerana waktu itu saya memang tidak ada pasangan istimewa mahupun kekasih. 
“Kebetulan waktu itu MA bertugas jauh di utara sementara saya di selatan tanah 
air. Saya bertemu selepas dua minggu berhubung melalui telefon. Dia datang 
menemui saya. Saya hargai kedatangannya, semata-mata ingin berkenalan lebih 
rapat. 
“Pertama kali bertemu, dari gayanya, saya dapat rasakan dia bukanlah lelaki 
yang serasi dengan saya. Tetapi saya cuba tepis perasaan itu kerana ingin 
mengenalinya dengan lebih dekat. Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tak kenal maka 
tak cinta’. Jadi saya berusaha mengenalinya lebih dekat. 
“Orangnya sederhana. Lembut tutur katanya, tetapi dari pengalaman saya, 
kelembutannya bukan asli, saya rasa dia mengawal pertuturannya. Dia tidak kacak 
dan tidaklah terlalu hodoh. Pada saya kacak bukan ukuran keikhlasan dan 
kejujuran seorang lelaki. Pada pertemuan pertama itu, dia banyak bercerita 
tentang dirinya. Dia mengaku seorang duda dan dua anak dijaga oleh bekas 
isterinya. Tetapi anak-anaknya lebih suka bersama dengannya. Saya tidak kisah 
walaupun saya tiada pengalaman berkawan dengan duda. 
“Sepanjang pertemuan dua jam itu, dia banyak bercerita tentang sikap bekas 
isterinya. Walaupun saya tidak gemar mendengar kisah silamnya, tetapi saya 
terpaksa. Saya rasa ada yang tidak kena pada kata-kata dan sikap MA yang 
terbuka ini. Selepas itu, MA kerap telefon saya. 
“Ada kalanya timbul rasa bosan kerana dia seolah-olah tidak faham bila waktu 
yang sesuai, kadang-kadang mengganggu waktu kerja saya. Namun saya cuba layan 
dan berterus terang agar dia dapat mengenali saya. Tidak terlintas untuk 
menipunya. 
“Malangnya dia buat tak faham masih bersikap egois dan selfish. Keraguan saya 
semakin meningkat apabila dia banyak berdolak-dalik dalam bercerita. Nak 
jadikan cerita, dua minggu selepas pertemuan itu, MA tiba-tiba datang ke 
kampung saya dan bertemu dengan ibu bapa saya. 
“Kami sekeluarga menerimanya sebagai tetamu. Tanpa saya ketahui, MA 
rupa-rupanya datang untuk melamar saya. Orang tua saya terus terima tanpa 
bertanya sama ada saya setuju ataupun tidak. Pertunangan kami dilangsungkan 
dengan majlis ringkas sahaja. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan saya 
ketika itu kerana hati saya belum dapat menerimanya sebagai orang yang saya 
cintai. Baru sekali bertemu dia sudah melamar! Saya rasa MA syok sendiri. 
“Saya tak sampai hati beritahu pada orang tua saya. Takut mereka kecewa, 
akhirnya saya muhasabah diri.
“Selama ini saya berkawan, tetapi tidak ke mana. Mungkin Allah makbulkan doa 
saya. Pertemukan jodoh dengan insan soleh, yang dapat memberi kebahagiaan dunia 
dan akhirat, dengan cara yang baik untuk menghindarkan dari segala maksiat dan 
hasutan syaitan. 
“Akhirnya saya reda. Maka dari saat itu bermulalah episod saya sebagai tunangan 
orang. Sebulan selepas bertunang, MA datang ke tempat saya untuk mencari kerja. 
Katanya, supaya lebih mudah memandangkan saya sudah lama di sini. 
“Saya terkejut mengapa dia berhenti kerja. Kenapa dia tidak mendapatkan 
pekerjaan dahulu baru berhenti? Sebagai wanita berkedudukan eksekutif, yang 
lengkap semuanya saya berpendapat MA tidak berfikiran jauh. Untuk pengetahuan 
pembaca, saya tidak pernah bertanya tentang pekerjaannya sebelum ini. 
