Salaam........

Kalau dah ternyata suami berzina, bagaimana pula kedudukan si isteri ? 
wajarkah ia membiarkan suaminya atan sebaiknya isteri menuntut cerai sahaja 
?


>From: Hizamri Johari <[EMAIL PROTECTED]>
>To: University Of Arizona <[EMAIL PROTECTED]>,  SRIPBJ-SIG 
><[EMAIL PROTECTED]>,  KRJ-Taqwa <[EMAIL PROTECTED]>, 
>[email protected],  [EMAIL PROTECTED], 
>[EMAIL PROTECTED],  mimyamim <[EMAIL PROTECTED]>,  
>Dare2Change <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: [Islah-Net] NWR(F) Poligami dan zina <bU>
>Date: Sun, 3 Dec 2006 16:59:12 -0800 (PST)
>
>
>22. ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG       BARA API
>
>Ertinya:
>Daripada Anas r.a.       bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang 
>kepada umat ku suatu zaman       di mana orang yang berpegang kepada 
>agamanya laksana menggenggam bara       api".
>
>H.R. Tirmizi
>
>Keterangan
>Yang dimaksudkan       di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga 
>sesiapa yang hendak       mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa 
>menghadapi kesusahan dan tentangan       yang sangat hebat. Kalau ia tidak 
>bersungguh-sungguh, nescaya agamanya       terlepas dari genggamannya. Ini 
>adalah disebabkan suasana disekelilingnya       tidak membantu untuk ia 
>menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada       disekelilingnya 
>mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara       yang dapat 
>meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan       
>kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan      
>  tuntutan agamanya di samping tidak mendapat   kemudahan
>  Poligami dan zinaBersama: DR. AMRAN KASIMIN
>SOALAN: Kaki kanan saya seumpama terpelesuk dalam lubang, yang sukar hendak 
>ditarik keluar, biarpun kaki kiri masih di permukaan bumi, tetapi semakin 
>tidak bermaya longlai.
>Saya mempunyai isteri yang terpelajar dan berpendidikan agama. Rumah tangga 
>kami asalnya begitu bahagia, tetapi setelah hampir 11 tahun, saya seumpama 
>tidak sedar, macam mana saya boleh jatuh cinta dengan seorang gadis.
>Secara berterangan saya memberitahu isteri yang saya ingin mengahwininya. 
>Isteri saya tidak membantah atau setuju, tetapi menyuruh saya 
>menceraikannya.
>Masalah besar ialah apabila ibu saya tidak mengaku saya anaknya, kalau saya 
>meneruskan hasrat untuk mengahwini gadis ini. Ibu bersikap demikian mungkin 
>kerana ia merasa betapa akrabnya hubungan kami dua keluarga.
>Saya mencari jalan keluar, memutuskan hubungan dengan gadis ini dan rasa 
>amat kesal serta kecewa. Saya mula berjinak-jinak dengan dunia hiburan, 
>tetapi berakhir dengan kehidupan yang langsung tidak saya duga sama sekali 
>selama ini, iaitu melanggani pelacur kelas atasan.
>Saya tahu dosa-dosa besar melakukan zina, tetapi saya benar-benar kecewa, 
>kerana masyarakat memandang serong dan ganjil sesuatu yang halal, iaitu 
>poligami. Tetapi menganggap sebagai “perkara biasa” terhadap dunia 
>pelacuran atau persundalan. Masyarakat Islam perlu memahami hukum Islam 
>yang berkaitan dengan poligami, sebagai satu jalan keluar mengatasi masalah 
>zina. Pendapatan saya lebih daripada sembilan ribu ringgit setiap bulan.
>– Lazim, KL
>Jawapan: Islam mengharuskan poligami dengan syarat si suami berlaku adil 
>terhadap isteri-isteri yang dikahwini. Adil yang berkaitan dengan harta 
>seperti nafkah, urusan tempat tinggal, makanan, pakaian, giliran bermalam 
>dan sebagainya termasuk yang berkaitan dengan anak. Lumrahnya, 
>tanggungjawab ini di dalam keupayaan manusia.
>Masalah utama yang saudara hadapi ialah isteri yang meminta diceraikan 
>kalau mahu berkahwin lagi, manakala keluarga terutama kedua-dua ibu bapa 
>menganggap saudara anak derhaka kalau berkahwin lagi satu.
