Mungkin ada yang dah berkira-kira berapa bonus yang
akan dapat hujung tahun ini. Cuma sedikit nasihat
kepada mereka yang berkira-kira yang hendak tukar
(trade in) kereta, dah banyak kes berlaku dimana
kereta yang di trade in, tidak dijual oleh penjual
kereta. Pemilik kereta asal yang menyangka kereta
trade in mereka telah dijual sebenarnya masih tidak
terjual, akibatnya mereka akan menerima surat
tunggakan bayaran daripada bank, surat mahkamah, lebih
malang lagi mereka menerima tunggakan saman lalulintas
dan lebih malang jika kereta mereka digunakan untuk
tujuan jenayah dan penyeludupan.

Berikut ialah beberapa tips kalau hendak trade in
kereta :

1. Dapatkan harga pasaran kereta anda daripada
majalah, akhbar, atau laman web www.ambg.com.my ,
www.motortrader.com.my, www.thestar.com.my dan
lain-lain.
2. Dapatkan jumlah baki pinjaman anda daripada bank
(full settlement)
3. Jika full settlement anda adalah lebih dari harga
pasaran, maka anda akan berisiko kalau anda trade in
kereta anda.
4. Berhati-hati peniaga kereta yang menawarkan 0
downpayment kalau anda trade in kereta anda. Anda akan
membuat pinjaman kereta baru dan kereta lama anda
belum tentu lagi dapat dijual.
5. Berhati-hati juga peniaga kereta yang sanggup
mengambil kereta anda walaupun full settlement lebih
tinggi dari harga pasaran kereta walaupun anda dioffer
discount untuk kereta baru , kerana sekali lagi kereta
lama anda belum dijamin akan terjual.
6. Sebaiknya anda trade in kereta apabila road tax
atau insuran kereta lama anda hampir tamat tempoh,
tetapi anda masih tetap berisiko.
7. Sebaiknya mereka yang ingin trade in kereta,
pastikan ada pembeli untuk kereta anda terlebih
dahulu.

Walau apa pun, sekiranya anda tidak pasti dalam urusan
jual beli kereta, dapatkan nasihat daripada rakan anda
yang sentiasa ingin membantu, bukannya rakan yang
mengharapkan komisyen.

Berikut ialah laporan akhbar mengenai kes jual beli
kereta di Seremban

Harian Metro 4 Disember 2006. Peniaga kereta tamak

Oleh Sulaiman Salleh

SEREMBAN: Sikap tamak sesetengah peniaga kereta
terpakai di negeri ini menyebabkan banyak pengguna
teraniaya apabila mereka menerima saman lalu lintas
dan notis tunggakan bayaran ansuran walaupun kereta
itu baru dibeli.

Presiden Persatuan Pengguna negeri (PPNS), Khairuddin
Yunos, berkata peniaga kereta terpakai terbabit
bersekongkol dengan orang tengah untuk memujuk
pengguna menjual kereta mereka atau membeli kereta
baru.

Katanya, orang tengah memperkenalkan pengguna kepada
peniaga kereta terpakai dengan memberi beberapa
cadangan kepada pengguna membeli kereta baru.

"Peniaga terbabit memujuk pemilik kereta itu dengan
mengatakan dia tidak perlu membayar ansuran bulanan
kepada bank selepas kereta mereka diserahkan untuk
urusan pertukaran hak milik kepada pembeli baru.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan pemilik kereta
itu mengesyaki mereka ditipu apabila dihubungi pihak
bank yang memberitahu pembayaran bulanan kereta
tertunggak," katanya ketika dihubungi, semalam.

Khairuddin berkata, PPNS memandang serius masalah itu
kerana persatuan itu menerima kira-kira 10 aduan
berhubung perkara itu dalam tempoh beberapa bulan
lalu.

"Sikap sambil lewa serta keghairahan menggunakan
kereta baru kerap menyebabkan pengguna terpedaya
dengan sikap tamak peniaga kereta terpakai terbabit,"
katanya.

Katanya, pengguna perlu prihatin dengan perkara itu
bagi mengelakkan teraniaya dengan sikap tamak peniaga
kereta terpakai yang tidak bertanggungjawab.

"Pengguna boleh mengetahui status pinjaman daripada
bank mengenai pembeli yang berminat membeli kenderaan
mereka dalam tempoh kira-kira dua minggu," katanya.

Katanya, pemilik yang didaftarkan dalam geran
kenderaan itu bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku
sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kemalangan
atau kereta itu digunakan untuk kegiatan jenayah.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20061204101938/Article/indexm_html


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   





 
____________________________________________________________________________________
Want to start your own business?
Learn how on Yahoo! Small Business.
http://smallbusiness.yahoo.com/r-index


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke