Originally sent by :
[EMAIL PROTECTED]
 
Sidang Jumaat yg berbahagia,

Pada kesempatan yg mulia ini , dan dihari yang penuh dengan keberkatan ini,saya 
berseru pada diri saya sendiri dan kepada tuan-tuan sidang Jumaat sekelian agar 
beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar takwa iaitu dengan 
mengikut segala suruhannya dan ajaran Allah S.W.T disamping meninggalkan segala 
bentuk larangannya.Ini adalah tanda bahawa seseorang itu benar -benar beriman 
dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 51:
"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika 
mereka diajak kepada kitab Allah dan sunnah rasulnya,supaya menjadi hakim 
memutuskan sesautu diantara mereka,hanyalah mereka berkata "Kami dengar dan 
kami taat".Dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan".

Khutbah hari ini ingin mengajak tuan-tuan sekelian untuk menginsafi "Nasib Umat 
Islam Hari Ini".

Sidang Jumaat yg berbahagia,

Pertanyaan diantara kebenaran dan keadilan telah bermula sejak sekian lama 
iaitu semenjak para nabi dan para rasul s.a.w diutus untuk menyampaikan risalah 
tauhid dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.Pertarungan ini 
pastinya tidak akan berakhir bahkan akan terus menerus sehinggalah hari kiamat 
kelak.Oleh kerana itulah kita dapat melihat hari ini bahawa musuh-musuh Allah 
tidak akan berdiam diri,malah mereka sentiasa berkerja keras dan berusaha 
dengan segala bentuk perancangan yang tersusun rapi demi menghancurkan islam 
dan umatnya.Perkara ini telah dirakamkan olen Allah s.w.t. dalam surah Al-Saff 
ayat 8-9 yang bermaksud:

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah(agama islam) dengan 
mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayanya sekalipun orang-orang 
kafir tidak suka(akan yg demikian) tuhan yg tetap menyempurnakan cahayanya itu, 
dialah telah mengutus rasulnya(Muhammad) dengan membawa hidayah petunjuk dan 
agama yang benar(agama islam) supaya ia
memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan-bawaan agama yang lain 
walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya".

Sidang Jumaat yg berbahagia,

Oleh kerana perasaan dendam yang tidak pernah kunjung padam, yang membara dalam 
setiap hati golongan kuffar sama ada yahudi ataupun nasrani,dari timur atau 
barat.Semuanya mempunyai matlamat yang 1iaitu untuk menghancurkan islam dan 
umatnya dengan melalui berbagai-bagai cara dan pendekatan diantaranya ialah:

1. Melenyapkan sistem pemerintahan islam dimuka bumi Allah.

2. Berusaha menjauhkan umat islam daripada berpandukan kitab Al-Quran disamping 
cuba menghilangkan Al-Quran dari dada umat islam.

3. Merosakkan akhlak generasi belia islam melalui budaya dan hiburan dari 
barat,pergaulan bebas yang melalaikan dan menanamkan unsur-unsur lucah didada 
pemikiran belia-belia islam.

4. Mereka sentiasa berusaha untuk menimbulkan berbagai-bagai keraguan dan 
kesangsian terhadap akidah islamiah dan kesucian hadis Rasulullah s.a.w.

5. Memecahkan kepentingan umat arab dan melaga-lagakan mereka diatas pentas 
politik dunia supaya mereka tidak lagi bersatu diatas kalimah Allah sw.t.

6. Menjajah umat islam bukan saja dalam bentuk penjajahan fikiran, bahkan 
penggunaan kekuatan ketenteraan dalam memerangi umat islam diatas platform atau 
alasan memerangi militan atau penganas sebagai mengaburi mata masyarakat dunia.

7. Berusaha memusnahkan keperibadian akhlak Rasulullah s.a.w. dengan melakukan 
penghinaan dan fitnah supaya ianya tidak menjadi panduan dan ikutan oleh umat 
islam.

Sidang Jumaat yg berbahagia,

Marilah kita perhatikan dengan penuh penelitian bahawa semua agenda permusuhan 
terhadap islam tersebut dilancarkan secara begitu rapi dan tersusun samada 
melalui kekerasan seperti dasar pecah dan perintah, memastikan urusan agama 
terpisah dengan kehidupan dunia atau lebih dikenali sebagai fahaman 
"Sekularisme',dasar ekonomi bebas,budaya dan sosial dicemari dengan 
perkara-perkara yang bercanggah dengan akidah islam yang sebenarnya,maka dengan 
ini natijahnya, sebahagian umat islam akan hanya terus tinggal nama sahaja dan 
cara hidup mereka tidak lagi sempurna seperti yang dikehendaki oleh islam itu 
sendiri.