>Islam tidak mensyaratkan poligami mesti dengan izin isteri. Namun adalah 
>sukar biarpun bukan mustahil untuk menyatakan adanya isteri yang boleh 
>memberi izin kepada suaminya berkahwin lagi, biarpun seorang ustazah yang 
>memahami bahawa Islam mengharuskan poligami. Tabiat semula jadi manusia, 
>tidak mahu berkongsi kasih.
>Tergambar dalam fikiran bagaimana si suami memadu kasih dengan madunya. 
>Mungkin dalam mengingatinya kepala berdetap menjadi sakit, dunia gelap 
>gelita.
>Tindakan suami mungkin boleh dianggap mencabar kesetiaannya selama ini, 
>seolah-olah si suami telah “menduakannya” biarpun poligami itu diharuskan 
>oleh Islam.
>Islam tidak menggalakkan berpoligami, tetapi mengharuskannya sebagai salah 
>satu jalan keluar mengatasi masalah seperti ketika isteri uzur, sakit dan 
>tidak berupaya melayani naluri suami. Suami kuat nafsu dan sebagainya.
>Namun tanpa alasan seperti ini, sekiranya seorang lelaki itu bernikah lagi, 
>pernikahan itu tetap sah, asalkan semua syarat dan rukun perkahwinan itu 
>dipenuhi.
>Banyak orang berkahwin tanpa ada alasan seperti yang dijelaskan atau 
>dorongan seperti ini, lebih-lebih lagi orang yang mempunyai banyak wang 
>seperti saudara. Ia tetap sah dan tidak berdosa andainya sifat adil itu, 
>ada pada diri dan berkeyakinan berupaya melaksanakannya.
>Mungkin sukar untuk menyokong sikap seorang suami yang dikatakan menyintai 
>isteri dan anak-anaknya, tetapi dalam masa yang sama bercinta dengan 
>perempuan lain.
>Namun begitu, ia bukan mustahil berlaku lebih-lebih lagi bagi orang yang 
>mempunyai selera tinggi, sukakan yang cantik dan muda. Orang seperti ini 
>kadang-kadang pada peringkat awal tidak minat sangat untuk berkahwin lagi, 
>lebih-lebih lagi bagi yang banyak tugas dan sibuk, tetapi kerana naluri 
>dalamannya tanpa disedari bila bermula, dia akhirnya terjebak ketika 
>‘bermain dengan api atau ombak’, menyebabkan jatuh kasih atau rasa simpati 
>atau ihsan kerana kasih itu tidak ubah seumpama sekam dalam api.
>Dalam masa yang sama dia tetap mengasihi isteri yang ada, sayang rumah 
>tangga yang begitu lama dibina, juga anak-anak di rumah.
>Izin isteri bukan merupakan syarat kesahihan pernikahan lelaki berpoligami. 
>Bagi orang lelaki yang berusaha untuk berkahwin lagi, tetapi tertahan 
>kerana sebab tertentu, terutamanya untuk mendapatkan keizinan isteri, akan 
>melakukan pelbagia cara untuk melaksanakannya.
>Terdapat kes suami menipu isteri untuk menurunkan tanda tangan, kahwin lari 
>ke sempadan, kahwin yang dinikahkan oleh wali perempuan tanpa merujuk ke 
>pejabat kadi dan sebagainya, termasuk melalui sindiket palsu.
>Saudara mempunyai keupayaan untuk berkahwin lagi, tetapi terhalang kerana 
>isteri meminta cerai, manakala ibu bapa menganggap saudara anak derhaka.
>Tanpa melihat, sama ada pro atau kontra lelaki berpoligami, ketika 
>berhadapan dengan situasi seperti yang saudara hadapi, seseorang itu mesti 
>menghulurkan mesej syarie yang hakiki. Saudara mempunyai keupayaan dari 
>segi kebendaan, seorang yang terpelajar dan mempunyai ciri-ciri sifat adil 
>serta yakin untuk melaksanakannya.
>Kerana itu, jalan keluar bagi saudara ialah berkahwin lagi. Dalam kes ini, 
>mungkin dengan kekasih saudara.