“Pada saya, apa pekerjaannya saya tak kisah. Saya menerima dia seadanya. Yang 
penting, dia tidak malas dan tahu tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. 
Dalam tempoh mencari pekerjaan, MA kerap datang ke pejabat mencari saya. 
“Dia datang tak kira masa, pagi, petang, siang dan malam. Ini amat membosankan 
dan ada kalanya saya tidak cukup rehat. Dia tidak faham tentang kepenatan saya 
seharian. Bila saya marah, dia kata, dia faham tetapi saya tidak tahu apa yang 
dia faham. 
“Sehinggalah suatu hari di kemuncak kerisauan saya bertanya, “bila you nak cari 
kerja?” Saya risau kerana tempoh pertunangan hanya setengah tahun dan di waktu 
itu saya cuba belajar menerimanya. MA minta tempoh pertunangan kami dua bulan. 
Saya minta enam bulan. 
“Saya minta tempoh dipanjangkan sebab banyak perkara perlu dibincangkan seperti 
hendak tinggal di mana, perlu pergi kursus kahwin, nak beli barang-barang 
hantaran perkahwinan, bila nak hantar hantaran, berapa jumlahnya kerana waktu 
bertunang kami tidak menetapkan jumlahnya. Dan pihak lelaki juga tidak 
memberitahu jumlah yang akan dihantar. Waktu itu keluarga saya kecil hati, 
seolah-olah saya tiada harga diri. 
“Saya hanya berdoa agar tunang saya itu segera dapat kerja. Waktu itu dia 
menumpang di rumah teman lamanya yang sudah berkeluarga. Saya risau. Sampai 
bila nak menumpang? Namun MA seolah-olah tidak memikirkan masalah itu semua. 
“Tidak lama kemudian, pertemuan yang tiap-tiap hari berlangsung itu akhirnya 
membuka pekung siapa MA sebenarnya. Saya bukanlah ustazah dan alim, tetapi saya 
seorang wanita yang cukup dididik oleh ibu ayah tentang ilmu dunia dan akhirat. 
“Ceritanya begini, suatu malam kami hendak berjumpa pukul 8 malam selepas saya 
solat maghrib. Kami pergi minum di warung tidak jauh dari rumah saya. Untuk 
pengetahuan pembaca, saya tinggal di rumah sendiri. Tapi saya tidak beritahu MA 
kerana bimbang dia ambil kesempatan atas kesenangan saya. MA nampak resah. 
Selepas minum dia bawa saya pusing-pusing sekitar taman perumahan. Hati saya 
dapat baca ada sesuatu yang dia inginkan. Tiba-tiba MA cuba memegang dan meraba 
saya. Saya cukup marah. Saya tepis dan memberi amaran jangan ambil kesempatan 
atas diri saya. 
“MA minta maaf. Tapi bertanya adakah saya tidak ada nafsu padanya? Kemudian dia 
ajak saya nikah dulu. Saya katakan akan berbincang dengan keluarga. Walaupun MA 
tahu saya tak suka dipegang tetapi dia selalu mengajak saya berzina. 
“Katanya, saya tak perlu takut jika saya hamil, dia akan bertanggungjawab. 
Katanya, kalau dah sayang saya perlu berkorban. Begitulah dia selalu mengayat 
saya. Pernah MA mempamerkan seluar di tempat duduk belakang keretanya ketika 
menjemput saya, membuatkan saya jadi takut. 
“Kerana hati tak sedap, saya mengadu dengan teman baik. Beliau mengesyorkan 
saya minta petunjuk dari Allah. Perlahan-lahan saya mula menjauhkan diri 
daripada MA. Suatu hari ketika pulang ke kampung, entah macam mana, kakak saya 
terbuka mulut bercerita pada saya. Katanya, MA ada telefon abang. Kerana 
terkejut saya tanya apa tujuannya. Mulanya kakak enggan bercerita, setelah 
didesak barulah dia bercerita, kerana dia tak mahu saya kecewa. 