Umat islam hari ni dihina, ditindas dan dibunuh sewenang-wenangnya samada 
lelaki ,perempuan,kanak-kanak dan orang tua,harta benda umat islam 
dimusnahkan,dibakar dan dibuang.Itulah nasib umat islam hari ini.Marilah kita 
lihat apa yang terjadi di Timur Tengah, orang-orang yahudi di Palestin hanya 
seramai lebih kurang 3 juta sahaja,tetapi tidak dapat dikalahkan oleh umat 
islam arab sekelilingnya yang berjumlah beratus juta orang.Begitu jua di Bosnia 
Hergovinia,Afghanistan,Filifina,India dan terkini di Lubnan.Diberitakan 
sehingga ke hari ini, hampir 1000 nyawa orang islam melayang begitu sahaja 
dengan 70% daripadanya terdiri daripada kanak-kanak,wanita dan orang-orang 
tua.Bahawa umat islam sentiasa dihina dan dibunuh seolah-olah darah umat islam 
yang mengalir membasahi bumi ini tidak dihargai langsung dan tidak ada 
pembelaan dari saudara-saudara islam mereka.

Sidang Jumaat yg berbahagia,

Umat islam banyak bergantung kepada kepakaran dibidang teknologi,ekonomi dan 
ilmu pengetahuan moden dari orang-orang yang bukan islam.Oleh kerana itulah 
segala sumber kekayaan alam yang dikurniakan oleh Allah s.w.t seperti minyak 
yang terdapat diperut bumi negara umat islam sebahagian besarnya mengalir dan 
dikuasai oleh orang-orang yang bukan islam malah mereka pula menggunakan 
kekayaan itu untuk menentang umat islam sendiri.

Dunia hari ini masih lagi memperlihatkan terhadapnya umat islam yang masih 
kebuluran,buta huruf,buta Al-Quran dan sebagainya.Akhlak dan keperibadian umat 
islam hampir-hampir hilang,tidak sepertimana yang dituntut oleh islam itu 
sendiri.Mungkin kita disini pada hari ini tidak merasai suasana atau berada 
dalam situasi seperti di Lubnan atau Palestin lantaran negara kita aman dan 
damai.Tapi kita harus sedar walaupun mereka tidak memerangi kita dengan 
menggunakan kekuatan ketenteraan,kita juga tidak terlepas dari serangan yahudi 
laknatullah dengan propaganda halus mereka melalui
ekonomi,hiburan dan minda pemikiran kita.
 
Sedarkah kita bahawa peluru yang menembusi jasad anak-anak Palestin dan Lubnan 
itu adalah hasil sumbangan kita melalui pembelian produk-produk mereka?
Sedarkah kita setiap satu sedutan dan hembusan rokok itu bermakna kita 
menyumbang satu peluru untuk mereka?
Bukankah rokok itu salah satu sumber ekonomi mereka?
Sedarkah kita, diwaktu saudara seagama kita di Palestin dan Lubnan itu berada 
dalam ketakutan,menjadi pelarian,hilang semua harta benda ,menangisi kehilangan 
insan tersayang diwaktu itu,masyarakat kita disini dihiburkan dan dilalaikan 
oleh artis mereka yang dijemput oleh orang kita sendiri iaitu kumpulan Pussy 
Cat di Bandar Sunway,Petaling Jaya baru-baru ini?
Tidakkah kita tahu bahawa kumpulan Pussy Cat yang terdiri daripada 5 orang 
gadis terkenal dengan persembahan dengan pakaian yang tidak senonoh dan sangat 
bercanggah dengan adat ketimuran? 
Persoalannya bagaimanakah mereka boleh masuk atau dibawa masuk untuk mengadakan 
persembahan dengan pakaian separuh bogel dan yang nyatanya sebahagian besar 
yang hadir itu ialah muda-mudi
islam kita?
Sedarkah kita hari ini ramai orang islam yang lebih meraikan dan mengimarahkan 
program-program hiburan atau konsert-konsert hiburan yang nyata HARAM walaupun 
tiada jemputan khusus melainkan promosi dicorong-corong radio dan televisyen 
sahaja,berbanding meraikan dan mengimarahkan program-program dirumah 
Allah.Walaupun mendapat kad jemputan dan dihantar sendiri oleh ahli 
jawatankuasa masjid atau surau ke rumah-rumah,lebih ramai membawa isteri dan 
anak-anak menghadiri dan mengimarahkan karnival-karnival atau pesta-pesta 
hiburan realiti seperti Akademik Fantasia,Mentor tunjuk ajarku sifu,one in 
million dan sebagainya,berbanding menitiskan airmata kerana meninggalkan 
solat,solat banyak culas atau menitiskan airmata kerana ramai saudara-saudara 
seakidah kita tersingkir dari tanah tumpah darah sendiri akibat keganasan 
yahudi laknatullah di Timur Tengah sana?
Hari ini lebih ramai yang menghabiskan jutaan ringgit untuk SMS mengundi artis 
hiburan berbanding SMS derma ketabung-tabung bantuan kemanusiaan.
Sedarkah kita bahawa ini adalah bentuk permainan mereka yang sepanjang masa 
tidak pernah berputus asa melancarkan propaganda bagi melemahkan,melalaikan dan 
memesongkan pemikiran dan akidah
umat islam hatta hingga boleh mencabut terus iman dari dada umat islam?
Tidak sedar lagikah kita, bahawa sebenarnya kita dengan mudah tewas ditangan 
mereka walaupun mereka menyerang kita tanpa menggunakan sebarang kekuatan 
ketenteraan lantaran kelemahan,kelekaan dan kejahilan umat kita sendiri?
Sampai bilakah kita harus membiarkan musuh-musuh kita menipu daya,mempermainkan 
dan memperkotak-katikkan kita?
 