>Namun, untuk mengelakkan keadaan rumah tangga yang bercelaru dan dianggap 
>anak derhaka, saudara mencari jalan sesat dengan melanggani perempuan 
>jalang dan sehingga sekarang, saudara merasakan amalan itu sebahagian 
>daripada rutin hidup, sebagai budaya mingguan.
>Tidak ada statistik membuktikan 99 peratus pelanggan pelacur adalah lelaki 
>yang beristeri. Mungkin anggapan saudara itu ada lojiknya berdasarkan 
>pemerhatian saudara. Dalam masa yang sama, bukan mudah untuk membuktikan 
>anggapan seperti ini benar dan tepat.
>Walaupun demikian pemerhatian saudara terhadap apa yang berlaku tidak boleh 
>dijadikan satu hujah atau sokongan terhadap apa yang saudara lakukan, 
>ataupun dijadikan alasan menghilangkan rasa berdosa melanggani pelacur.
>Saya tidak membicarakan dosa zina kerana saudara sedia memahaminya, tetapi 
>saudara perlu ingat bahawa berzina itu dosa. Dosa itu najis dan najis itu 
>kotor, yang kotor itu lumrahnya busuk. Bagi orang terlibat dengan dosa zina 
>buat kali pertama dia akan menyesal sama seperti dengan orang yang 
>bersentuh atau terhidu najis.
>Dia menjadi tidak menentu, merasa loya atau muntah, tetapi kalau terus 
>berulang, ia menjadi sebahagian hidup, berasa tidak janggal dan tidak 
>seronok kalau tidak melakukan dosa atau berasa asing tidak terhidu najis. 
>Begitu juga dengan peri laku zina yang menjadi rutin.
>Saudara terlalu malang andainya mengakhiri sisa-sisa hidup dalam maksiat, 
>ketika menapak kaki melanggani kupu-kupu malam atau menghembuskan nafas di 
>pangkuannya, pada hal saudara seorang yang pernah taat sembahyang, puasa, 
>tidak minum arak dan tidak menerima rasuah. Salah satu ciri insan bertakwa 
>yang tidak mudah dimenangi oleh semua orang.
>Kalau benar ada isteri yang lebih rela suaminya melakukan maksiat daripada 
>beristeri secara sah, pada hal si suaminya melakukan maksiat daripada 
>beristeri secara sah, pada hal si suami dapat memenuhi tuntutan 
>berpoligami, ini bererti secara langsung atau tidak langsung dia adalah 
>terlibat dengan peri laku si suami.
>Pada hakikatnya, keharusan poligami dan cara penyelesaiannya lebih 
>tertakluk kepada kes yang berbeza. Tuntutan isteri agar diceraikan untuk 
>membolehkan suami berkahwin lagi memang banyak berlaku, memperlihatkan 
>protes atas keinginan suami tadi.
>Walaupun demikian mungkin tidak berlaku pada semua orang, terutamanya pada 
>isteri yang uzur, tua, sakit, mempunyai ramai anak dan tidak bekerja. 
>Seperkara lain, biarpun tuntutan cerai itu banyak berlaku, kata putus yang 
>ditetapkan oleh syarak ialah di tangan suami. Mereka yang beriman dan 
>takutkan Allah menggunakan kuasa ini sebaik mungkin kerana isteri itu 
>amanah Allah, yang dihalalkan baginya dengan ikatan perkahwinan.
>Biarpun poligami seumpama mencabar kesetiaan seorang isteri, pendapat 
>saudara, poligami sebagai pengorbanan terhadap wanita yang dikahwini 
>terutamanya yang menghadapi masalah anak banyak, keselamatan diri, maruah 
>dan sebagainya memang ada logiknya.
>Kerana itu dalam keadaan seumpama itu, ada perempuan yang rela dijadikan 
>isteri kedua. Walaupun, bagi yang meminati gadis muda dan cantik, sukar 
>sedikit untuk merangkumkan perkahwinan seperti ini termasuk dalam kategori 
>pengorbanan, biarpun tidak dinafikan ianya melibatkan pengorbanan.
>Perilaku saudara juga seumpama bertindak balas terhadap sikap isteri dan 
>keluarga. Biarpun mereka mempunyai kaitan terhadap tindak-tanduk saudara, 
>dosa yang dilakukan seseorang, tidak akan ditanggung orang lain.
