Kenyataan Media
12 Disember 2006

ANUGERAH UNTUK PENGAMAL POLIGAMI?

Wanita KeADILan mengecam cadangan seorang Exco Kerajaan Negeri
Terengganu, Wan Mohd Wan Hassan, untuk memberi anugerah kepada lelaki
yang mengahwini Ibu Tunggal sebagai isteri baru, adalah satu pandangan
yang dangkal mindanya serta sexist. 

"Walaupun Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh telah
menghantar SMS kepada media yang menjelaskan bahawa kenyataan
kontroversi Wan Mohd Wan Hassan bukan merupakan keputusan dan
perancangan Kerajaan Negeri Terengganu, namun hakikatnya seorang Exco
Kerajaan Negeri yang portfolionya merupakan Hal Ehwal Pembangunan
Wanita dan Masyarakat telah membuat kenyataan lisan di hadapan
wartawan," demikian dikatakan oleh Ketua Wanita KeADILan Hjh Fuziah
Salleh dalam kenyataan media. 

Katanya, kenyataan tersebut memperlihatkan pemikiran sempit di
kalangan pemimpin Barisan Nasional sehingga mengandaikan masalah Ibu
Tunggal dapat diselesaikan dengan cara berkahwin serta memandang
rendah terhadap kemampuan Ibu Tunggal untuk berdikari dalam menjaga
keperluan kewangan keluarga dan juga maruah mereka. 

"Manakala kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa anugerah tersebut
boleh menggalakkan poligami di Terengganu pula mendedahkan betapa
sempitnya minda seorang Menteri Wanita hanya melihat dari satu sudut
anti poligami tanpa memberi penyelesaian yang lebih konkrit." 

Wanita KeADILan juga mempersoalkan samada program berkaitan
pembangunan ibu tunggal di Terengganu telah menemui jalan gagal
sehingga ahli Exco berkenaan terpaksa memikirkan penyelesaian yang di
luar penerimaan norma dan amalan manusia biasa. 

"Wanita secara amnya dan Ibu Tunggal yang malang khasnya bukanlah
merupakan barang dagangan di mana layak ditawarkan insentif atau
anugerah kepada kaum lelaki yang berusaha memiliki mereka."

"Maka, adalah wajar Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukan wang bagi
usaha-usaha kajian dan penyelidikan ke atas bagaimana menjadikan
program memberdayakan ibu tunggal di Terengganu lebih efektif," ujar
Hjh Fuziah Salleh. 

Wanita KeADILan juga berpendapat bahawa sekiranya ada kaum lelaki yang
berhasrat murni untuk memperisterikan ibu-ibu tunggal dengan niat
membantu mereka, dan syarat-syarat seperti: Isteri pertama setuju dan
redha serta sedia mengizinkan demi sama-sama membantu kaum sejenis; Si
Suami berkemampuan dari segala segi mengikut hukum syarak; Si Ibu
Tunggal juga merasakan bahawa dengan cara berkahwin dapat
menyelamatkan maruah beliau dan keluarga beliau, maka, tidak wajarlah
orang lain memandang rendah terhadap keluarga yang mempunyai niat
murni ini. 

Tegasnya, "Pemimpin Barisan Nasional mestilah sedar tentang amanah
rakyat ke atas mereka dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih
berhati-hati serta mampu pula mencari jalan penyelesaian yang efektif
dalam menangani pelbagai permasalahan rakyat." 
 

_______________________________________________________________________
http://fuziahsalleh2.wordpress.com/



///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke