Itulah berita yang saya dapat, seorang nenek Melayu
yang sudah tua yang tinggal bersendirian didapati mati
tergantung dengan tali buaian cucunya minggu lepas di
sebuah perkampungan Melayu di Malaysia ini.
Tak perlulah pembaca tertanya-tanya di mana kejadian
ini berlaku. Tak perlulah pembaca tertanya-tanya mana
anak-anak serta cucu-cucu nenek ini. Ambillah ia
sebagai satu pengajaran.
Inilah fenomena yang berlaku, hakikat sebenar keluarga
Melayu di Malaysia ini. Kita semakin hari semakin
hidup dalam keadaan sendiri sendiri. Aku hidup aku,
kau hidup kau. Apa sudah jadi dengan masyakarat kita ?
Apa sudah jadi dengan institusi keluarga Melayu kita ?
Apa sudah jadi dengan institusi masyarakat kita,
institusi penghulu, JKKK, jawatankuasa masjid dan
surau ?
Benarlah apa yang dipesankan oleh seorang ulama di NS
, Sheikh Faiz dalam kuliah-kuliah beliau. Jagalah diri
kita, jagalah ahli keluarga kita. Jagalah amal ibadah
kita dan keluarga kita. Banyak bala akan turun. Kalau
kita mampu hidupkanlah surau dan masjid ditempat kita
dengan solat jemaah. Jagalah diri kita dan keluarga
kita dari azab kubur dan azab api neraka.
Institusi keluarga Melayu semakin hancur. Apa balasan
yang diterima oleh nenek tadi adalah antara dia dan
Allah. Yang pasti yang tinggal akan
dipertanggungjawabkan, akan ditanya diakhirat kelak.
Mana anak-anaknya, mana cucu-cucunya, mana sanak
saudaranya, mana jirannya, mana penghulunya, mana
imamnya, mana wakil rakyatnya.
Tengok sendiri dikeliling kita berapa ramai atok-atok,
nenek-nenek, wan-wan, opah-opah, makcik-makcik,
pakcik-pakcik yang tinggal bersendirian. Bagaimana
layanan kita dengan ibu bapa kita ?
Syarak Mengata , Adat Menurut
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
Laman web Misi Kemanusiaan
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
____________________________________________________________________________________
Cheap talk?
Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.
http://voice.yahoo.com
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/