>Memang benar seperti yang saudara jelaskan bahawa masyarakat memandang 
>amalan berpoligami itu sebagai sesuatu yang halal tetapi dianggap “janggal” 
>atas sebab-sebab yang saling berkait. Berbanding dengan lelaki yang 
>melanggani pelacur-pelacur, bersekedudukan atau perempuan simpanan 
>kadang-kadang dirasakan orang yang berpoligami itu seolah-olah merobek 
>naluri budaya hidup.
>Keadaan ini berlaku atas sebab yang saling berkait, di antaranya ialah 
>kerana penyalahgunaan keharusan poligami. Selain dari itu, poligami 
>diamalkan secara berterangan, secara rasmi pada hal amalan melanggani 
>pelacur, bersekedudukan atau menyimpan perempuan simpanan itu dilakukan 
>secara tersembunyi. Walaupun demikian saya berkeyakinan, masyarakat umum 
>tidak akan memandang serong terhadap suami yang berpoligami yang 
>bertanggungjawab terhadap isteri-isterinya,
>Manusia dalam banyak hal lebih mudah malu kepada jiran-jiran, kawan sekerja 
>dan masyarakat sekeliling berbanding dengan Tuhan yang sentiasa 
>memerhatikan tingkah laku mereka, sama ada malam atau ketika sunyi sepi.
>Tidak mudah untuk menyatakan isteri lebih rela suaminya melanggani 
>perempuan jalang, mempunyai perempuan simpanan atau bersekedudukan daripada 
>suaminya berkahwin lagi. Bagi isteri yang terpelajar, berilmu dan 
>menyayangi suaminya, begitu juga ibu bapa atau keluarga akan merelakan 
>seorang suami itu berkahwin lagi daripada terlibat dengan kancah maksiat.
>Masyarakat Melayu Islam tahu, poligami adalah sesuatu yang diharuskan, 
>tetapi sesetengah orang tidak gemarkan amalan poligami kerana sikap atau 
>kelakuan sebahagian daripada mereka yang melakukan poligami atau beristeri 
>lebih daripada satu tidak berlaku adil. Ramai yang berpoligami tetapi 
>kewangannya tidak mencukupi. Ada yang tidak mempunyai kerja tetap malahan 
>hidup di atas tulang empat kerat isteri-isteri yang dikahwini. 
>Ketidakadilan itu juga sering berlaku kerana suami yang berkahwin 
>semata-mata kerana nafsu. Mereka inilah yang menyalahgunakan keharusan yang 
>diberi atau ditetapkan oleh Islam.
>Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila aduan yang dilakukan oleh isteri 
>yang terlibat ke pejabat-pejabat kadi kurang mendapat perhatian kerana 
>kekurangan kakitangan yang terlatih, menyebabkan isteri-isteri terus 
>menerus menderita mencari nafkah diri dan anak-anak yang ditinggalkan.
>Lebih rumit apabila ketetapan yang diputuskan oleh mahkamah syariah tidak 
>dilaksanakan. Terlalu banyak punca menyebabkan keharusan poligami menjadi 
>sebagai sesuatu yang menakutkan.
>- PEMBACA yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:
>Dr. Amran Kasimin
>Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai Merab
>Luar, 43000 Kajang, Selangor.
>http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
>
>
>Jadi buruan kerana putus pertunanganMinggu ini kita ikuti pengalaman dan 
>kenangan pahit seorang gadis berusia 30-an tahun dalam melalui hidupnya 
>yang berseorangan dan penuh dugaan. Beliau saya namakan Nurulafida. Dalam 
>e-mel yang dihantarkan dan ketika kami berbual di telefon, beliau mahu 
>pengalaman pahitnya dipaparkan supaya dijadikan teladan kepada gadis-gadis 
>seusianya.
>“Tujuan saya memaparkan pengalaman pahit saya ini bukan untuk memohon 
>simpati pembaca. Tetapi saya harap dapat dijadikan pengajaran agar kita dan 
>golongan ibu bapa tidak terlalu mengharap dan mendesak supaya anak-anak 
>gadis mereka segera kahwin terutama yang lanjut usia.
>“Allah mengatakan tiga perkara yang kita tidak boleh ubah tetapi wajib 
>berusaha iaitu mati, rezeki dan jodoh. Maksudnya, kita kena berusaha tetapi 
>hendaklah berhati-hati agar tidak mudah ditipu atau diperalatkan oleh 
>manusia bergelar lelaki. Saya bukanlah tergolong wanita antilelaki kerana 
>saya berfikiran terbuka dan menerima kekecewaan sebagai ‘sudah tiada 
>jodoh’.
>“Kisah ini berlaku setahun lalu. Saya mengenali MA melalui perkenalan yang 
>diatur oleh rakan saya dan adiknya sendiri. Saya terima MA dengan hati 
>terbuka kerana waktu itu saya memang tidak ada pasangan istimewa mahupun 
>kekasih.
>“Kebetulan waktu itu MA bertugas jauh di utara sementara saya di selatan 
>tanah air. Saya bertemu selepas dua minggu berhubung melalui telefon. Dia 
>datang menemui saya. Saya hargai kedatangannya, semata-mata ingin 
>berkenalan lebih rapat.
>“Pertama kali bertemu, dari gayanya, saya dapat rasakan dia bukanlah lelaki 
>yang serasi dengan saya. Tetapi saya cuba tepis perasaan itu kerana ingin 
>mengenalinya dengan lebih dekat. Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tak kenal 
>maka tak cinta’. Jadi saya berusaha mengenalinya lebih dekat.
>“Orangnya sederhana. Lembut tutur katanya, tetapi dari pengalaman saya, 
>kelembutannya bukan asli, saya rasa dia mengawal pertuturannya. Dia tidak 
>kacak dan tidaklah terlalu hodoh. Pada saya kacak bukan ukuran keikhlasan 
>dan kejujuran seorang lelaki. Pada pertemuan pertama itu, dia banyak 
>bercerita tentang dirinya. Dia mengaku seorang duda dan dua anak dijaga 
>oleh bekas isterinya. Tetapi anak-anaknya lebih suka bersama dengannya. 
>Saya tidak kisah walaupun saya tiada pengalaman berkawan dengan duda.
>“Sepanjang pertemuan dua jam itu, dia banyak bercerita tentang sikap bekas 
>isterinya. Walaupun saya tidak gemar mendengar kisah silamnya, tetapi saya 
>terpaksa. Saya rasa ada yang tidak kena pada kata-kata dan sikap MA yang 
>terbuka ini. Selepas itu, MA kerap telefon saya.
>“Ada kalanya timbul rasa bosan kerana dia seolah-olah tidak faham bila 
>waktu yang sesuai, kadang-kadang mengganggu waktu kerja saya. Namun saya 
>cuba layan dan berterus terang agar dia dapat mengenali saya. Tidak 
>terlintas untuk menipunya.
>“Malangnya dia buat tak faham masih bersikap egois dan selfish. Keraguan 
>saya semakin meningkat apabila dia banyak berdolak-dalik dalam bercerita. 
>Nak jadikan cerita, dua minggu selepas pertemuan itu, MA tiba-tiba datang 
>ke kampung saya dan bertemu dengan ibu bapa saya.
>“Kami sekeluarga menerimanya sebagai tetamu. Tanpa saya ketahui, MA 
>rupa-rupanya datang untuk melamar saya. Orang tua saya terus terima tanpa 
>bertanya sama ada saya setuju ataupun tidak. Pertunangan kami dilangsungkan 
>dengan majlis ringkas sahaja. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan 
>saya ketika itu kerana hati saya belum dapat menerimanya sebagai orang yang 
>saya cintai. Baru sekali bertemu dia sudah melamar! Saya rasa MA syok 
>sendiri.
>“Saya tak sampai hati beritahu pada orang tua saya. Takut mereka kecewa, 
>akhirnya saya muhasabah diri.
>“Selama ini saya berkawan, tetapi tidak ke mana. Mungkin Allah makbulkan 
>doa saya. Pertemukan jodoh dengan insan soleh, yang dapat memberi 
>kebahagiaan dunia dan akhirat, dengan cara yang baik untuk menghindarkan 
>dari segala maksiat dan hasutan syaitan.
>“Akhirnya saya reda. Maka dari saat itu bermulalah episod saya sebagai 
>tunangan orang. Sebulan selepas bertunang, MA datang ke tempat saya untuk 
>mencari kerja. Katanya, supaya lebih mudah memandangkan saya sudah lama di 
>sini.