“Terlopong dan terkejut besar saya, kata kakak, MA menelefon dan berunding 
minta abang tanggung separuh wang hantaran kerana kami terdesak untuk segera 
berkahwin sebab sudah terlanjur. Katanya, dia bertanggungjawab tapi tak cukup 
duit hantaran. Abang saya setuju. 
“Saya lebih terkejut kerana tidak tahu apa yang MA rundingkan. Saya panik. 
Patutlah wajah ibu dan ayah sugul ketika saya pulang ke kampung. Dan 
permintaannya menyuruh saya bercakap dengan ayah untuk bernikah dahulu ada 
muslihat rupa-rupanya. 
“Sakitnya hati. Sanggup dia fitnah dan jatuhkan maruah saya semata-mata untuk 
memerangkap saya menikahinya dengan segera. Kalau tak berduit, bernafsu 
serakah, terus terang. Jangan bohong, berdolak-dalik dan jangan memfitnah! Saya 
terus jumpa ibu dan ayah dan terangkan semuanya. Saya tidak terlanjur dengan 
MA. Kalau selama ini saya malu bercerita tentang kelakuannya, kali ini tidak. 
Ini maruah saya. 
“Saya menangis. Kecewa dan benci dengan sikap MA. Orang tua tenang mendengar 
cerita saya. Saya pasti mereka bersyukur dengan pengakuan dan keputusan saya. 
Ayah suruh bersabar. Rupa-rupanya di sebalik masalah ini, banyak perkara yang 
orang tua saya tahu tanpa saya sedari. Ayah fikir saya terlalu cintakan MA. 
“Tanpa berfikir panjang saya buat keputusan putuskan pertunangan. Malangnya 
masalah ini tidak selesai di situ sahaja. Lepas putus tunang, saya dihujani 
pelbagai tohmahan dan cacian daripada keluarga dan adik MA. Saya terima banyak 
surat ugutan dan dibomoh dengan pelbagai cara. Saya katakan saya tak takut mati 
kerana saya berserah dan bertawakal kepada Allah. MA juga pernah mengekori saya 
dan kerana ketakutan saya buat laporan polis. 
“Namun saya berdoa dan berserah kepada Allah agar diberikan kekuatan dan 
perlindungan. Saya bersyukur terlepas daripada lelaki gila, penipu, dan sex 
maniac. Bukan menghina, tapi itulah kenyataan. 
“Kepada gadis-gadis seusia saya, nasihat saya berhati-hatilah. Memang di usia 
begini ada kalanya kita tak berfikir dengan baik, kerana terlalu mengharapkan 
ada seorang lelaki menjadi suami, akhirnya kita yang rugi. Walaupun saya 
tinggal di kota metropolitan tetapi maruah lebih penting. Jangan kerana seorang 
lelaki, hidup dan masa depan saya hancur. Kini saya bersyukur kerana Allah 
selamatkan bakal keturunan saya dari keturunan seperti ini,’’ demikian 
pengalaman pahit Nurulafida. 
Sebenarnya inilah sebahagian dari rencah hidup wanita. Tak kahwin, dituduh 
memilih, kalau minta cerai dituduh jahat, diceraikan pula dituduh tak pandai 
jaga suami. Namun dalam menghadapi masalah banyak hikmahnya, ramai wanita yang 
berjaya dan senang hidupnya walaupun terpaksa sendirian. Tak semua wanita 
berkahwin bermasalah atau bahagia. Tidak juga yang andartu itu merana. Dalam 
susah ada senangnya dan dalam senang ada pahitnya. Inilah kehidupan. 
- MAIMUNAH (www.dcckmona.com - [EMAIL PROTECTED])-mingguan 3/12/2006



 
---------------------------------
Cheap Talk? Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.

Kirim email ke