Itulah nasib umat islam hari ini,sekiranya umat islam hari ini tidak kembali 
kepada ajaran islam yang sebenar-benarnya,ingatlah bahawa mereka akan mendapat 
kehinaan daripada Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 
41 yang bermaksud:

"Telah timbul berbagai-bagai kerosakkan dan bala bencana didarat dan dilaut 
dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia(timbulnya yang 
demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan 
perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali(insaf dan 
bertaubat)".

Malahan jua menjadi keganjilan kepada umat islam pada hari ini.Mereka sanggup 
berlapar dan dahaga sepanjang bulan ramadhan dan memenuhi masjid-masjid atau 
surau-surau hanya semata-mata untuk menunaikan solat sunat tarawih tetapi gagal 
untuk memenuhi masjid-masjid dan surau-surau pada 5 waktu solat yang wajib 
keatas diri mereka. Umat islam hari ini juga sanggup mati didalam islam tetapi 
mereka enggan hidup sepanjang waktu dan saat didalam kehidupan islam yang 
sebenar. Lantang menentang bila islam ditindas,dihina apatah lagi sanggup 
mengorbankan nyawa hanya semata-mata
atas nama jihad tetapi kehidupan mereka seharian tidak mengikuti kualiti 
standard apa yang islam kehendaki.

Sidang Jumaat yg dirahmati Allah s.w.t,

Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan setiap kita umat islam yang 
digelarkan sebaik-baik umat oleh Allah s.w.t. melengkapkan diri dengan 
keteguhan iman,ilmu dan amal yang mantap untuk mengikis segala perancangan 
musuh islam melalui proses didikan tarbiyah islamiyah sebagaimana yang 
ditunjukan oleh Rasulullah s.a.w. kerana hanya dengan didikan atau tarbiyah 
yang bersumberkan wahyu Allah sahajalah yang akan dapat mengembalikan umat 
islam menjadi umat terbaik,umat yang memerintah bukan umat yang 
diperintah.Hanya dengan menghayati islam dan terlaksananya syariat Allah
s.w.t. dimuka bumi ini akan menjadikan kita mulia dan menjadi umat contoh yang 
memberi rahmat kepada seluruh alam bertepatan dengan kata-kata Saidina Omar 
Al-Khattab R.A. yang bermaksud:

"Kami adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan islam.Selama 
mana kami mencari kemuliaan yang bukan dari apa yang Allah muliakan kami 
dengannya,maka kami akan mendapat kehinaan Allah s.w.t".

Sidang Jumaat yg berbahagia,

Hari ini saya menyeru kepada seluruh kaum muslimin, marilah kita memenuhkan dan 
mengimarahkan majlis-majlis ilmu di rumah-rumah Allah,bawa anak-anak dan 
isteri-isteri bersama-sama.Marilah kita bersama-sama menghindari diri daripada 
segala bentuk permainan dan tipu daya musuh-musuh islam,marilah kita 
bersama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Marilah kita mengorak 
langkah berkerjasama meningkatkan keimanan,ilmu dan amal serta berdoa kehadrat 
Allah s.w.t. agar umat islam seluruhnya diberi keselamatan dan kesejahteraan 
didunia dan diakhirat.

Amin.


 
---------------------------------
Need a quick answer? Get one in minutes from people who know. Ask your question 
on Yahoo! Answers.

Kirim email ke