>“Saya terkejut mengapa dia berhenti kerja. Kenapa dia tidak mendapatkan 
>pekerjaan dahulu baru berhenti? Sebagai wanita berkedudukan eksekutif, yang 
>lengkap semuanya saya berpendapat MA tidak berfikiran jauh. Untuk 
>pengetahuan pembaca, saya tidak pernah bertanya tentang pekerjaannya 
>sebelum ini.
>“Pada saya, apa pekerjaannya saya tak kisah. Saya menerima dia seadanya. 
>Yang penting, dia tidak malas dan tahu tanggungjawab terhadap Allah dan 
>keluarga. Dalam tempoh mencari pekerjaan, MA kerap datang ke pejabat 
>mencari saya.
>“Dia datang tak kira masa, pagi, petang, siang dan malam. Ini amat 
>membosankan dan ada kalanya saya tidak cukup rehat. Dia tidak faham tentang 
>kepenatan saya seharian. Bila saya marah, dia kata, dia faham tetapi saya 
>tidak tahu apa yang dia faham.
>“Sehinggalah suatu hari di kemuncak kerisauan saya bertanya, “bila you nak 
>cari kerja?” Saya risau kerana tempoh pertunangan hanya setengah tahun dan 
>di waktu itu saya cuba belajar menerimanya. MA minta tempoh pertunangan 
>kami dua bulan. Saya minta enam bulan.
>“Saya minta tempoh dipanjangkan sebab banyak perkara perlu dibincangkan 
>seperti hendak tinggal di mana, perlu pergi kursus kahwin, nak beli 
>barang-barang hantaran perkahwinan, bila nak hantar hantaran, berapa 
>jumlahnya kerana waktu bertunang kami tidak menetapkan jumlahnya. Dan pihak 
>lelaki juga tidak memberitahu jumlah yang akan dihantar. Waktu itu keluarga 
>saya kecil hati, seolah-olah saya tiada harga diri.
>“Saya hanya berdoa agar tunang saya itu segera dapat kerja. Waktu itu dia 
>menumpang di rumah teman lamanya yang sudah berkeluarga. Saya risau. Sampai 
>bila nak menumpang? Namun MA seolah-olah tidak memikirkan masalah itu 
>semua.
>“Tidak lama kemudian, pertemuan yang tiap-tiap hari berlangsung itu 
>akhirnya membuka pekung siapa MA sebenarnya. Saya bukanlah ustazah dan 
>alim, tetapi saya seorang wanita yang cukup dididik oleh ibu ayah tentang 
>ilmu dunia dan akhirat.
>“Ceritanya begini, suatu malam kami hendak berjumpa pukul 8 malam selepas 
>saya solat maghrib. Kami pergi minum di warung tidak jauh dari rumah saya. 
>Untuk pengetahuan pembaca, saya tinggal di rumah sendiri. Tapi saya tidak 
>beritahu MA kerana bimbang dia ambil kesempatan atas kesenangan saya. MA 
>nampak resah. Selepas minum dia bawa saya pusing-pusing sekitar taman 
>perumahan. Hati saya dapat baca ada sesuatu yang dia inginkan. Tiba-tiba MA 
>cuba memegang dan meraba saya. Saya cukup marah. Saya tepis dan memberi 
>amaran jangan ambil kesempatan atas diri saya.
>“MA minta maaf. Tapi bertanya adakah saya tidak ada nafsu padanya? Kemudian 
>dia ajak saya nikah dulu. Saya katakan akan berbincang dengan keluarga. 
>Walaupun MA tahu saya tak suka dipegang tetapi dia selalu mengajak saya 
>berzina.
>“Katanya, saya tak perlu takut jika saya hamil, dia akan bertanggungjawab. 
>Katanya, kalau dah sayang saya perlu berkorban. Begitulah dia selalu 
>mengayat saya. Pernah MA mempamerkan seluar di tempat duduk belakang 
>keretanya ketika menjemput saya, membuatkan saya jadi takut.
>“Kerana hati tak sedap, saya mengadu dengan teman baik. Beliau mengesyorkan 
>saya minta petunjuk dari Allah. Perlahan-lahan saya mula menjauhkan diri 
>daripada MA. Suatu hari ketika pulang ke kampung, entah macam mana, kakak 
>saya terbuka mulut bercerita pada saya. Katanya, MA ada telefon abang. 
>Kerana terkejut saya tanya apa tujuannya. Mulanya kakak enggan bercerita, 
>setelah didesak barulah dia bercerita, kerana dia tak mahu saya kecewa.
>“Terlopong dan terkejut besar saya, kata kakak, MA menelefon dan berunding 
>minta abang tanggung separuh wang hantaran kerana kami terdesak untuk 
>segera berkahwin sebab sudah terlanjur. Katanya, dia bertanggungjawab tapi 
>tak cukup duit hantaran. Abang saya setuju.
>“Saya lebih terkejut kerana tidak tahu apa yang MA rundingkan. Saya panik. 
>Patutlah wajah ibu dan ayah sugul ketika saya pulang ke kampung. Dan 
>permintaannya menyuruh saya bercakap dengan ayah untuk bernikah dahulu ada 
>muslihat rupa-rupanya.
>“Sakitnya hati. Sanggup dia fitnah dan jatuhkan maruah saya semata-mata 
>untuk memerangkap saya menikahinya dengan segera. Kalau tak berduit, 
>bernafsu serakah, terus terang. Jangan bohong, berdolak-dalik dan jangan 
>memfitnah! Saya terus jumpa ibu dan ayah dan terangkan semuanya. Saya tidak 
>terlanjur dengan MA. Kalau selama ini saya malu bercerita tentang 
>kelakuannya, kali ini tidak. Ini maruah saya.
>“Saya menangis. Kecewa dan benci dengan sikap MA. Orang tua tenang 
>mendengar cerita saya. Saya pasti mereka bersyukur dengan pengakuan dan 
>keputusan saya. Ayah suruh bersabar. Rupa-rupanya di sebalik masalah ini, 
>banyak perkara yang orang tua saya tahu tanpa saya sedari. Ayah fikir saya 
>terlalu cintakan MA.
>“Tanpa berfikir panjang saya buat keputusan putuskan pertunangan. Malangnya 
>masalah ini tidak selesai di situ sahaja. Lepas putus tunang, saya dihujani 
>pelbagai tohmahan dan cacian daripada keluarga dan adik MA. Saya terima 
>banyak surat ugutan dan dibomoh dengan pelbagai cara. Saya katakan saya tak 
>takut mati kerana saya berserah dan bertawakal kepada Allah. MA juga pernah 
>mengekori saya dan kerana ketakutan saya buat laporan polis.
>“Namun saya berdoa dan berserah kepada Allah agar diberikan kekuatan dan 
>perlindungan. Saya bersyukur terlepas daripada lelaki gila, penipu, dan sex 
>maniac. Bukan menghina, tapi itulah kenyataan.
>“Kepada gadis-gadis seusia saya, nasihat saya berhati-hatilah. Memang di 
>usia begini ada kalanya kita tak berfikir dengan baik, kerana terlalu 
>mengharapkan ada seorang lelaki menjadi suami, akhirnya kita yang rugi. 
>Walaupun saya tinggal di kota metropolitan tetapi maruah lebih penting. 
>Jangan kerana seorang lelaki, hidup dan masa depan saya hancur. Kini saya 
>bersyukur kerana Allah selamatkan bakal keturunan saya dari keturunan 
>seperti ini,’’ demikian pengalaman pahit Nurulafida.
>Sebenarnya inilah sebahagian dari rencah hidup wanita. Tak kahwin, dituduh 
>memilih, kalau minta cerai dituduh jahat, diceraikan pula dituduh tak 
>pandai jaga suami. Namun dalam menghadapi masalah banyak hikmahnya, ramai 
>wanita yang berjaya dan senang hidupnya walaupun terpaksa sendirian. Tak 
>semua wanita berkahwin bermasalah atau bahagia. Tidak juga yang andartu itu 
>merana. Dalam susah ada senangnya dan dalam senang ada pahitnya. Inilah 
>kehidupan.
>- MAIMUNAH (www.dcckmona.com - [EMAIL PROTECTED])-mingguan 3/12/2006
>
>
>
>
>---------------------------------
>Cheap Talk? Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.

_________________________________________________________________
Find singles online in your area with MSN Dating and Match.com! 
http://cp.intl.match.com/eng/msn/msnsg/wbc/wbc.html



///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke